Assalamualaikum...dah lama aku tak update blog kan? bukan apa kekangan waktu huhu..Wokey, now aku nak cerita pasal percutian terakhirku bersama My love dan destinasi terakhir ini ialah SINGAPORE !!
Percutian kali ini adalah sempena hadiah birthday aku yang ke 25 oleh My love.. Thanks sayang.
Memandangkan aku ke sana selama 3 Hari 2 Malam, so korang kena menadahlah selama 3 hari berturut-turut cerita pasal singapore ye heehehehe..Aku akan ceritakan secara lebih detail mengenai cara menaiki MRRT, Makanan dan segala-galanya, manalah tahu panduan yang aku buat ini boleh membantu korang yang akan mengunjungi Singapore dan mungkin juga menjadi panduan pada aku sekiranya diberi rezeki untuk kesana lagi hahahaha. T______T
Flight kami jam 6.15am, dalam jam 3.30am kami sudah keluar rumah menaiki bas Airasia di KL Sentra. Dari rumah ke sana adik iparku Si Dilla, mama mertua dan Fazly yang tolong hantarkan.
Cantikkan pemandangan matahari terbit, sangat mempersonakan..Boleh dikatakan inilah KALI PERTAMA aku dapat lihat secara dekat..Ya Allah besarnya kekuasaanMu.
Mengantuk + bosan so selama penerbangan, aku melayan lagu ajelah baru ada mood nak tidur sikit..tapi tengah syok-syok tidur My love kejutkan suruh tengok Matahari Terbit ^_______^
Ohhh yang ini aku paling menyampah nak buat..so My Lovelah yang buatkan semuanya..Aku??? tidur maaa iyelah jam 3.00am dah keluar rumah so sambung tidur dalam flight hahahaha.
Taraaaaa...cantik kan !!!
Oklah next entry esok aku ceritakan pasal Universal Studio Singapore pulak ok...I tahu mesti ramai yang menunggu entry itu kan..kan..kan..
Tungguuuuuuu ^________^
0 Orang Sayangkan Cik Nurul:
Catat Ulasan
♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥