Jumaat, 20 Ogos 2010

IFTAR --> 4 RAMADHAN

Kisah 2 hari lepas...

Pagi tadi dengan jayanya, berjaya bangun walaupun pada mulanya untuk bancuh nestum! ohh bukan untuk baby tapi untuk aku. Alarm handphone menjerit sampai rumah sebelah turut terjaga sama T___T so kita sahur bersama-sama. Acah aje. Mulanya macam tak endahkan pada lauk yang terhidang, sebab nestum lagi cepat  diminum,  lepas tu boleh sambung tidur balik dengan cara pantas dan hebat HAHA.. Tak kelakar pun..TAPI bila terpandangkan pada ikan kering terus JATUH CINTA pada nasi yang telah ku pandang serong tadi. Maaf pada nasi. Tak banyak pun makan, separuh senduk pun tak sampai HAHAHAHA.

Wah sudah panjang berbicara yer tapi bukan itu yang hendak ceritakan HAHAHA..maafkan saya gitu.

Tukar cerita*****

Pada 4 Ramadhan lalu, keluarga aku telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama kaum keluarga yang menetap di Kuala Lumpur. Memang setiap tahun kami adakan majlis ini, secara tak langsung dapat berkumpul dan berborak-borak,  iyelah dah lama tidak ketemu walaupun tinggal di Kuala lumpur jugak..kekangan masa. Lauk-pauk pada majlis itu semuanya disediakan oleh Pn Norizan selaku mamaku hahaha dan aku hanya menolong yang mana patut.


 Ayam bakar..diperap terlebih dahulu, lepas tu barulah dipercikkan ;)



 Tokey ikan kembung bakar..



 Terliur aku secara tiba-tiba HAHA..



Inilah lauk-pauk yang disediakan..ehh kuih muih tu bukan buat tau...saudaraku yang beli ngeh..ngeh..ngeh..



 Sibuk menghidang lauk-pauk



 Inilah kaum kerabatku..silap haribulan jiran tertangga ingat ada majlis merisik koooo..



 Wahhhh berbuka sudah...sangat seronok sekali sebab kekenyangan..Tarawih bila nak pergi ni??


 


Hari Jumaat dan Sabtu Iftar di Sri Gombak dan Kg Nakhoda Selayang..so gantung kualilah yahooooooooooooooooooooo...ehh aku sedih ni sebab esok adik lelaki aku dah nak balik Rusia...sedihnya huhuhu ;( Masuk tahun ni dah 4 tahun berturut-turut tak dapat beraya bersama keluarga tercinta..apa boleh buat menuntut ilmu terpaksalah berkorban..ehhh masuk salam perantauan tak??? nak tengok surat khabarlah hahaha...gila secara tiba-tiba jadi bengong!


Luv you!


  

1 ulasan:

  1. cantik2 gambar nurul..dah beli dslr ke..

    berbuka puasa ramai2 memang seronok sangat.. menu rumah nurul pun nampak best2 belaka

    BalasPadam

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in