Assalamualaikum, sebenarnya nak update pasal cerita lain tapi bila teringat janjiku pada kakak comel ini terus tukar tajuk HAHAHA.
Ok sebelum itu aku nak bagitahu awal-awal, bahawa panduan ini berpandukan pengalaman aku dan keluarga selama ini. Iye mungkin berlainan dengan orang lain..bak kata pepatah lain orang lain caranya ye dok??
Selalunya benda-benda penting yang akan aku bawa setiap kali travel ialah :-
1).
Insurans travel - 2 minggu sebelum terbang benda wajib yang akan diuruskan ialah insuranskan perjalanan kita untuk menjamin sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini..tak mahal manalah..sebelum ini aku tak penah ambil insurans travel pun tapi, bila aku sudah terkena batang hidung sendiri dari situ baru aku sedar bertapa pentingnya insurans ini.
2).
Ubat-ubatan - Panadol dan minyak angin perkara wajib perlu ada dalam list almaklumlah kliniknya tidak sama macam di Malaysia. Dimana kita harus berjumpa doctor dulu dan dia akan listkan ubat apa and then baru ke farmasi beli ubat. kiranya agak rumit sikitlah ye.
3).
Baju - Kalau nurul selalunya bawa 2 helai aje, sehelai jeans ( ke bandung ) sebab kalau bawa baju banyak rugi ruang sebab dekat sana pasti akan beli baju lagi.
4).
List Tukaran wang - sentiasa bawa kemana-mana sahaja untuk shopping !! lagi satu ingat, sebelum beli tawar harga separuh dari harga barang tu dulu ye, kalau tak boleh sangat-sangat barulah up sikit je tau.
5).
Kasut - Jangan sesekali pakai yang bertumit tau kalau korang tak nak shopping sangat tak mengapa hehehe..
6).
Emas - Aku tak galakkan korang pakai rantai/gelang emas bila travel di Indonesia.
7).
Simcard - Jangan lupa beli simcard bila dah tiba di Bandung, pilihan aku Mentari sebab jimat banyak dari yang lain. Kalau korang nak guna simcard dari Malaysia boleh aje tapi hujung bulan time nak bayar menanggunglah ko hahaha.
Selalunya tempat yang akan ku tuju bila masuk Pasar Baru ialah :
Ground Floor - dibelakang escalator,( betul ke ejaan ni ) ada jual baju-baju yang cantik dan sweet dengan harga sangat murah.
Lantai 2 - Syurga kain ela tau youuuu, terbeliak bijik mata dan rasanya semua kain nak borong. Jangan lupa singgah kedai kain nama Angle, lagi cun kalau dapat ngayat tokey dia lagi cun babe ko dapat harganya hehe.
Lantai 3 - Aku suka beli seluar jeans dekat sini dari dulu lagi sebab kualitinya memnag tip-top dan harganya boleh runding.
Lantai 4 - Tempat aku borong blouse, tshirt, legging dan segala macam mak nenk aku sapu bi;a duk sini hahaha.
Lantai 6 - Tempat idaman setiap wanita iaitu handbeg !!! aku borong 5 bijik masa bulan 12 tahun lepas, tak menyesal langsung beli tapi menyesal tak beli 10 bijik hahahaha.
*** NEW UPDATE
Heritage - Baju jenama antarabangsa tapi harganya sangat chip-chip je..tak silap tempohari My love borong 10 helai t-shirt disini hehehe.
Rumah Mode - Baju cantik-cantik tapi harganya kena pandai pilih hehehe
Factory Outlet - Bersepah di Jalan Dago dan Cihampelas walk..pandai-pandailah korang pilih ye ;)
Donatello - Syurga kasut..korang kalau pergi sana tak beli kasut dekat sini memanglah..harga murah beb dah pulak tu designnya meletup-letup booommm gitu.
( Heritage, Rumah Mode, Factory Outlet, Donatello adalah di Jalan Dago yer )
Cihampelas walk - Macam Bukit Bintang kita, factory outlet pun bersepah..nak ambik gambar kat sini pun cantik sebab ada patung ultraman dan macam-macam lagi. Nak lagi jelas mari sini.
Cibaduyut - Disini banyak barang kulit yang korang boleh dapat dengan harga yang korang tak sangka wei..sungguh ku tak percaya cinta hehehe !! * tetiba..
Tangkuban parahu - Sini tempat sejuk, ala-ala kabus gitu hehe. kalau nak beli baju sejuk ke eloklah datang sini perbagai jenis fesyen ada dan harga pun tak derlah mahal sangat. Cukuplah sekali korang jejak kaki ke sini bak kata orang " dah jejak tempat " so kalau orang bercerita tak derlah korang membayangkan aje hehehe.
Ciater hot spring - Tempat air panas, memang elok benar sebab kawasan tangkuban parahu tu sejuk so berendam air panas memang syokkkk beb hehehe.
Boleh buat rujukan disini sambil layan gambar-gambar sekitar Bandung. ;)
Bandung di hari pertama
Bandung di hari kedua
Bandung di hari ketiga
Bandung di hari keempat
Bandung di hari kelima
Makanan yang korang perlu cuba di Bandung ialah :-
1. Tahu semerdang
2. Ketupat tahu
3. Nasi Uduk
4. Cendol
5. Bakso
6. Nasi Padang
7. Teh botol
8. Aiskrim
9. Pecal
10. Sate
p/s : ini adalah makanan wajib yang akan ku cari kalau ke Indonesia. So baik korang cuba semestinya tak rugi hehehe.
Pastikan setiap kali melalui kastam, sila bawa troli dengan beg masing-masing sahaja ye. Jangan penuhkan beg dalam 1 troli aje nampak macam banyak sangat barang korang beli pulak tapi memang banyak kan hahaha..
Ok itu sahaja tip dari aku, kalau ada pertambahan sila inform ye..jangan takut aku tak makan orang hehehe.
Byeee..Nurul doakan siapa nak pergi bercuti tu semoga selamat pergi dan balik ya..ehh jangan lupa ole-ole untuk Cik Nurul Pinky tau hehehe ;)