seronok makan lemang,ketupat dan rendang?? Hohoho aku lagi gempak sebab mak mertua masak rendang daging,paru,limpa dan ayam, serta kuah kacang. Kuah kacang benda wajib yang perlu ada sebab makanan kegemaran My love. Tahun ini turn My love so berayalah aku di ibukota Kuala lumpur.
Pagi raya memang sebak, sebab teringat family pulang beraya di Terengganu dan Kelantan. tapi nasib baik asyik berjalan aje so sedih tu tak terasa sangat.
Sayang seribu kali sayang, gambar raya hari pertama hilang kerana terdelete..hancur hatiku tapi redha aje sebab benda dah jadi :)
Sempat tu make-up dalam kereta..i kan datin youuuu hahahaha.
My love menikmati nasi lemak yang dimasak oleh nenek sunah..sedappp oooo, tuba-tiba terliur ni.
Eh anak dan isteri siapalah yang sopan dan anggun ini?? ( angkat bakul sendiri ) bersama adik iparku yang sebaya dengan ku, otaknya pun boleh tahan gilanya hahahaha.
Ye..ye..ye aku tahu ramai bertanyakan tentang pipiku yang gebu sejak 2 menjak ni..Jawapannya sebab i kene makan ubat yang diberi oleh doktor ok.harap jawapan itu dapat selesaikan persoalan anda itu hahaha..eh tapi masih comelkan ;)
Sempat lagi tu bergambar walaupun panas terik..Cantik tak gaya make-up aku untuk raya kali ini?? akhirnya aku berjaya jugak walaupun berpandukan tutorial Dato' siti ahakkk.
Masa ini beraya di Rumah Cik Mur di Cheras..best oo dapat makan rendang masakannya..
Waktu pulang yang dinantikan sebab nak tengok Dato Siti punya program ;)
Lemang yang sedap sehingga menjilat jari ooo. beli masa balik dari rumak Cik Mur di cheras.Mak cik yang jual ni pun sangat rilex habislah.
Di rumah nenek Shidah di Ampang.Makan mee kari yang memang berapi telingaku hahaha.
Setelah mendapat keizinan dari Mylove, aku pertontonkan hadiah sempena ulangtahun perkahwinanku yang ke 2. Cincin bertahtakan batu pink dan putih sangat bergelip-gelip gitu.
Ko tengok kasutku itu..sebenarnya aku pakai kasut warna merah tapi yang sedihnya bibik aku terambil dan masukkan ke dalam kereta papa, dia ingat tu kasut adik ku haiyaaaaa langsung tak dapat melaram jadi datin merah pagi raya. Nasib baiklah ada kasut yang tak pakai lagi so lepas My love dah berdehem barulah aku reti nak pilih kasut lain. Adik iparku Dila terkejut tengok kasut yang belum pakai masih tersadai 5 pasang dalam beg plastik hahahaha. terkejut ko yer.
Model baju kurung jahitan mama mertuaku..siap malam raya sebab Dila lambat sembat. Masa ini angin kuat sangat tu yang gatal nak ambik gambar konon-kononnya di tengah sawah padahal di taman permainan jer.toing..toing..toing..
Oklah ini aje yang sempat aku updatekan.Now jam dah pukul 12.45malam, esok dah nak balik Kelantan dan Terengganu, flight jam 10.45am huhu tak sabarnya..good night semua i love you...eh My love tengah tengok Cerita Pisau cukurlah pulak!!