AL-FATIHAH BUAT KELUARGA SHAMRIN FOTOGRAF

November 12th, 2010 by Nurul Pinky

Al-Fatihah………

Semalam, dalam jam 8.30pm aku, mama dan Nazurah ke Hospital Al-Islam Kampung Baru melawat papa yang batuk agak teruk.. Masa nak masuk pintu hospital tu aku dah pelik sebab nampak Linda onn buat liputan. Aku ingatkan nak perkenalkan Hospital tu pada umum HAHA..

Apa yang aku fikirkan semua meleset…Bila nak melangkah ke bilik papaku lagilah aku berdebar tengok ramai artis berkumpul depan pintu bilik papa..aikkk papa aku berkawan dengan artis ke??? detik kata hati. Rupa-rupanya penyanyi Shamrin dari kumpulan Fotograf meninggal dunia. Biliknya betul-betul disebelah bilik papaku.

Dari apa yang aku dengar dan diperkatakan oleh salah seorang pelakon gerak khas..alamakkk lupalah namanya T_____T arwah sempat membuat show pada sebelah tengahari semalam dan pada belah petang itu arwah bermain bola sepak. Tak sempat pun 15 minit bermain arwah jatuh pengsan dan doktor sahkan arwah meninggal dunia. Senangnya dia pergi menghadap penciptanya, meninggal pada hari khamis malam jumaat pulak tu,  bukan senang tau. mungkin itu rezeki arwah.

Hanya aku seorang aje tidak pergi melawat arwah,  kerana aku tak kuat semangat so aku hanya duduk ditepi pintu bilik papaku sahaja sambil memerhati mereka-mereka semua. Malam tadi jugak arwah dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur  untuk dibedah siasat untuk mengetahui apa punca kematian arwah. Arwah akan dikebumikan pada hari ini 12 Nov 2010.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah..Takziah Cik Nurul dan keluarga ucapkan pada keluarga arwah…Al-fatihah…aminn

Al-Fatihah buat arwah Shamrin….

Gambar dari Pak Google

KERANA KULIT KAYU MANIS AKU MERAUNG

November 11th, 2010 by Nurul Pinky

Assalamualaikum semua, hari ni mood kelaut…banyak benda yang nak kene siapkan sebab minggu depan dan bulan depan Nurul akan bercuti agak kepanjangan sikit hehehehe so banyaklah kerja-kerja yang perlu den siapkan T______T 

Ok kerana tidak mahu menghampakan seseorang yang nak tengok wajah Nurul tanpa secalit makeup, so hari ini Nurul tunaikan ye… Sejak kahwin, Nurul memang banyak amalkan petua orang-orang tua. Yang paling best masa muka penuh jerawat dulu, ada seorang kakak ni bagi petua suruh tumbuk kulit kayu manis hingga lumat dan sapu dekat tempat jerawat tersebut..apalagi meraunglah Nurul sebab pedih yang amat sekali macam berdenyut tahu. Tunggu sehingga kering, tapi nak tunggu kering tu Nurul duduk muka mengadap kipas kasi sejuk sikit hehehe. Bila dah kering, muka pun rasa tegang aje so teruslah g cuci. Mula-mula tu agak terkejut jugaklah bab muka jadi merah tapi lepas sapu toner diseluruh muka, merah tu hilang sikit demi sikit..Rupa-rupanya kesakitan yang Nurul alami tu adalah proses untuk mengecutkan jerawat hingga ke akarnya dan sekarang jerawat pun tiada muncul lagi kecuali time i perioddddd. Siapa nak cuba petua ni silakan ye… 

 

Inilah wajahku tanpa sebarang solekan..time ni baru sampai di Bangi bab sukan antara Wilayah. Now dalam proses menurunkan berat badan hehehe dapat 50kg  memang cunlah babe LOL. sikit aje lagi hehehe. 

Meh tengok sini sekali hehehe 

comel, cantik dan murah

ANGIN LONDON ADA ZON KERETA TUNDA

November 10th, 2010 by Nurul Pinky
  • Date Penerbangan : 9 Oktober 2010
  • Masa Pergi : 12.00 pagi (waktu Malaysia)
  • Masa Balik : 4.00 pagi ( waktu LonMalay)

Salam semua, wahhh kalau teringat kembali kenangan lalu melalui gambar ni mashaAllah kesejukkannya sampai ke tulang oooo..sejukkkkkkkk giler! Biasalah Londonkan hahaha.. Seronok giler time ni rilex habis, hanya fikirkan keseronokkan sahaja  tiada fikir tentang kerja atau bisnes…freee.

Kali ini yang pergi,  aku, My love dan 2 orang adik iparku..adik-adik aku masa ni tengah sibuk dengan exam so next time kak yu akan bawa korang pulak ye, sebelum ni nadia dah penah join so tak der masalah bagi dia hehehe.

Suhu time ini dalam 15′c fuhhh kalau takat beku tu mahu aku pengsan kesejukkan dah.. kata dah sejuk.. so aku makan burger 2 biji dan air strawberry fuhhh kenyang untuk 2 jam je hahahahaha.Meh layan gambar jom…..

Cantik kan hall ni..sweet betul nampaknya..belakang tu adik ipar aku dah berangan lah tu..

Unik betul pasu-pasu dekat sini dah lah besar gajah semuanya..kiranya campak aku dalam tu pun muat..

Menahan kesejukkan yang amat..bibir aku jadi kering yang amat masa ni…ehh tetiba ada buble hehehe

Korang tengok kekuatan anginnya…bisa buat aku terbang sekali hahaha

Aikkkk dekat london pun ada zon tunda??? hahahaha

Pelbagai gaya dipamerkan untuk sesi panaskan badan hahahaha…

Gambar akhir,  bila kesejukkan yang melampau sudah tidak ku tahan lagi peluklah jawabnya hahahaha…Sebenarnya gambar ini semua diambil di Puncak Genting pada jam 2.00 pagi hahaha..kami buat kerja giler bila secara tiba-tiba teringin naik genting jam 12.00 malam…Syokkkk beb..jam 4.00 pagi kami pun menyusul turun semula..begitulah cerita Angin London ada Zon Tunda hehehehe..