Isnin, 31 Januari 2011

ALHAMDULILLAH, AKHIRNYA AKU MASUK MAJALAH DARA.COM

Beb I nak kecoh sesuatu ni hehehe baru sekali muka masuk majalah dah riuh sekampung hahaha, i x kisahlah apa korang nak cakap janji i nak kecoh jugak !! Minggu lepas aku ada twitt tanya siapa ada beli majalah dara.com kan hehe.

Alhamdulillah, akhirnya keluar juga muka aku yang tidak secantik mana ni di Majalah yang popular tu..apa lagi kalau bukan DARA.COM ISU FEBRUARI . Jutaan terima kasih pada Kak Shahima dari karangkraf sebab beri peluang ini pada nurul. 1 page setengah tu menjadi milik nurul adoiiii malulah pulak ;)



Alahai gambar papa dan Cik Ina pun masuk sekalilah hehe tak pe sama-sama tayang muka kah..kah..kah..Oh ye kalau ikutkan, ini memang rezeki menyebelahiku iyelah masa kak Shahima call, masa tu aku di Bandung dan memang hp aku off terus. nasib baik dia ada emailkan pada aku no hpnya terus balik Malaysia aku call hehehehe..syukur sangat-sangat.

Nak tahu pasal apa aku masuk dalam majalah ni ke?? Pergi kedai runcit mana-mana, dah jumpa terus beli ok.  pastu bacalah kisah aku tu hehe..korang jangan tergelak udah tau sebab tu memang kisah benarlah..Mama,papa, My love dan adik-beradik aku dah baca siap gelak-gelak lagi coii betul wat malu aku je tau huhu.. adik aku yang bongsu tu siap sound My love " wah lepas ni abg fendi glamourlah sebab isteri dia dah jadi artis " erkkkk artis celah mana adik oiiiiii. hahahaha.

Gambar-gambar yang aku emailkan pun semuanya masih panazzzz lagi dari Bandung T______T cepat aje aku cari mana gambar yang sesuai hehe.

Aku tengah mencari 1 job yang dah lama aku idamkan dan mendapat restu dari semua ahli keluargaku dengan syarat muka My love tidak dibenarkan terpampang hehehe.

Jumaat, 28 Januari 2011

PHOTOSHOOT --> TEMA : BOOT & GITAR

Ok now aku publish semua gambar-gambar photoshoot di Lake Garden harap semua terhibur ya hehe..sori ok aku lambat publish sebab banyak urusan nak kene siapkan sebelum " terbang " lagi  jeng..jeng..jeng..

Pada entry ini juga semua pertanyaan yang kamu tanya pada Nurul ( melalui email & formspring ) akan dijawab ok hehe..pertanyaan semua sangat perghhhhh ;)
























Aku suka posing time ni hahaha.



Kantoi !! ada kasut pulak..Dilaaaaaaaaaaa ko nak kena ni hehe
















































































































  • Masa shoot ni boleh dikatakan kami sering didatangi oleh " peminat-peminat " yang menyangka kami ini adalah " Yuna & Faizal Tahir " hahaha..puas kami lari-lari namun akhirnya kami sempat lepaskan diri YES !!
  • Time nak balik pulak siap pak cik yang bawa train ronda-ronda 1 lake garden tu, nak belanja naik train secara percuma namun aku menolak dengan cara baik.
  • Ada sekumpulan Mat Salleh sedang tidur diatas rumput tempat kami shoot, boleh pulak dia suruh aku mainkan lagu untuknya..namun aku boolayannn.
  • Kasut Boot dihadiahkan oleh Kak Erna ku sayang, sebab aku bagitahu dia boot aku tak dilantingkan di Bandung hehehe.
  • Photographer kali ini ialah adik ipar aku Dilla @ Faizal Tahir hahaha
  • Trademark Photographer bawah My Love ialah  " LAKIBINI STUDIO "
  • Baju, legging, shawl dan segala hiasan dari koleksi aku sendiri.
  • Gitar tersebut kepunyaan adik perempuan aku yang berumur 12 tahun. Tahun ni ambik Upsr so dia kene kurangkan sikit main gitar hahaha
  • Semua gambar-gambar yang terdapat dalam entry ini, adalah tanpa sebarang editting ok.
  • Segala gaya/posing adalah rekaan Cik Nurul Pinky tau ;)
  • Make-up hasil air tangan Cik Nurul Pinky sambil merujuk pada majalah Remaja, Dara.co dan Youtube.

Ok kepada sesiapa nak ajak aku join buat photoshoot tu, aku ok aje tapi tolong beri tarikhnya awal-awal tau sebab takut clash ngan aktiviti lain..yang mana dah email aku ajak join, sori tau bukan tak sudi tapi next week Nurul pergi holiday...inshaAllah kalau ada rezeki kita pasti ketemu ya.

Lepas ni nak wat photoshoot tema apa lak ye??? tolong Nurul fikirkan tema apa yang best-best ni hehehe

Rabu, 26 Januari 2011

REMAJA & DARA.COM BUAT AKU BERJAYA



Inilah gaya makeup aku belajar daripada majalah Remaja & Dara.com hehehe.. dah lama juga aku tak pergi bengkel belajar makeup ni sebab kekangan masa yang oiii. Rindulah nak makeup-makeup cam gini lagi hehe, rasa puas sebab dapat tengok hasil sendiri yang bagi aku bukan senang nak dapat sebab tiada guru pun ngajor just berpandukan majalah semata-mata ;)



Sebelum ni kan, setiap kali aku beli majalah Remaja atau Dara.com mesti ramai yang gelak akan diriku ini sebab beli majalah macam tu..Hello tak semestinya beli majalah untuk remaja, orang dewasa tak boleh baca right?? Aku sentiasa remaja dari dulu sampai sekarang tau hahaha..

Ok ni ada satu rahsia makeup aku nak turunkan cewahhhhh bajet hott !! Lepas ni kalau korang nak makeup, korang kena pastikan bahagian mana korang nak menyerlah tak kiralah tang mata, bibir or pipi. Kalau korang rasa nak menyerlah bahagian mata pastikan korang kaw-kaw makeup dibahagian mata tersebut ok..Nanti siapa dah cuba tempek sekeping gambar ye nak tengok..mesti meletoplah babe..

Aku nak tergelak ni sebab ada orang suruh aku makeupkan dia masa hari pertunangannya ayoyo..aku bukan pandai sangatlah hehe segan oiii...gitu-gitu bolehlah ;)

Doakan untuk keselamatan adik aku ye, ialah lapangan terbang Moscowkan kene bom semalam..aminnnn

Selasa, 25 Januari 2011

TERKENCING KETAKUTAN KERANA KHURAFAT !!!

Aku tak nak tengok dah cerita Khurafat ni walaupun orang nak belanja aku !!!! sebab aku TAKUT & SERAM beb...Tahniahlah buat Syamsul Yusoff sebab berjaya buat cerita seram yang memang perghhhhhhh. Mula-mula mak mertua aku yang ajak nak pergi tengok, aku ok aje sebab ingat alahhh cerita melayu mana seram sangatkan last-last ambik koooo habis phasmina mak mertuaku aku ambik buat tutup muka kahkahkah.

Simple aje nak pergi tengok wayang hehe..Eh nak bagitahu handbeg tu Mak su My Love yang berikan..orang dah bagi tak kan tak nak ambik betul idak??? Bukan nak menunjuk tau..korang pun tau sebab apa aku wujudkan blog ni kan??

Sebelum tu kita jalan-jalan window shopping hehe .Rasa macam di Negara Jepun pun ada huhuhu bilalah nak kesana pulak ;)

Teringin rasanya nak pergi Ke Korea,Jepun & Beijing hehehe ehh En Fendi you bacakan blog i ni ??? So macam-mana?? heheehehe
Last masa dah habis cerita Khurafat tu, Shamsul muncul dan berkata " bagaimana dengan cerita saya " dan semua tepuk tangan..clap..clap..clap..Fuhh hensem betul mamat ni kan TAPI hensem lagi En Fendi kan..kan..kan..ok i dah puji syg so boleh bawa i pergi Beijing tak??? hahahahaha

Apa yang boleh aku simpulkan memang cerita Khurafat ni setanding cerita seram luar negara fuhhhh 10 bintang aku kasi kooo..so sesiapa yang tak tengok lagi bolehlah ke pawagam sekarang memang tak rugi pun hehehehe...kalaulah Syamsul datang blog aku memang senyum habislah dengar aku puji ni ;)

Isnin, 24 Januari 2011

BILA DISANGKA YUNA ;)

Assalamualaikum,

Ya Allah berderet-deret entry dalam draf yang tak publishkan lagi hehe..sabar ok akan dipublish juga tunggu masa aje..semua akan terlaksana sikit masa lagi. Mau kasi clear itu draf HAHAHA...

Hari Sabtu lepas, aku ada photoshoot lagi HEHE, cuma kali ni ditemani adik ipar yang sangat cool ok !! Thanks Dilla @ Faizal Tahir HAHA..


Segala aksi/gaya adalah dari diriku sendiri aje ^o^



Sorry semua, gambar 2 keping aje sebab tak sempat nak buat framenya lagi..nanti dah siap semua akan dipublish siap cerita apa terjadi semasa fotografi ini diadakan hahahaha nak tergelaklah bila diingatkan kembali adoiiii...Nak tahu kisah bagaimana ramai yang menyangka " Yuna & Faizal Tahir " ada buat photoshoot??? tunggu !!!! HAHA...

Rabu, 19 Januari 2011

KEPALA BLOG YANG BOLEH DITUKAR

Good Morning !!!

Hari ni semua pakai baju Tshirt ke office sebab ada aktiviti 5'S...Aku??? tengah duduk menelik komputer hahaha. Eh hari ni pulak, aku dah ambil keputusan yang agak berat bagiku tapi untuk memuaskan semua pihak aku terpaksa mendelete akaun fb yang langsung aku tidak kenal dan kenal suam-suam kuku..Alasannya no komen !!  Sebelum ni aku accept aje sesiapa yang invite aku tapi bila diaorang dah buat taik dengan aku inilah balasan yang korang dapat huhuhu..boleh pulak nak duk melucah bagai ye..pastu yang tak tahan boleh menyamar jadi orang-orang yang aku kenal huk oloh cara lamalah weiii..

Ok mood agak kureng sikitlah pagi ni..tapi hari ni aku datang office dengan muka yang sudah siap aku solek hahaha tidak seperti semalam pucat lesi macam mayat ;) Meh aku nak tunjuk header blog yang aku dah guna dan yang aku baru buat hehehe...



Header blog 2011 punya..sementara aje ni..lepas ni aku nak letak gambar pakai baju warna pink pulak hahahaha...barulah PINK LADY kan.


Ingat nak pakai yang ni tapi masa buat tu idea dah hilang so langsung macam tak menjadi aje aku rasa hahaha..nantilah nak jugak aku pakai header jenis transparen. Sifu akulah yang selalu mengajar aku mendalami Photoshop, so dari situ minat mula bercambah hehehe



Header lama..bye-bye jumpa lagi ye..nanti kalau rindu aku akan selongkar ko balik hehehe..Oklah entry untuk hari ini..walaupun seciput janji dapat melayan mata jugakkan hehe..

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in