Tengok!! aku dah tersasar dari tajuk dan jalan asal penceritaan dah..HUHUHU..
Ceritanya begini..masa aku balik kerja petang semalam, aku terus melulu ke dapur untuk makan..nyum..nyum..nyum.. sedap tu mama aku masak ikan bakar HAHA..lepas makan adik aku si Nazurah datang dekat dengan aku sambil beri sekeping kertas yang tak seberapa besar..aku pun terus ambil lalu baca..belum sempat aku nak bertanya, Nazurah macam dah tahu aje yang aku akan menyoalnya..lantas dia terus memberitahu
" Semalam malam adik tak belajar, tapi adik buka Al-quran carikan surah untuk Kak yu, surah untuk mudahkan Kak yu mengandung dan ada anak..nanti setiap kali solat kak yu amalkan yer "
Ya Allah, perasaan aku masa tu terus tersentuh..air mata pun mengalir tapi sempat aku kesat supaya tidak dinampak oleh sesiapa..Aku terus mencium pipi adik bongsuku..Aku memang tak terfikir pun yang adik aku sanggup buat sampai macam tu sekali..Budak kecil yang baru berusia 11 tahun pun sudah mengerti perasaanku?? Aku bertuah mendapat adik sebegitu rupa..memang benar kata mama, walaupun Nazurah nampak budak lagi tapi pemikirannya bukan seperti budak!
Ya baru aku teringat..masa mama mengandungkan adik ku itu, mama memang suka membaca Al-Quran dan ayat kursi..mungkin itu salah satunya sebab adik aku berfikiran matang?Allahualam..
Nazurah terima kasih kerana tolong Kak yu ye..InshaAllah Kak Yu akan amalkan surah yang adik bagi tu..Kak yu Sayang adikkkk muahhh...
Lepas tu sempat lagi dia menyelit, sekiranya dia dapat 5A dia nak aku bagi hadiah Handphone yang tercanggih masa tu..nasib baik tak tersembur air yang tengah ku minum dekat muka dia..kalau tak itulah hadiahnya HAHAHA..adik..oh adikkk..
Ok boleh bersurai sekarang..TUNGGU!!! sila tinggalkan komen anda untuk dijejaki HAHA..
0 Orang Sayangkan Cik Nurul:
Catat Ulasan
♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥