Jumaat, 12 November 2010

AL-FATIHAH BUAT KELUARGA SHAMRIN FOTOGRAF

Al-Fatihah.........

Semalam, dalam jam 8.30pm aku, mama dan Nazurah ke Hospital Al-Islam Kampung Baru melawat papa yang batuk agak teruk.. Masa nak masuk pintu hospital tu aku dah pelik sebab nampak Linda onn buat liputan. Aku ingatkan nak perkenalkan Hospital tu pada umum HAHA..

Apa yang aku fikirkan semua meleset...Bila nak melangkah ke bilik papaku lagilah aku berdebar tengok ramai artis berkumpul depan pintu bilik papa..aikkk papa aku berkawan dengan artis ke??? detik kata hati. Rupa-rupanya penyanyi Shamrin dari kumpulan Fotograf meninggal dunia. Biliknya betul-betul disebelah bilik papaku.

Dari apa yang aku dengar dan diperkatakan oleh salah seorang pelakon gerak khas..alamakkk lupalah namanya T_____T arwah sempat membuat show pada sebelah tengahari semalam dan pada belah petang itu arwah bermain bola sepak. Tak sempat pun 15 minit bermain arwah jatuh pengsan dan doktor sahkan arwah meninggal dunia. Senangnya dia pergi menghadap penciptanya, meninggal pada hari khamis malam jumaat pulak tu,  bukan senang tau. mungkin itu rezeki arwah.

Hanya aku seorang aje tidak pergi melawat arwah,  kerana aku tak kuat semangat so aku hanya duduk ditepi pintu bilik papaku sahaja sambil memerhati mereka-mereka semua. Malam tadi jugak arwah dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur  untuk dibedah siasat untuk mengetahui apa punca kematian arwah. Arwah akan dikebumikan pada hari ini 12 Nov 2010.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah..Takziah Cik Nurul dan keluarga ucapkan pada keluarga arwah...Al-fatihah...aminn


Al-Fatihah buat arwah Shamrin....


Gambar dari Pak Google

1 ulasan:

  1. salam nurul. al fatihah buat arwah shamrin.

    kamu gi ke link ni..dia ada ajar camner nak buat assignment churpchurp tu
    http://www.mohdzaid.com/2010/08/28/bagaimana-menggunakan-churp2-dengan-betul.html

    BalasPadam

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in