Tiba-tiba terasa sebak...Al-Fatihah untuk my auntie kerana telah kehilangan bapa tersayang semalam jam 3.30pm...Aminnnn
Kelmarin,aku menemani papa & ma menghantar Nadia pulang ke hostel..dalam perjalanan,aku memasang telinga ke arah berita yang disampaikan oleh Hotfm iaitu seorang anak lelaki sanggup mengejar bapanya dengan parang!apa nak jadi dengan dunia sekarang??Terhadap ibubapa pun sanggup dilakukan sebegitu rupa??
Lantas,papa terus berkata; " bila dah besar semua anak-anak pa janganlah jadi macam tu...semua permintaan anak-anak, pa tunaikan walaupun susah atau senang,mahal atau murah..SEMUA pa akan tunaikan..."
Ya memang betul...pa & ma tidak penah pun,tidak memenuhi permintaan anak-anaknya..CUMA antara cepat dan lambat sahaja...Aku masih ingat dimana masa tu,Khairul di sek rendah lagi..kami adik-beradik berebut mahu melihat rancangan kartun,tapi Khairul berkeras mahu tengok bola.masa tu WORLD CUP!kerana tidak mahu melihat kami adik-beradik bergaduh hanya kerana berebut tv,papa telah membelikan sebuah tv yang baru untuk kepuasan bersama..sangat terkejut masa tu...
Memang betul aku seorang yang boros!!!apa sahaja yang aku nampak menarik pasti akan ku beli..harga belakang kira...janji aku dapat barang yang aku nak..Masa aku STPM,papa telah membelikan aku sebuah kereta kancil/Ferari berwarna merah.Terkejut giler!!!serius memang luar jangkaan...papa siap pesan; " kereta ni pa beli untuk mudahkan kak yu pergi class dengan adik ya..kalau nak pergi kedai ke apa tak payah jalan kaki dah..dan yang penting jangan kerana sudah berkereta kita menjadi seorang yang menunjuk-nunjuk!! " Sampai sekarang kata-kata papaku masih tersemat di mindaku.. DAN aku tidak sesekali akan menjual kereta ferariku itu,kerana ia adalah sebuah hadiah yang tidak ternilai olehku dan adik-adik..
Aku akan pastikan kehidupan papa dan mamaku terjamin,malah segala jasa dan pengorbanannya akan terbalas walaupun aku tahu jasa dan pengorbanan mereka tidak akan dapat dibalas oleh setiap insan yang bergelar ANAK!!...aku akan pastikan semua adik-beradiku berganding bahu membuatkan sesuatu yang boleh menggembirakan mereka dunia dan akhirat...aminnnnn...
Pa & ma kak yu dan adik-adik sayang sagat-sangat dekat pa & ma...muahhhh
berhenti secara berhemah untuk mengisi perut yang lapar HAHA..
wah, baik nye papa akak...siap beli TV lagi satu... :O
BalasPadam