Jumaat, 30 Disember 2011

PRE-ORDER CONCEALER STICK SOROK BULU KENING

Assalamualaikum buat semua,

Oleh kerana ramai yang email bertanyakan tentang Stok barang untuk tutorial sorokan bulu kening, dengan ini CNP buka PRE-ORDER barang-barang tersebut dari 19 Disember sehingga 30 Disember. InsyaAllah kalau tiada apa-apa halangan barang tersebut akan sampai pada anda 4 Januari 2012. 

Concealer stick ni memang stok cepat habis, sebab itulah bila ramai yang bertanyakan CNP tak berani janji sebelum ini.

Harga : RM15.00 Sahaja

=====================================================



Sekejap je dah hari Rabu, esok Khamis lak yang menjelma MasyaAllah cepat sungguh masa berlalu pergi. Oklah seperti yang CNP janjikan untuk buatkan tutorial sorok bulu kening tu, hari ini akan CNP tunaikan. Dengan adanya cara ini tidak perlulah lagi anda semua mencukur bulu kening iye dak. Matlamat tidak menghalalkan cara. Memang betul pun,  untuk menampakkan makeup kita kemas, kening harus teratur dan tidak terabur untuk menaikkan serinya.


Oklah jom kita tengok bagaimana cara untuk mendapatkan kening idaman anda semua hehehe.


Barang-barang yang di perlukan ialah :

1). Fast Mist - Benda wajib perlu di spray untuk mendapatkan kesegaran kulit wajah.



Concealer stick/pensel - Susah betul nak cari benda ni, akhirnya terjumpa di Guardian. Stick ini sangat penting untuk menyorokkan lebihan kening yang tidak teratur. Tiada benda ni memang tak boleh buat hehehe. Harga dalam lingkungan RM20.00++ ( Yang CNP jual jenis pensel yer RM15.00 sahaja )



Concealer - Kali ini concealer ini akan digunakan untuk menutupi kesan sapuan concealer stik diatas.. Memang best tau benda ini. RM12.00 SAHAJA




Foundation - Untuk menampakkan kulit muka kita sekata dan Glow serta licin. Harga di beri kemudian yer.




Celak kening - Seeloknya carilah pensel kening warna coklat untuk menampakkan kening seperti semulajadi. Jangan guna warna hitam ok, ia akan menampakkan muka kita bertambah garang dan tidak nampak keasliannya. Harga CNP : RM3.00

 


Two way cake powder - Dipakai selepas habis makeup untuk menampakkan muka smooth aje. Harga diberitahu kemudian.


Cara-caranya ialah :


DSC_0521 - copy

1. Gunakan brush khas untuk sikat kening kita , supaya menampakkan arah mana kening kita itu. Perhatikan gambar diatas, terdapat lebihan kening bukan?


DSC_0523 copy

2. Lukis kening macam mana yang menjadi pilihan anda dengan menggunakan pensel khas untuk kening dan pastikan ianya berwarna coklat tau. Lepas itu, gunakan concealer stick tadi, sapu di bahagian lebihan kening tersebut. Selepas itu ambik concealer dan letakkan diatas concealer stick tadi secara dap..dap.. aje. Ambik foundation dan sapukan dibahagian kening untuk menampakkan warna sekata dan selari dengan kulit muka. Last sekali baru gunakan two way cake powder untuk menampakkan keselarian kulit muka dan bahagian kening tersebut.


DSC_0540 - copy

3. Now nampak seperti dicukurkan??? hehehehe best betul tutorial ni..Korang jangan lupa amalkan tau. InshaAllah lepas ni CNP buat tutorial lain plak ok. Sesiapa nak request tutorial apa just email me je tau, inshaAllah akan CNP tunaikan.

Love youuu :)

Jumaat, 23 Disember 2011

PERCUTIAN RIANG RIA =)

Assalamualaikum,

Semalam lambat tidur, mata pun dah jadi macam panda huhu. Lambat tidur sebab pergi beli barang untuk Holiday hehehe.

Tak sabar nak tunggu esok ( Sabtu ), nak enjoy puas-puas tak nak fikir pasal kerja semualah...nak bagi minda fresh dulu hehehe. Dalam masa yang sama, Nak lepak bersama sepupu,adik-adik,family dan family mertua dalam suasana yang happening. Nak gosip-gosip,gelak-gelak bersama, uhhh sungguh best memori tersebut untuk dikenang selepas ini hehehe. Boleh pakai Mask muka secara riang ria terbaring atas katil sementara tunggu kering, sekali tu terus ZZZZzzzzZzzzz.




Mesti ada yang tertanya-tanya, holiday CNP kali ini kat mana kan hehehe..yang pasti TAK PERLU GUNA PASSPORT ! seperti  tahun-tahun sebelum ini keh..keh..keh..

Bila pulang dari holiday, CNP cuba cepat-cepat upload gambar-gambarnya yer :) Untuk tahun ini, rasanya dah masuk kali 4 CNP pergi bercuti HAHAHAHA... kalau tak fresh jugak minda tak tahu nak kata apalah kan :)

Byeeeeeeee !!


p/s : Nak order barang tolong email terus pada CNP tau, jangan drop komen dekat blog takut CNP lambat reply. Muahhhhh. cnp_ciknurulpinky@yahoo.com


Mood kerja yilekkk, mood HOLIDAY on !

Khamis, 22 Disember 2011

BLOG BERWAJAH BARU SEMPERNA 2012

Assalamualaikum,

Cantik tak wajah baru blog inidiarinurul kali ini? Hehehehe..korang janganlah ingat salah masuk blog pulak tau ngeh..ngeh..ngeh..

Alhamdulillah, akhirnya siap juga design blog baru CNP sebelum tahun baru 2012 menjelma..Memang niat nak guna design baru untuk tahun 2012 pun. Warna blog memang sangat cantik dan cute sekali sebab inilah citarasa CNP sebenarnya. Rasa sangat berbaloi dengan apa yang CNP telah laburkan untuk mendapatkan blog yang cantik dan cute ini.

Terima kasih Whiteymommy kerana telah merealisasikan blog idaman CNP walaupun CNP ni banyak songeh hehehe.



Selamat tinggal design lama...walaupun dah didelete, tetap diingatan...apahal tah tetiba rasa sayu je hehehehe.

Lepas ni tinggal nak susun aturkan balik je dibahagian sidebar yang dah tunggang langgang tu..so bersilatlah pulak lepas ni hehehe.

Lepas ni dah senang sikit kalau korang semua nak order barang just click
" makeup shop " secara tak langsung korang boleh tengok semua produk yang CNP jualkan hehehehe.


Mood tak sabar nak pergi holiday niiiiii *

Rabu, 21 Disember 2011

DOLLY EYELASHES

Assalamualaikum,


Penatnya badan sehari dua ni huhu kalau dapat pergi Spa fuhhh alangkah bagusnya, tapi masalahnya masa yang tak mengizinkan..InsyaAllah pulang dari bercuti bersama keluarga tersayang hunjung minggu ni harus ajak mama pergi spa hehehe.


Oklah kali ini CNP nak review satu produk yang menjadi kegilaan ramai masa kini iaitu " bulu mata palsu " . Oh ye, yang sudah mempunyai suami haruslah meminta izin terlebih dahulu ye hehe.


Pemilihan bulu mata yang menjadi pilihan CNP ialah gaya Gyaru, dimana kebanyakan gadis/wanita korea selalu memilih gaya ini disebabkan mereka memiliki mata sepet dan ingin menonjolkan bahagian mata tersebut supaya menyerlah. Salah satunya ialah pemilihan bulu mata yang sederhana lebat.





Packing yang sangat comel sekali sampai terasa sayang untuk digunakan =)










 Dalam 1 kotak ini terdapat 6 pasang bulu mata, sangat berbaloi bukan hehe.





Untuk makeup bertunang,nikah,sanding dan dinner saya syorkan Gaya gyaru kod 707 ini, kerana selepas itu pasti anda akan terkejut melihat perubahan di mata anda. 






Brand ini memang menjadi pujaan CNP. Bulunya juga tidak terlalu keras dan sangat selesa sekali. CNP hanya reviewkan barang yang best sahaja untuk tatapan pengunjung blog yang disanjungi sekalian.




Harga Dolly Eyelashes ini ialah : RM15.00 
( 1 SET 6 PASANG )


Berminat bolehlah email ada saya yer : cnp_ciknurulpinky@yahoo.com



** Oklah saya dah ngantuk..tidur dulu ye bab entry ini di tulis pada malamnya hehe.

Isnin, 19 Disember 2011

MISS ROSE MIRACLE TOUCH REVIEW

Assalamualaikum sahabatku sekalian,

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga CNP buat review Miss Rose Miracle Foundation. Brand Miss Rose ni pun dah meningkat naik sekarang yelah mak andam pun ramai guna brand ni.. Tak silap CNP brand ni dari timur tengah. Patutlah orang-orang arab bila makeup fuhhhh meletoppp.
 


Muka model sebelum makeup, color kulit muka tidak sekata di sesetengah kawasan muka dan dipenuhi jerawat-jerawat halus.
 



Inilah hasilnya setelah menggunakan produk Miss Rose Miracle Touch Foundation.. Produk ni sangat sesuai untuk pakai harian, ialah kalau pakai naturactor untuk harian boleh kopak duit betul tak? hehehe. Muka nampak glow dan smooth je malah jerawat pun tidak kelihatan lagi..nampak muka gebu adalah hehehe.




Hah inilah produk yang CNP katakan tu..terbaru dipasaran..Laris macam goreng pisang panas, itu sebab CNP nak cuba apa yang membuatkan produk ni asyik sold out je stoknya..rupanya hasilnya memang hebat rrr.

Di Luar negara, produk ni bernama MAX FACTOR MIRACLE TOUCH dan digunakan dikalangan celebrities Hollywood..




 
Packing Max Factor Miracle dan Miss Rose Miracle memang sama 100% bezanya pada nama hehehe.



 
Betulkan sama dengan Max Factor packingnya hehehe.

 



Span khas memang dah disediakan bawah penutup hitam tu, senanglah sikitkan tak derlah susah payah nak g mencari span pulak lepas tu :)

So pada sesiapa yang berminat nak order Miss Rose Miracle Touch Foundation bolehlah email pada CNP dengan menyatakan warna kulit anda supaya senang CNP berikan kod yang bersesuaian.

Harga RM15.00 sahaja
 
Untuk mendapat respon dengan cepat sila email pada saya yer


Khamis, 15 Disember 2011

TWEET..TWEET..ME AT TWITTER

Assalamualaikum,

Hari ini tak ada update pasal makeup or review produk semua tapi nak bagitahu tentang twitter !

Oklah untuk menyenangkan anda semua kalau nak tanya apa-apa atau nak borak-borak, berkenalan antara satu sama lain meh lah add CNP yer.


Dulu saya privatekan tapi sekarang sudah tidak lagi hehehehe...

Salam perkenalan buat semua darling-darling hehehehe.

Add me : Nurulhasmiza


* Teringin makan nasi lemak sotong tetiba* byeeee...

Rabu, 14 Disember 2011

MAKEUP HARIAN/OFFICE/DATING

Assalamualaikum..

Maaf semalam tak sempat update, kesihatan CNP tidak mengizinkan. Tapi Alhamdulillah Allah beri dugaan yang mampu saya tanggung.

Petang semalam dalam jam 5, sepupu CNP datang ke rumah untuk makeup mukanya sebab nak kuar dengan kawan-kawan katanya.. Memandangkan dia dah datang rumah dan CNP pun dah beransur sihat laju je CNP menconteng ke mukanya hehehe.



Barang-barang yang diperlukan untuk makeup basic boleh rujuk sini



Muka sebelum dimakeupkan..



Selepas dimakeupkan dari pandangan sisi..




Dah siap !!! Mira request makeup yang natural je tak nak tebal-tebal so inilah hasilnya hehehehe.

* Semua gambar makeup yang di upload ke blog ini adalah 100% original dan tiada penggunaan Adobe Photoshop.


- Sign Out secara terus terang -

Isnin, 12 Disember 2011

MAKEUP UNTUK SI MATA SEPET

Assalamualikum dan selamat pagi...


Wah hari ni Selangor cuti jeles tau ! Tak pe tahun depan office CNP pun akan berpindah dikawasan Selangor jugak hehehhee.


Oklah, kali ini CNP nak review makeup Natural untuk bertunang, nikah atau bersanding. Iyelah ada setengah tu nak makeup nampak smooth je kan,  so inilah hasil yang CNP telah olah semasa belajar makeup bridal tempohari. Alhamdulillah CNP dapat sijil tau ;)



Wajah sebelum makeup..kulit muka kelihatan banyak kesan jerawat..



Inilah hasilnya setelah hampir 2 jam bermain dengan pelbagai color hehehe. Kening memang tak cukur cuma gunakan teknik sorok bulu kening sahaja hehehe.




Kerana matanya kelihatan sepet, so CNP terpaksa menggunakan teknik smokey eye untuk membesarkan matanya. Lagipun CNP suka tekankan dibahagian mata untuk menyerlahkan lagi makeup tersebut. hehehe.

Owhhh sedapnya jus peel fresh tetiba heehe.

Jumaat, 9 Disember 2011

CONTEST LIKE FAN PAGE BY CNP

Assalamualaikum,



Hari ni Cik Nurul Pinky ( CNP ) tetiba sahaja nak adakan contest untuk anda semua supaya anda semua dapat memenangi hadiah. Kali ni senang je caranya hanya click..click je hehe.


Caranya mudah je,


Pergi ke Inidiarinurul Blog Fan Page, LIKE FAN PAGE, pastu post dekat wall tersebut




" yahoo ! Join #contest inidiarinurul.com "




Contest ini akan tamat pada 9/12/2011 ini. Pemilihan pemenang untuk kali ini CNP gunakan khidmat Random.org berdasarkan post yang pertama mewakili angka 1 dan seterusnya. Sorang HANYA LAYAK POST SEKALI SAHAJA !


Hadiahnya ialah Naturactor dan Compact powder Mac.

Rabu, 7 Disember 2011

BRUSH MAKEUP KATEGORI WAJIB ADA

Morning semua,

Pagi ni rasa liat sikit nak bangun sebab semalam lambat tidur kahkahkah. Dah pulak tu just pakai Naturactor dan loose powder je ke office, inilah padahnya orang dah kejut tidur balik :(

Oklah malas nak celoteh panjang...kita ke topik yang sebenarnya LALALA

Hari ni CNP akan menjawab 1 email yang bertanyakan tentang lipstik yang CNP selalu guna. So inilah jawapannya.



Untuk mendapatkan hasil solekan yang menarik dan cantik, saya menggunakan berus khas untuk sesuatu kegunaan, lipstik pun saya menggunakan berus. Secara tak langsung ia nampak teratur dan tidak comot. Begitu juga eyeshadow, kebanyakkan lebih suka menggunakan jari tapi bagi saya ia nampak tidak sekata kalau menggunakan jari. So dalam apa jua saya makeup, memang tidak lari dengan menggunakan berus-berus makeup. Itu memang sangat penting.




Berus set ni ada dari yang  basic hinggalah ke profesional...Terpulang pada andalah mana yang anda mahu hehehe.

Berus makeup Mac basic RM15.00
Berus makeup Bobbi Brown Profesional RM85.00

Siapa nak order boleh isi form di bawah sekali blog CNP ni yer. 

Ada sebarang pertanyaan terus je email cnp_ciknurulpinky@yahoo.com

Sayang korang ketat-ketat hehehe.


Isnin, 5 Disember 2011

"SEGMENT REVIEW BLOG BERSAMA CC"



1st time tertengok blog Cik Cempaka ( CC ) terus terpikat hehehe..Nak tahu sebab apa?? sebab suka tengok doll-doll comel yang CC hasilkan. Kalau tengok doll yang dihasilkan semuanya cute dan penuh dengan kasih sayang pewitttttt ! Mesti CC ni pun comel sebagaimana doll-doll yang direkanyakan..hehehehe.

Meh pakat usha blog comel Cik Cempaka ;)

KELIHATAN MATA PANDA??

Assalamualikum,


Alhamdulillah semalam CNP telah berjaya mendapatkan sijil kursus persolekan BRIDAL dengan jayanya. Risau jugak kalau tetiba tak boleh buat haru birulah jawabnya.


Oklah, kali ini nak review 1 produk yang best sangat-sangat bagi CNP. Siapa yang eyebagnya teruk seperti kelihatan mata panda??? hehehe jangan risau lepas ni masalah korang semua akan beres InsyaAllah.


1st time CNP pakai wow memang hilanglah kesan eyebag ni dari tatapan umum. Cara pakainya pun senang just dap..dap aje di kawasan eyebag tu aje.




Concealer Mac yang sangat best !!! RM12.00 SAHAJA




Selamat tinggal mata panda hehehehe ;)


Ini contoh pemakaiannya, lepas itu just dap-dap aje.



Perbezaan jelas kelihatan hehehehe..


Berminat just isi form di bawah sekali blog inidiarinurul ni ye..

ada pertanyaan just email me at  cnp_ciknurulpinky@yahoo.com



* alamak keyboard huruf  " A " tercabut ;)

Khamis, 1 Disember 2011

TUTORIAL GYARU MUSLIMAH

Selamat pagi semua sahabatku,

Seperti yang dijanjikan semalam, hari ini bersiap sedialah anda dengan tutorial Gyaru Muslimah hehehe. Cuba, cuba dan terus mencuba ok. Jangan mudah putus asa tau. Setiap kejayaan pasti ada kegagalan so berusahalah anda !!



Inilah hasilnya selepas  Sejam mengadap cermin dan kamera hehehe.. Nak tahu cara-cara makeup seperti ini, sila ikut arahan tutorial dibawah ini secara pelan-pelan ye..

Selamat Mencuba,




1. Cuci muka sebersihnya, spraykan FACEMIST ke muka untuk mendapat kesegaran kulit wajah dan membuatkan makeup tahan lama.

2. Sapukan Naturactor color hijau di kawasan ada cela/ parut sahaja secara dap-dap.

3. Sapukan Naturactor ( ikut kod warna bersesuai dengan kulit muka kita ) di keseluruhan muka secara dap-dap juga.
4. Sapukan eyeprimer untuk eyeshadow tahan lama.




5. Sapu keseluruhan muka dengan loose powder menggunakan berus kabuki atau berus jenis besar.

6. Sila letakkan loose powder tadi secara bertompok di bawah mata, ini untuk memudahkan lebihan eyeshadow jatuh di bahagian bawah mata dibersihkan.

7. Berus yang akan digunakan...hehehe.

8. Ambik eyeshadow color putih, dan sapukan diseluruh kelopak mata sehingga bawah kening. ( rujuk gambar no 9 )





10. Sapu color Ungu ( ikut citarasa masing-masing ) dibahagian tengah kelopak mata, sapu secara membulat dari tengah hingga ke hujung ekor mata.

11. Sapu color coklat dibahagian hujung ekor mata secara membulat menghala ke tengah kelopak mata.

12. Ambik color hitam dan sapu dibahagian hujung ekor mata sahaja secara membulat. Pastikan jangan sampai ketengah kelopak mata seperti nombor 10 dan 11. ( rujuk gambar no 13 )





14. CNP guna eyeliner kajal untuk menampakkan lagi kehitaman dan menyerlahkan lagi mata seperti gadis arab gituuuu.

15. Guna berus flat dan kecil untuk sapu kajal tadi untuk mengelakkan dari comot.

16. Gunakan pengepit bulu mata untuk menampakkan bulu mata lebih panjang.





17. Guna eyeliner kajal sekali lagi, kali ini kegunaanya untuk mengaris dibawah mata pula.

18. Guna berus seperti no 15 tadi, untuk merapikan supaya tidak kelihatan comot. Garisan mestilah tidak melebihi tengah bawah mata.Hanya sapu dibahagian hujung mata sahaja.

19. Gam bulu mata pastikan yang kuat sikit ye sebab tak mahu tercabut di depan orang hehehe.. Sapu gam pada bulu mata palsu di bahagian garisannya sahaja. Selepas itu bentukkan supaya menjadi bentuk  " U " untuk memudahkan pemasangannya.

20. Kalau nak menampakkan Gaya Gyaru eloklah bulu mata yang agak lebat sedikit. Ermm kalau yang sudah bersuami elok mintak izin terdahulu ye.


*** Untuk tutorial sorok kening sila rujuk tutorial ini tau !





InsyaAllah, lepas ini CNP akan tunjukkan macam mana nak shadding / mancungkan hidung ok hehehe. Almaklumlah hidung CNP penyek sikit :)




Inilah CNP @ Cik Nurul Pinky, Makeup Gaya Gyaru Muslimah.

Barang-barang makeup yang CNP guna kali ini semuanya saya ada jual.. So sesiapa nak order apa-apa just isi form dibawah blog ini yer.

Sesiapa yang kurang faham atau ada apa-apa nak tanya sila email pada saya di cnp_ciknurulpinky@yahoo.com


Sign Out secara tetiba **

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in