Isnin, 28 Jun 2010

VIDEO AIRIEL PETERPAN & LUNA MAYA

Cerita dah basi siap Airiel dah ditangkap pun baru aku tergedik-gedik nak buat entry pasalnya hehe..

Sebelum ini memang ada member kenalan di Twitterku bertanyakan sama ada video panas mereka sudah sampai ke Malaysia ke belum?? biasalah aku ni kan agak blur-blur sikit..ingatkan video cerita terbaru mereka HAHA..opss tak kelakar sudeyyyy..

Ada tu siap emailkan pada aku tanyakan nak ke video tu..aku hanya berkata kalau ko berani hantar silakan dan jangan menyesal kiranya muka ko ditumbuk olehku....tengok...bertapa aku memang pantang siapa-siapa yang menghantar benda-benda yang bukan-bukan ke dalam emailku...

Korang ni macam aku tak tahu, sibuk google cari video Airiel dan luna maya kan??? nak ke?? carilah sendiri yer bab aku memang tak ambik port hahaha..Kesian jugak aku pada Airiel dan luna maya ni tapi itulah pandai buat pandailah tanggungkan..terutama keluarga-keluarga mereka mesti malu kan huisyyyy..mintak-mintaklah simpang dari keuarga aku..

Dah jangan nak google-google lagi ok!!!

Sabtu, 26 Jun 2010

SHOOT AT KLCC (II)


 Huhuhu agak lama masa di ambil untuk upload gambar bahagian II .. buzy maaaa banyak kerja yang aku kene setlekan, oklah kita sambung kembali yer... kali ni tiada hold-hold entry lagi ;)


Inilah Kak Azah, paling rapat denganku..selalu kalau  ada masalah atau ada projek baik punya memang  kamilah berdualah akan kesana sini.. Dia ni single lagi so kalau siapa nak tackle boleh email nurul ok.. ;)



 Ini..tak perlu diwar-warkan sebab semua sudah maklum hahaha... gambar ni kak azah yang ambik kan..nasib baik cute hahaha



  Wahh kenapa tiba-tiba Kay mempunyai adik kembar??


 


 Masa ni disnap secara rambang koo..sebab tu aku jadi macam tu..senget plak tu..Kay stady aje dengan speak yang  baru beli dekat Vincci haha..


 


Gadis ini dalam hatinya ada taman tau..suka senyum tak kira tempat..itu yang ada sinar dimukanya..kan senyuman itu sedekah..


 


Aku dan Kay..masa ni dari food court, nak turun kebawah naik lif..sementara menunggu Kak azah sempat snap..orang-orang yang macam ni amatlah aku berkenan tau..hahaha 


  


Dekat Taman Klcc, walaupun ramai orang dihadapan kami tapi tidak dihiraukan..janji aku puas berfoto ;)


 


Sangat suka dengan gambar ni..semuanya nampak sempurna aje..Kak azah dan Kay sila framekan gambar ini ya.. 


 


Nampak tak cahaya kelip-kelip tu?? wokey tu aku saja-saja edit kasi ada macam power sikit .. ehh bukan power ranger T____T 



Kay mana kau mahu bawa aku terbang??? 



Inilah kawan baruku dari Iran..jumpa pun di Klcc dan dialah yang sukarela untuk mengambil gambar-gambar kami..ehh aku bukan paksa dia tau..masa tengah shok kami bergambar dia dan ayahnya duduk betul-betul berhampiran dengan kitaorang...ayah dia ingat kitaorang ni pelancong wahhh dasyat!! mungkin sebab tengok kitaorang sakan bergambar kot hehehe..Ohh ya namanya Tabar tak silap..dia ni baru aje sampai di Malaysia untuk menyambung pengajiannya peringkat ijazah..sangat friendly dan tak sombong.


Penat kaki aku menapak dalam Klcc tu dan perut ku sudah menari dangdut, kitaorang pun pergi mencari makanan untuk dimakan..akhirnya tekak aku meminta tempayyaki untuk dimakan...Selepas aktiviti makan selesai kami terus membawa haluan masing-masing T____T

Khamis, 24 Jun 2010

SHOOT AT KLCC (I)

Haiiyaaaaa blog sudah bersawang dengan taik cicak bagai..baru seminggu tak update huhu..chopp hp berbunyi alahaiii sedapnya dengar lagu tema " LAGENDA BUDAK SETAN "

Wokey sudeyyyy My papa call hahaa..bertanya tentang sesuatu yang menjadi rahsia lagi setakat ini..jeng..jeng..jeng.. tunggu!!!

Sabtu lepas, aku keluar shoot bersama 3 orang kawan seperjabat & sekepala yang agak gila-gila macam aku..gila-gila pun comel kan?? tak comel?? blahhh sekarang HAHA...ehhh jangan meh lah sini baca sampai habis dulu keikei..

Perancangan secara tiba-tiba sebenarnya dan terus aku book tiket secara online di TGV KLCC untuk menonton filem LAGENDA BUDAK SETAN...untuk pengetahuan korang, ini kali ke 2 aku tengok cerita ni tapi aku tetap jugak mengalirkan air mata..tah paper aje menci tauuuu...aku kasi 10 bintang pada filem ni memang best kooooo...rugi siapa tak tengok..

Alhamdulillah My love aku memang sportting habislah sebab izinkan aku keluar merewang dengan member..My love bukan sahaja suami malah sahabat baik aku diwaktu senang atau susah..sejak zaman berkawan lagi...ehhh baru terperasan menggunakan kata ganti diri "AKU" ampun mama udah terbiasa sekiranya menulis diari hehehe..

Pada hari tersebut dengan rasa berbangga kembang kempis hidung ni aku menaiki PUTRA LRT selepas hampir 4 tahun aku meninggalkannya HAHAHA...Yes akhirnya aku berjaya sampai KLCC walaupun ada jugaklah perasaan cuak ;(

Janji jumpa di vincci, so Kay mengambil kesempatan shopping jam tangan dan sunglass..cayalah Kay..compem aku pinjam ;) dah setle semua terus melulu sampai nak langgar sesiapa sahaja yang ada didepan sebab nak g ambik tiket..dahlah aku memang langsung tak penah tengok wayang dekat KLCC mahu tak haru-biru..dan akhirnya selepas kehulu-hilir selama 10 minit akhirnya jumpa jugak dengan kaunter tiket booking online..lega rasanya..

Agak menyampah bila tengok dekat TGV sebab kerusi dan ruang laluannya sangat sempit tak macam GSC besar dan selesa... ;)

Ok meh usha gambar yang sempat snap sebelum tengok wayang jeng..jeng..jeng..



MACAM BIASA PEMILIK BLOG MELARAM HAHAHA



SINAR KEIMANAN TERPANCUL DI KEPALA KAY ;)



KAY @ KEPING ;)



NOR AZAH




Lawak aje kan sorang-sorang..diaorang ni tak sarapan lagi so bila sampai sana terus mencari roti tapi aku dah ngap dulu hahaha...ehhh aku pun baru perasanlah aku dan geng bertemakan hitam putih seperti taik cicak caikkkkk...itupun sebab kak noraini komen dalam facebook kalau tak sampai kesudah tak perasan..


 Nanti bersambung bahagian II yer sebab banyak gambar dengan aksi-aksi yang agak nakal ;) ehhh kitaorang dapat kawan baru,  orang Iran lagi tu..nak tahu lebih lanjut tunggu bahagian II tau..


 

Jumaat, 18 Jun 2010

MARI BERTWITTER

Salam pagi jumaat...suka betul bila jumaat tiba sebabnya?? sabtu cuti haha tapi tak suka bila ahad muncul sebab isnin kerja ngeh..ngeh..ngeh..ada-ada aje saya ni T_______T

Sekarang ni saya amat gila bertwitter..lagi cepat informasi saya terima berbanding dengan Facebook..Lepas ni apa-apa tentang diri saya, akan diupdate secara cepat,pantas dan ligat di Twitter...Nak tahu Nurul pergi mana? dengan siapa? untuk apa? semuanya diupdate di twitter..cubalah, pasti anda semua seronok menggunakannya tapi almaklumlah bagi yang baru nak buat akaunnya..benda baru pasti ada error..Sebagai manusia mana ada perfect bukan??

Ya..ya.. saya tahu ada! tapi " bilang dengan jari pun boleh " ..Pengalaman saya selama mengenali TWITTER ini amatlah mencabar dan hampir-hampir untuk membuang terus akaunnya ke laut Afrika..ehhh jauhnya..yelah World Cup kat sana HAHAHA..Kalau tidak kerana ayat panas KakinaKL pastinya aku sudah buta tentang Twitter..ayatnya berbunyi begini " Alahai nurul, akak yang dah tua ni pun tau buat tak kan ko yang muda tak reti? " menyirap darahku bila dengar macam tu, so berkobar-kobarlah darahku menyelongkar sejarah Twitter..cehh ayat bajet power hahaha...tapi betullah kerana Kak ina lah saya berjaya guna twitter ni..



So sesiapa yang ada akaun twitter tu sudi-sudikanlah add aku ya di http://twitter.com/nurulhasmiza 

bye..bye..

Isnin, 14 Jun 2010

60kg to 50kg

Salam hormat dari rumah saya...ecehhh sejak 2 menjak ni dah pakai saya hakkktuiihhh..hehe..mama pesan jangan gunakan " aku" so kita tukar kepada saya,kamu,kami,engkau..ehh cukup-cukup!! pilihanku SAYA titik..


Kali ini, saya bertekad untuk menurunkan berat badan dari 60kg ke 50kg..sedihhnya sebab berat badan naik mendadak selepas saya dipaksa telan pil hormon..namun saya tidak ralat sebab ini semua saya lakukan disebabkan mahu zuriat..Tapi now saya dah nekad, apa nak jadi-jadilah sebab saya akan berusaha untuk menurunkan berat badan.


Dikelilingi pari-pari Nurul..


Dulu berat badan 48kg aje huhu sungguh kurus bagai lidi tapi sekarang tidak lagi..namun akan ku usahakan sehingga berjaya..

Sekian sahaja mentulis blog hari ini..bye....

Ahad, 13 Jun 2010

HOLIDAY AGAIN.. ((:

Alahai cerita awal bulan lepas sebenarnya ni tapi baru sekarang ada mood untuk update kwang..kwang..kwang..


Kalau ikutkan, ini percutian kali ke 2 ke CAMERON HIGHLAND untuk tahun 2010..seronok sangat sampai rasa

tak nak balik aje..ishhh melampau ni kalau sampai tak nak balik...haha..

Malaslah nak cerita panjang so tengok ajelah pada gambarnya hahaha padahal dah lupa maklumat holiday tu sebab lama terperam kah..kah..kah..kantoiiiii... :)


Masturina Nazurah buah hati keluar Mohd Azemi



KEDAI PINKY



Dr Nadia yang Poyo..



TELINGA PINK STRAWBERRI



BUDAK PENYIBUK  ;)



SUKA RIA DI LADANG TEH



MY BELOVED FAMILY



PA & MA YANG TERSAYANG..



CHALET BANK NEGARA MALAYSIA



DIKELILINGI BAYANG-BAYANG SENDIRI



NURUL & NADIA



KAKAK & ADIK NOT KEMBAR



MENAMPAKKAN KEGEMUKAN MIRA HAHAHA


Oklah sampai disini saja..gambar telah menceritakan segala-galanya hahaha..wah cayalah ayat tak nak mengalah ;)

Rabu, 9 Jun 2010

INI CERITA MINGGU LEPAS OK

Hoyay!! aku sakit kepala sekarang ni tapi entah kenapa aku teringin mengupdate blog juga..haha.tah paper aje..

Pagi tadi aku kene migrain..adoii sakit betul kepala ni rasa nak hantuk-hantuk aje..solat subuh memang kene qada pun sebab tak larat bangun sangat-sangat..


Baru hari ni dapat aku update cerita minggu lepas punya, bukan ini hari punya cerita tau..minggu lepas aku menyertai rombongan bertunang Juwa di Seremban..hantaran semua mak long yang buat dari A hingga Z..sangatlah cantik youuu..Jeles i tau..ohh ye iklan sekejap sebenarnya mak long pernah masuk MAJALAH 3 kerana dialah yang membuat bunga pinang dan dipasarkan ke kedai BUNGA REBEN dan kedai-kedai pengantin yang lain...

Oklah mood tak derlah sekarang ni so kita jumpa esok yer ahakkk..layan ajelah gambar terbaru dariku hehehe..

Selasa, 8 Jun 2010

AKU RASA MAHU NANGIS!!

Dear Diari,

Dah lama aku tak update blog..tapi tak update pun tak pe bukan ada orang nak baca pun kan huhu..
Aku perasan diriku ada kelainan hari ni...isnin kan MONDAY BLUES lah nak masuk kerja..alhamdulillah nasib baik hari ni ada tanggungjawab untuk mensiapkan muka, walaupun dengan hanya krim uv,bedak dan lipstik..
kenapa ya hari ni aku rasa macam mahu nangis aje??? aku pun pelik sepelik-peliknya... sepanjang hari ni aku hanya mengadap laptop bermain facebook, Twitter dan touch-up yang mana patut dalam diairiku ini..

Dear Diari,

Kadang-kadang bila aku keseorangan aku terpikir betul ke aku dah 24 tahun?? betul ke aku sudah bekerja?? binggung rasanya tapi itulah realitinya...terpikir juga pada soal kematian cukup dah ke amal ibadatku untuk menemui yang maha Esa?? semuanya datang secara tidak dirancang!!! ahhhh aku tidak tahu mahu ngomong sama siapa...time boring aku main twitter untuk menenangkan diriku..tapi surelah main Twitter ni memang sangat best hehehe..
Oklah nak sambung main Twitterlah hehehe...

Isnin, 7 Jun 2010

INIDIARINURUL.COM

Salam semua, nurul ingin memberitahu yang blog nurul telah bertukar ke http://inidiarinurul.com bermula 7/6/2010.
Maaf ye sebab asyik bertukar url blog aje..tapi inshaAllah yang ini akan kekal sebab nurul dah beli domain dan hostingnya sendiri...jumpa disana yer..
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in