Pada mulanya lepas makan tu kita orang ingat nak pergi jalan-jalan pusing bandar..., tapi bila nak ke kereta my love berkata pada ku 'cyg kaki rasa lenguhla', apalagi aku pun cakap la, jom kita pergi urut kaki...Apalagi kami pun masuk dalam kereta untuk ke tempat yang dituju.
Semasa baru lepas keluar dari parking my love tegurku, 'cyg kat depan tu ada refleksologi, apakata cuba kat situ plak' ..kebetulan masa tu lampu traffic light tengah merah.., so tak jadila pergi kat hartamas ( tempat yang selalu kami pergi), so kami pergi dekat area kawasan danau kota ni jea..., Dapat parking kereta, aku & my love pun pergi la ke tempat yang kami nampak tu...,setiba di depan kedai tu aku pun berkata kat my loveku "abg kan tadi cakap sakit kaki kan, tengok atas tu nama kedai refleksologi "Picit-picit Kaki"...,sesuai plak namanya., my love tersenyum'.., kami pun masuk ke dalam kedai tu orang takla ramai cuma kena tunggu giliran kejap...
Bila tiba giliran, kami pun masuk ke dalam sambil dibawa 2 orang pekerja disitu...,semasa di dalam terkejut aku ingat tak de orang tapi ramai duk tengah picit kaki, disebabkan penuh di bahagian bawah .., aku & my love dibawa naik ke atas..., kami dibawa masuk ke 1 bilik, bilik tu takla berapa besar sangat sesuai untuk 3 orang jea ..tapi keadaan dalamnya lagi selesa ...aku & mylove pun pergi duduk kat sofe yang disediakan & pekerja yang bawa kami pun keluar sebentar..
My love memanggil aku, 'cyg tadi masa nak naik tangga abg dengar dia punya bos kedai cakap sama dengan pekerja,bawa dia ke bilik VIP,abg ingat untuk orang lain tapi untuk kita'..,akuu pun tersenyum..,patutla lain jea tengok kat bilik ni rupa-rupanya bilik VIP(dalam hati berkata)
Selepas tu masuk 2 orang pekerja tadi sambil membawa sebekas air(bekas kayu).. Mula-mula aku ingat diaorang pekerja ni nak mandikan aku,tapi sebaliknya diaorang suruh kitaorang rendam kaki ke dalam bekas air itu dan dibiarkan dalam 5-10minit... lega betul rasanya bila rendam kaki dalam air panas...dia start urut dibahagian belakang kita..fuhh best betullah..tapi lepas tu aku hanyut dibuai mimpi hahahaha..sedar-sedar diaorang kejutkan aku suruh minum teh cina.uwekk pahit tu tapi sebenarnya elok untuk dalaman kita..ohh ye untuk seorang rm68.00 tapi amat berbaloi-baloi... T___________T
** entry ini dikarang oleh My loveku..aku tak sempat nak update so dialah kene updatekan hahaha...
Bye-bye nak sambung jahit manik..muahhhhhh
0 Orang Sayangkan Cik Nurul:
Catat Ulasan
♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥