Khamis, 31 Mac 2011

SIAPA NAK PERGI BANDUNG NAIK FLIGHT MAS??


Iklan sekejap ok, nak baca entry terbaru sila scrool ke bawah wokey hehehe ^____^


Salam semua, ada berita baik hehehe..korang nak pergi Bandung tak naik flight Mas pulak tu?? Jomlah join aku kesana bulan 6 nanti..sambil berjalan-jalan bolehlah kita shopping untuk raya terus iye dok hehehe..eh jangan bimbang ok, Sejak tahun 2009 lagi Ayumieza travel & tour sudah membawa ramai orang pergi bercuti ke sekitar Indonesia..so kalau korang berminat korang boleh terus call number telefon dibawah atau email ke  : ayumieza@yahoo.com layanan terbaik punya korang akan terima babe ;)


AYUMIEZA ENTERPRISE (TRAVEL & TOUR)

019-3555806 & 013-3357121 & 603-61895806

N0 60 Jalan 45/10,Taman Koperasi Polis 2,68100 Kuala Lumpur.

5D/4N - Bandung (5 Hari + 4 mlm).

Tarikh : 3/6/2011 hingga 7/6/2011

Meriahkan musim cuti Sekolah & Persiapan Aidilfitri, & sambil melancong...Dengan membeli-belah pakaian dan barangan kulit bersama kami di Bandung

*RM 989.00 Tidak Termasuk Tambang Flight/seorang

*Rm 1489.00 Termasuk tambang Flight./seorang

(Penerbangan Malaysian Airline System –MAS)

-----------------------------------------------------------------------

*pilih salah satu yang dipersetujui

Harga diatas termasuk :
a) Pengakutan Bas KL – KLIA (Pergi + Balik)

b) Bas Pelancongan di Bandung

c) Hotel-Bertaraf di Bandung

d) Makanan–Daily Breakfast+ 04 Lunch+ 04 Dinner

e) Pemandu Pelancong

f) Entrance Ciater Hotspring,T.Perahu

g) Mineral Water

h) Pemandu Pelancong

TIDAK termasuk Airport Tax & Lebihan Baggasi

**(Tertakluk kepada TERMA dan SYARAT-SYARAT).

Tempahan & pendaftaran bolih dibuat mulai sekarang & bayaran pendahuluan sebanyak RM 500.00/org hendaklah dijelaskan pada hari mendaftar - Tarikh tutup pendaftaran 01/05/2011

BAYARAN BOLIH DIBUAT SECARA TUNAI, ANSURAN & KAD KREDIT. Bayaran akhir mesti di jelaskan pada atau sebelum15hb Mei.(05)2011

Rabu, 30 Mac 2011

PROMOSI BAIK PUNYA CILOK HAHAHAHAHAHA

Salam semua...wah seminggu tak update dengan cerita-cerita terkini..hehehe macamlah ada orang bacakan :)
Sorry sangat-sangat sebab minggu ini memang sibuk sikit iyelah minggu exam katakan, so no more blogging hahahahaha. Banyaknya entry bersusun menjerit nak publish tapi aku hold je dulu hehehe.

Kali ini entry promosi sikit hehehehe dan hanya untuk pembaca blog inidiarinurul SAHAJA yang dapat harga tawaran ini...Sebelum ini semua tudung-tudung Nurul jual dengan harga sehelai RM30.00 tapi kalau beli 2 helai hanya RM50.00 sahaja..

NOW walaupun beli 1 helai Nurul tetap jual dengan harga RM25.00 sahaja..tapi kena cepat ye sebab stok dah tinggal sikit je, tak sangka permintaan tinggi untuk tudung-tudung bunga timbul ;) 

Sorry muka kurang siap sebab demam huhuhu...so makeup ala kadar je ;(



 










Berminat boleh isi form di Shawl Nurfa Blogshop  wokey  ^___^

Rabu, 23 Mac 2011

AYUNYA SI GADIS BERBAJU MAROON !

Selamat Pagi semua, ohh untuk yang berjaya dalam SPM tahniah ye..result keluar hari ini kan?? berdebar-debar tak rasa di hati HAHAHA..pengalaman itu tak akan dilupakan sepanjang hayat ku. ;)

Ohhh ya, ada 1 gambar candid oleh My Love buat aku sangat-sangat terkejut hahaha..gambar aku tengah mengaminkan doa dari Tok Imam selepas selesai Majlis Pernikahan Pn Zunainah iaitu rakan sekerja denganku.



Ayunya gadis berbaju Maroon  ^_________^  Aku tahu ramai budak office aku menunggu gambar perkahwinan Kak Zu ini..Tunggguuuuuu dalam proses editting lagi ya ;)

Entry semalam dan hari ini,  akan bersambung lagi pada minggu depan inshaAllah kasi clear semuanya malas dah nak tangguh-tangguh..Now, malam-malam duk melepak depan laptop sambil tengok YouTube cerita Kejora & Bintang bersama-sama pa,ma dan bibik...ambik kooo ini gara-gara malas nak tengok separuh-separuh, kita kasi sapu bersih ini malam sekali ya HAHAHA.. nak bagitahu ni yang Erlangga bertunang denga Janet akhirnya huhuhu sakit hati kan ;(


Selasa, 22 Mac 2011

BELON PANAS TERBANG TINGGI KE AWAN BIRU

Salam Pagi Selasa..nyaman dengan udara sejuk sampai buat aku tertidur dalam kereta tadi sementara dalam perjalanan ke office. sampai office fuhhhh mata terus segar hahaha. sorry pa anakmu memang macam ini ;)

Ahad lepas macam biasalah aktiviti berkeluarga,  so aku angkut adik-adik dan keluarga mertua pergi Putrajaya tengok Belon Panas terbang ke udara hehehe. Akhirnya ye akhirnya aku dapat jugak tengok belon panas terbang depan mata. jakun sikit!!! Mama aku kali ni tak dapat join sebab dia ada date dengan Spa.






Aku ni jenis sarung je apa pakaian yang selesa,  janji kena sudahlah dan yang penting My love bagi green light jalan !!!. Promosi sikit Nikon ^__^



Close Up Sikit :

Sunglasses Pink from Bandung
Shawl + Inner from ShawlNurfa Butik Online
Tshirt  Oren from Scarlet
Inner Shirt (Grey)  from Jakarta
Skirt bunga-bunga from Port Dickson
Wedges from Sg Wang



Masa ni My love dan adik-adik aku pergi main game apa tah,  so sementara menunggu apalagi snap serba sikitlah hahaha serba sikit ko kata kalau sampai 500 keping HAHAHA.



Mama mertua siap suruh buat gaya macam ini dan itu lagi hahahaha..korang tak tengok gaya mama mertuaku lagi... fuhhhh kalah aku tau dia posing ^V^



Comel tak??? My love tak kata paper cuma dia cakap geram je hahahaha...



Aku rasa best sangat-sangat masa ni sebab dikelilingi ramai orang tengah posing dengan kamera masing-masing so perasaan malu tidak muncul..oh aku kalau dimana-mana ajak bergambar pun terus dibuang perasaan malu ok ;)

Korang nak tengok lagi tak gambar-gambar seterusnya masa aku posing sambil tengok belon panas ni hah?? bagi komen ok hehehe..

Love youuuu..

Jumaat, 18 Mac 2011

YES AKU MASUK MAJALAH REMAJA ISU 15 MAC 2011

Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, dengan izinNya sekali lagi impian aku sudah terlaksana. Akhirnya muka aku terpampang di dalam Majalah Remaja isu 15 Mac 2011 hehehe. Terima Kasih Ya Allah.aminnn.

Tak sangka, pada awal bulan Feb wartawan dari Karangkraf  menelefonku bertanyakan tentang 
" ShawlNurfa " iaitu Butik Tudung Online yang aku usahakan bersama adik perempuanku Nur Afifa. Terkejut, tak percaya dan macam rasa bermimpi pun iya jugak hahaha..rupanya butik onlineku telah menarik perhatian dari Karangkraf terharu beb.rasa usaha aku dan Afifa sangat-sangat berbaloi. Terima kasih jugak kepada My love dan keluarga tanpa sokongan dari mereka mungkin aku sudah berputus asa.

Sejarah aku membuka butik tudung online ini kerana ramai rata-ratanya akan bertanya dimana aku beli shawl atau tudung yang kupakai,  so dari situlah timbulnya idea untuk membuka butik ini. selain itu juga, aku membuat konsep membeli sambil beramal dimana setiap pembelian shawl/tudung RM0.50 akan didermakan ke masjid berdekatan rumahku hehehe.



Hah pergi cari cepat tau Majalah Remaja ni hehehe.Pastu try cari dekat mana aku tersembunyi wokey ;)


Oh ya kalau korang nak dapatkan shawl percuma baik jawab soalan yang terdapat dalam Majalah tersebut dan hartar terus pada alamat yang disertakan. Aku ingat kecil aje tentang ShawlNurfa tapi rupa-rupanya mak datuk 1 page ko hehehe..apa-apa pun Jutaan terima kasih pada Tasya Karangkraf kerana sudi juga memberi ruang untuk ShawlNurfa ya.

ShawlNurfa menggunakan prinsip " HARGA MAMPU MILIK " so korang boleh tengok design yang terbaru disini ya

Khamis, 17 Mac 2011

IMPIAN UNTUK RUMAH BARU ^_______^

Assalamualaikum semua,

Tetiba je mood untuk mendesign & mendeco 1 hari ini. Macam biasalah kalau bab-bab design ni aku, My love, Mama dan papa akan berkongsi pendapat...akhirnya kata-kata sepakat sudah ditemui tanpa rasa bersalah. Design dan citarasa sesorang memang tidak beragak langsung huhu tapi aku suka.  memanglah tak der rasa bersalah sebab yang keluar duit pun aku ;(

Sebenarnya aku dan My love belum tinggal berasingan dari keluarga sebab tiada siapa pun dekat rumah keluarga aku mahupun keluarga My love, so setiap minggu kitaorang akan bergilir. Kalau aku tinggal berasingan dari keluarga pun rasanya belum masanya kot sebab rumah yang aku dan My love beli hanya selang 4 buah rumah dari rumah papaku hahahaha. so dah tentu aku balik ke rumah sendiri hanya untuk tidur ajekan dan selebihnya banyak melepak di rumah mamaku. Now sekarang, aku sewakan aje rumah tu duit pun dapat hehehe. Oh sebenarnya bukan aku beli pun rumah tu pa & ma hadiahkan masa aku kahwin ;) ehhh ni aku nak ingatkan sekali lagi ok aku bukan nak menunjuk tau !!!!!

Ok jom tengok design dan perabot yang telah kami sepakat untuk mendekonya nanti inshaAllah. Kalau tiada aral melintang sekiranya umur kami panjang maybe kami buat jamuan sikit-sikit sebelum masuk kerumah baru..korang semua akan ku jemput..boleh kenal-kenal gitu kan ^__________^


RUANG TAMU





Suka design ruang tamu yang simple ini. menyerlah tuuuu.


RUANG MAKAN




Walaupun tanpa banyak perabot namun nila-nilai esklusif tetap ada kan hehehehe

DAPUR



Bahagian dapur bukan port aku hahaha itu port My loveku dia kan suka masak hahaha.

BILIK AIR







Janji dalam bilik air mesti ada jakuzi wokey senang aku nak berendam hahaha.

BILIK TIDUR





Inilah konsep design bilik tidur yang aku inginkan..biar besar dan luas baru puas hati nak lepak-lepak hehehe


Konsep untuk bilik anak-anak aku nanti inshaAllah.


Aku akan pastikan rak untuk perfume juga terdapat dalam bilik tidurku.


Dan juga rak khas untuk handbeg, barulah tersusun rapi gitu hehehe. ini idea mama sebenarnya ;)


Bilik baju, so baju-baju semuanya didalam bilik khas seperti ini..wahhhhh best gilar kalau betul-betul menjadi kenyataan ni hehehehe. habis duit untuk rumah sendiri tidak mengapakan  baru puas hati iya dok..


Bilik khas untuk kasut kahkahkah..korang lupa aku gila kasut???


Oklah itu saja impian aku untuk rumah baru akan bakal ku duduki nanti..sebelum nak duduk kenalah renovationnya dulu ;)

Selasa, 15 Mac 2011

SNOWBOO PENGHIBUR HATI AKU DAN MY LOVE

Jutaan terima kasih aku ucapkan pada semua yang sudi wish My Birthday semalam..terharu gila sebab ramai yang sudi wish. Oleh itu, untuk menjadikan ia sebagai kenangan terindah,  nurul akan copy semua ucapan korang tidak kiralah di fb, blog or msj dan masukkan ke blog ini..terharu tak?? hehehehe

Cerita lain pulak ***

Aku nak heboh 1 dunia ni aku ada kucing putih + kelabu yang di beri nama SNOW BOO hahaha. hek eleh nurul ni kecohlah baru ada anak kucing sekor dah kecoh !! ada aku kisah ke??? hahahaha.

Kisahnya gini, sebelum ini aku adalah pemBENCI kucing !! paling tak suka ok..kalau kucing peliharaan mama mertuaku lalu tepi kaki aku compem kena sepak oiii..Bila My love nampak sudah tentu kena marah so kita kasi My love jangan nampak kita wat lah teruk-teruk sikit hahaha jahatkan aku ;)

Tapi Allah tu maha berkuasa, dia lembutkan hati aku supaya menerima ciptaanNya dengan sebaiknya bila snowboo dilahirkan aku jadi sangat sayangkan dia hehe. Ehh nama dia pun aku yang kasi tau hebat bukan hahahaha.

Pada permulaan aku kasi nama snow white ingatkan putih keseluruhan tapi bila ditelik betul-betul alahaiiii ada campuran kelabu pulak so tukarlah namanya kepada Snow Boooo hahahaha.

Bermata biru jernih...sangat nakal suka buli mak dia ish..ish..ish..


Suka tidur dengan mama mertua aku, mengada-ngada lebih aje ini budak ;)

Tengok, tidur pun dicelah katil adushhh kalau tersepit padan muka !!! Yang bestnya bulunya sangalah kembang oooo macam kucing parsi hehehe.. ada jiran nak beli tapi tak akan ku jual nangis oooo hehehe.

Ohh ye untuk ibu-ibu mengandung jangan sesekali dekat dengan kucing ye, walaupun nampak simple tapi kesannya sangat mendalam terhadap kandungan ok.

Inilah penghibur hati kami sekeluarga ( belah mertua ) kadang-kadang kerana aksi-aksinya boleh buat kita geram dan tersenyum sendiri hahahaha.

Isnin, 14 Mac 2011

TODAY MY BIRTHDAY ^___________________^

HAPPY BITHDAY TO ME & SWEET 25 !!!! ^_______^

Ya Allah cepatnya masa berlalu..Ma pun terkejut bila aku bagitahu umur dah nak masuk 25 tahun hahahaha..ma boleh cakap " eh, ye ke 25 " adoiiii tengok mamaku pun tak percaya apatah lagi diri ini. No hal lah, itu pada angkanya aje pada empunya badan sentiasa nampak muda dan cute  ^______^

Sedihhhh tahun ini tak dapat kemana-mana sebab demam sejak sabtu lepas..entahlah demam secara tiba-tiba dahlah tu menggigil 1 badan. Tak pe Allah maha mengetahui semuanya dan aku tahu Allah memberiku sakit kerana Allah tahu aku mampu mengatasinya...aminnn.

Thanks kepada keluarga, My Love, adik-beradik, kawan-kawan yang sudi wish tak kiralah mesej, fb or call..aku hargainya sesangat...

Hadiah tahun ni dari My love sesangat aku suka ok!!! hadiah ni sebenarnya dah terbocor dari bulan 2  bebaru ni tak silap, sebab dia beli tiket flight tak agak-agak masa aku tengah tengok Tv, kang dan kantoi HAHAHA.

Tahun ini My love hadiahkan percutian ke Singapore selama 3 hari 2 malam. Yahooooooo. tahun lepas sesaje je hint cakap asyik My love aje ke singapore (urusan kerja) bila dapat ikut entah?? Now impianku akan terlaksana babe. ^_______________________^


Ini gambar masa shoot di Nikon Centre, My love beli flash, lens micro dan wireless snap. so korang kalau nak beli paper elok benorlah pergi rujuk nikon centre ni dulu..dia akan bagitahu harga original sekitar berapa, macam-mana nak bezakan barangan original dan tiruan dan macam-macam lagi pertanyaan korang yang akan dijawab pihak nikon centre.


Lipstik sama colour dengan jam ok.. Pink tuuuuuu. hahahaha. Oklah aku belum pulih sepenuhnya lagi so aku berhenti setakat ini dulu..nanti aku rewiew hadiah-hadiah yang aku dapat..ohh sebelum tu aku nak bagitahu awal-awal ye bukan niatku nak menunjuk bila aku review hadiah-hadiah tu tapi untuk kenangan aku di masa akan datang ok..




p/s : siapa ada beli majalah remaja isu Mac 2011?? perasan sesuatu tak?? nak menang shawl baik jawan soalan dalam majalah tersebut hehehe.

Jumaat, 11 Mac 2011

KELUARGA HAJI BUDIN YANG CERIA SOKMO ^________^

Salam pagi Jumaat.. seronok rasanya bila Jumaat tiba iyelah esok cuti kan ;)

Oklah now aku nak ceritakan serba sedikit mengenai keluarga besar belah papaku. Tahun ni aku happy sangat-sangat sebab turn aku beraya di Besut dan adik lelaki aku yang belajar di Rusia akan pulang beraya bersama kami. Alhamdulillah.

Seronok sangat bila time di pagi raya, riuh-rendah rumah nenek dengan perangai cucu-cucunya hahaha. time bergambar lagi haru iyelah semua nak berposing sakan hehehe.. Aku?? rasa semua kamera pak cik-pak cik aku ada mukaku hahaha ^_____^



Wajib bergambar dimana sahajaku berada, moga diarinurul online ini akan menjadi kenangan pada masa hari tua dan untuk tatapan bakal anak-anak ku untuk mengetahui aktiviti "Mummy & Daddy " sewaktu muda-muda hahahaha TeeeeeeTTTTT !!


Ini baru sebahagian ok, lagi sebahagian tidak menyertai. sayang pa dan ma tak dapat join sebab ada hal lain nak diuruskan. tapi kami tetap enjoy !!!! boleh buat gambar background snow world tu kan hehehe.


Ini masa dalam rumah salji..Ya Allah seronoknya berkumpul ramai-ramai macm ni..aku ni lebih suka bawa sekali mama mertuaku kemana-mana.iyelah tak kan aku je nak pergi seronok tapi mama mertua ditinggalkan so tak adil lah kan. tambahan pula mama aku memang nak kemana walaupun shopping mesti di hello mama lina ajak teman hahaha.


InshaAllah moga selepas ini kita berkesempatan berjumpa dan boleh bergembira dengan aktiviti-aktiviti seperti ini lagi. Tak silap aku, masa pergi honeymoon dulu aje berdua lepas tu mana-mana nak pergi bercuti memang bawa sekali family barulah enjoy dan fun kan..

Ohh terima kasih pada kenalan blogger yang sudi tegur Cik Nurul Pinky..salam perkenalan ku hulurkan. ^______________^

Rabu, 9 Mac 2011

MAIN SALJI PADA SUHU -5 'C DI RUSIA CITY

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, semalam sempat jugak aku curi-curi masa update blog hahaha..aku aje yang ketinggalan update cerita aktiviti keluarga Cik Nurul Pinky bersuka ria. sepupu sepapat yang lain semuanya dah lama update huhu tak pe janji aku update dengan sekali gus upload gambar secara banyak-banyak terus yahooooooooo pencapaian yang memang terbaiiiikkk dan cemerlang kooo.

Ceritanya begini, sepupu aku kahwin alah yang aku make-upkan tuuu, pada 26 Februari 2011 bertandang belah pihak lelaki ( entry tu dalam draf lagi sabar erkkk ) malam tu pulak sebab ramai kaum kerabatku datang dari Terengganu dan Kelantan so aku ajak diaorang semua pergi main salji HEHEHE sebenarnya aku dah lama teringin kebetulan sepupuku semua turun so impianku pun tercapai nak pergi main salji yahooooooo !!!




Fuhhhh nikmat betul dapat main salji hahaha...kalau adik aku, Khairul Afham tu mesti dah tak heran iyelah bukan takat -5 tapi tempat tinggalnya dah cecah suhu -25 siang hari tau,  malam?? kejung kot   ^______^


 Pemandangan I-city masa baru sampai, sangatttttt cantik ok! Oh ye setiap kereta di caj RM10.00 untuk masuk parking. tapi resit parking tu jangan buang tau bab boleh claim balik dengan bayaran tiket masuk Rumah Salji kalau tak masuk tak leh claimlah jawabnya hehe. Bayaran masuk Rm25.OO ( dewasa ) dan Rm20.00 ( budak-budak ) tapi tak silap aku sekarang ini dia bagi diskaun pada pemegang Mycard tau hehehe.
Rusia City merujuk pada i-City ok hahaha.


Tak pakai baju pink pun  ^________^  Baju Scalet, Jeans dan kasut kulit Bandung mari HAHA stokin cilok adik aku punya waaaaaaa.


Inilah sebahagian yang sempat diambil, separuh lagi dah ghairah sangat ambil gambar dengan lampu-lampu yang ada. Mama mertua pun join sekali tau ;)


Bersama My love tersayang...alahaiii sibuk aje Nadia ni..rosak gambar tau tak ;(


Muka semua orang tak sabar nak main salji termasuklah aku hahaha.


Rumah Salji ni agak kebelakang so menapak agak jauhlah sikit tapi dek kerana ralit tengok cahaya lampu tu sedar-sedar dah sampai pun .


Wajib bergambar sebelum masuk...

Adik aku naik Dinasour ni pastu bila turun dia cakap " adik rasa macam bontot adik hilang hahahaha..bukan hilanglah oiii kebas namanya "



Eloklah 2 sepupu ni hahaha comelkan tukang tariknya.. Fathini Asilah namanya.


Adik iparku, Si Dilla..pakai sarung tangan sebelah je sebab sebelah lagi bagi mak mertua aku pakai hahahah. Oh ye nask masuk sini baju sejuk aje dia bagi yang selainnya kena beli so kalau dah ada stok kat rumah baik bawa aje.


Adik aku Nadia dan Fathini..sejuk ke???


Baju kuning tu sepupu aku Anis Nabila kakak pada Fathini Asilah tadi ye..sebelah tu adik aku Nurafifa korang jangan terkejut dia adalah tukang masak masakan barat hehehe.


Tempat pemanas badan dalam ais kimo ni hehehe kitaorang masuk ramai-ramai dan duduk rapat-rapat so rasalah kehangatan yang dicari hahaha..


Hah ais kimo tulah kitaorang masuk untuk hangatkan badan hehehe..nampak tak ada bayang-bayang baju tu..kitaorang dekat dalamlah tu ;) My love memang suka melayan adik bongsuku.


Muka tak tahan sejuk hahaha.


Muka keselesaan sebab dapat udara panas  ;)


Perhatikan stokin kaki adik aku ni, sebelah pink sebelah merah bukan?? sebenarnya dia dah pakai stokin tapi dek kerana kesejukkan melampau dia ambil kain mafla (yang lilit di leher) aku dan My love untuk dijadukan stokin tambahannya..hampeh sungguh. tapi bijak jugak dia sebab terfikir nak buat cam tu ;)

berehat sebentar,  habis badan aku kena baling salji huhu..


semua duduk lepaking dalam ais kimo hahaha


siap tidur-tidur lagi tau..ramai jugak intai kitaorang buat apa hahaha..

My love tersayang muaaahhhhh.


Comel je penguin tu, kalau betul-betul punya mahu aku lariiiiii.


Bajet tak sejuklah tu, padahal lepas tu kelam kabut pakai baju sejuk tu balik hahahaha.


CAKKKKK !!


2 orang yang kebal dan sentiasa main salji huhu.

Comel je swan kat belakang aku tu..nak aje bawa balik rumah hahaha.

Selagi tak kuar memang asyik main aje 2 orang ni ;) berbaloi kak yu bayar haha.


Sebenarnya time ni aku saje peluk My love sebab terlalu sejuk, ternampak dek adik aku yang kecik tu terus join sekali dan last-last Afifa pun turut serta..apa kes weiii ??


Selamat Tahun Baru Cina...

Kalau beruang belakang tu hidup gerenti tak dernya senyum-senyum macam ni hahaha.



Ambikkkkkk siap tidur dekat salji lagi tau..memang kebal habislah ooo.


Kami pun turut join sama hahahaha..


Kitaorang lepak dalam ni ada dalam 2 jam lebih gilerkan??? sejuk pun sejuklah janji nak main salji hahaha..nak kena biasakan jugak ni sebelum kesana..sana..sana..hehe.


Yang baju kuning tu mulanya dah nak keluar ikut ada pak cik-pak cik aku yang dah keluar sebab tak tahan sejuk..tapi sebab tengok kitaorang masih main salji lagi terus tak jadi hahahaha. Oh ye korang boleh
 sekali keluar aje untuk ke toilet pastu boleh masuk lagi. Main salji dalam ni pun tiada limit masa so mainlah ikut suka hati ko hahaha.


Suka impian dah tercapai hehehe..


Alahai sweetnya gambar ni hehehehe..hai En suami nape muka tu..sejuk ka???


Happy aje kan hehehe


Bersama mak cik dan mama mertua hehehe..kitaorang masuk sini riuh rendah..seronoklah dapat berkumpul macam ni hehehe.


mama mertua dan adik iparku


Keluarga mertua...serba oren merah..asal ko fazly??


Keluarga belah papaku..jangan main-main ada bodyguad tau masa masuk sini  hahaha.

Comelnya muka Fathini so sweet..nadia & amir pulak wat iklan gigi ke??? hahaha Yang anis jurucakap produk wakakakakaka.


Orang kutub utara hahaha


Mama mertuaku main gelongsor ais..licin giler hehehe.


Sejukkkkkk oooooo.


Muka geram ye ;)


Dilla jadi rabbit..


bergambar dalam kesejukkan..


Bar..nak minum apa???


Rumah Ais..








Diaorang tengah main bola sepak untuk panaskan badan..memang ada diaorang sediakan gelanggan ala-ala macam futsal je pun hehehe.


Aku datang sini tak pakai cream muka pun..secalit make-up pun tarak..ada perubahannnn lah weiii bagus betul produk itu hehehe.


My love & Cik Nurul Pinky in love


Jaga gol ke???


baring lagi huhuhu tak sejuk ke oiiii.


3 beradik.





Yahoooo salji turunnnn.





Bagi ayam makan salji boleh??? perghhh punyalah lambat nak snap gambar ni sampai tangan aku kesejukkan yang teramat ko tau... ;(





Menunggang rusa musim salji hahaha


Ceria sokmoooo.


Gadis tingkap hahaha.

sweetttt ohhh puji diri sendiri kah?? hahaha


Ini budak kan memang sudah lulus duduk di musim salji LoL


With Aina..aku suka sakat si kecik ni hehehe...


Nadia ni kan suka kacau tau !!


Tahap gaban dah kesejukkan masa ni...


Salji turun yahoooooo...hahaha


Gadis ais kimo di kutub utara hahaha ada rupa tak?? ngeh..ngeh..ngeh..


Cak !! akhirnya kami dapat main gelongsor air..tapi dekat sini suhu dia lagi sejuk tau fuhhhhh.

Bersambung untuk next entry ok byeeee.
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in