Salam pagi Jumaat.. seronok rasanya bila Jumaat tiba iyelah esok cuti kan ;)
Oklah now aku nak ceritakan serba sedikit mengenai keluarga besar belah papaku. Tahun ni aku happy sangat-sangat sebab turn aku beraya di Besut dan adik lelaki aku yang belajar di Rusia akan pulang beraya bersama kami. Alhamdulillah.
Seronok sangat bila time di pagi raya, riuh-rendah rumah nenek dengan perangai cucu-cucunya hahaha. time bergambar lagi haru iyelah semua nak berposing sakan hehehe.. Aku?? rasa semua kamera pak cik-pak cik aku ada mukaku hahaha ^_____^
Wajib bergambar dimana sahajaku berada, moga diarinurul online ini akan menjadi kenangan pada masa hari tua dan untuk tatapan bakal anak-anak ku untuk mengetahui aktiviti "Mummy & Daddy " sewaktu muda-muda hahahaha TeeeeeeTTTTT !!
Ini baru sebahagian ok, lagi sebahagian tidak menyertai. sayang pa dan ma tak dapat join sebab ada hal lain nak diuruskan. tapi kami tetap enjoy !!!! boleh buat gambar background snow world tu kan hehehe.
Ini masa dalam rumah salji..Ya Allah seronoknya berkumpul ramai-ramai macm ni..aku ni lebih suka bawa sekali mama mertuaku kemana-mana.iyelah tak kan aku je nak pergi seronok tapi mama mertua ditinggalkan so tak adil lah kan. tambahan pula mama aku memang nak kemana walaupun shopping mesti di hello mama lina ajak teman hahaha.
InshaAllah moga selepas ini kita berkesempatan berjumpa dan boleh bergembira dengan aktiviti-aktiviti seperti ini lagi. Tak silap aku, masa pergi honeymoon dulu aje berdua lepas tu mana-mana nak pergi bercuti memang bawa sekali family barulah enjoy dan fun kan..
Ohh terima kasih pada kenalan blogger yang sudi tegur Cik Nurul Pinky..salam perkenalan ku hulurkan. ^______________^
0 Orang Sayangkan Cik Nurul:
Catat Ulasan
♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥