Sori semua yang menanti entry last ni ( ada ke yang menanti??) ..bukan aku sengaja lambatkan publish entry ini tapi masa yang membataskan untuk aku update blog..aku kene pergi kursus daaaa hehehe..ok cerita pergi kursus nanti aku update lain kali yer... Oklah aku sambung kembali cerita part last di Kota kinabalu..
Masa ni lagi 2 jam nak checkout hotel pun sempat lagi aku mengajak papa dan My love temankan aku untuk shopping gelang kaki kristal untuk kali terakhir hahaha..aku punya terlupalah nak tempah gelang kaki tu, itu pasal last minit baru teringat apalagi geraklah seperti lipas kudung..ko bayangkan lagi 2 jam nak checkout!!! sempat lagi posing walaupun dah semput-semput ayam ;) pernah tengok ke ayam semput??
My love aku yang berjiwa " rakyat" sentiasa lampu hijau dengan apa yang aku nak hahahaha...tapi cuaca disini berangin dan agak panaslah..habis basah ketiak aku huhuhu..
Selepas singgah di Jamilah tempat aku borong mutiara dan tempah gelang kaki kristal, kami terus menuju ke shopping mall untuk membeli cenderamata untuk menampakkan yang kami sudah menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu..Papa belikan kami adik beradik t-shirt hehehehe...nak beli orang utan ni tapi bila fikir balik nak muat tang mana bab beg udah penuhhh oooo..niat dihati mahu datang makan seafood ajo hahahaha...
Inilah gelagat kami bila nak checkout..semua sibuk tengok barang masing-masing iyerlah kalau tertinggal alamaknya simpan dalam hatilah..ingat dekat ke Kl dengan Kota kinabalu tu..kalau dapat tiket murah bolehlah tiket puluhan ringgit macam aku dapat tu kalau idokkk ratusss lah ko nok membayor ;(
Inilah kaum kerabatku yang mengikuti percutian kali ini..walaupun berjiran tapi kami tetap rapat seperti keluarga sendiri...
Di airport Kota kinabalu...masa ni nasib baik sepupu aku tak kantoi bawa barang lebih sebab aku tolong bawakan begnya kalau tak membayorlah jawabnya hehehehe...
Ini budak sangat manja tau hehehe..kalau budak ini tak der aku rasa amatlah kebosanan...
Ohhhh selamat tinggal Kota Kinabalu..tahun depan kita jumpa lagi yer..kalau den dapat tiket murahlah...Airasia sila bagi potongan yang murah gilar ok!!!!
Ini aje yang den boli dalam flight sebab sebelum check in tadi dah melantak kfc hahahaha...
Kepenatan berjalan dan memburu mutiara sudah berakhir...so tidurlah sepuas hati semasa dalam flight..boring betul dalam masa 2 jam tu sampai dah tak tahu nak buat apa lagi..nasib baik mata dah ngantuk so zzzZZZZZzzzz...
Dah nak sampai LCCT..masani baru perasan yang flight lalu di port dickson hehehehe...tapi agak lama jugaklah flight nak turun sebab tak dapat signal yang boleh turun..so kami semua main pusing-pusinglah dulu sementara isyarat turun dari menara kawalan diberi...agak gayat jugak masa ni iyelah pusing sana..pusing sini huhuhu dahlah tepi laut pulak tu ngeh..ngeh..
Masa ini tengah menunggu beg masing-masing yang penuh berisi ikan dan udang kering fresh dari sabah beserta mutiara hahahaha..sebab tu mama aku nak sertai masa nak ambik beg ni kalau tidak jangan harap dia nak tunggu sekali kat situ hahahahaahaha...ada kfc disebalik pizza hut..ehhh pepatah dari mana yer ni??? entahh aku main bedal aje hahahha...
Habis sudahhh aktiviti kami di Kota kinabalu..inshaAllah ada rezeki kami akan kesana lagi tapi kali ini untuk ke Pulau pula hehehehe...byeeeee...
salam nurul...rugi tul tak ambil gambar masa jumpa tu kan..
BalasPadamwah bestnya dpt gi tempat makan seafood murah, dapat shopping mutiara.