Jumaat, 27 April 2012

COPYRIGHT PROTECTED

Selamat pagi semua,

Saje je update blog time pagi-pagi ini sebab nak tunjukkan WATERMARK blog inidiarinurul.com

Comel tak?? inilah impian yang dah lama CNP idamkan tau..Semuanya menepati citarasa dan minat CNP :)

So harap lepas ni tak derlah lagi orang nak copy n paste gambar dari blog CNP iya dok :)

Khamis, 26 April 2012

EVENT MERAIKAN PEMENANG

Assalamualaikum,

Alhamdulillah akhirnya pemenang-pemenang contest ini sudah diaraikan pada 21 April 2012 bertempat di Taman Tasik perdana bertemakan Dress dan Potluck.. Memang tak sangka rakan-rakan MUA ( Kak Maya, Cik Qu, Fatin dan Kak Nana - Sakura Shawl ) dapat menghadirkan diri malah membawa bekalan makanan yang semuanya sedap-sedap belaka malah Talent pun membawa makanan juga TERIMA KASIH SEMUA !!! Yang paling best MY SIFU sanggup luangkan masa walaupun sebelum itu ada job makeup. Thanks Tya sebab sudi datang ke event yang tak seberapa ni. Kepada Dilla terima kasih kerana sudi teman CNP kemana-mana saje..inilah PA yang bagus hehehe

Pemenang dipilih oleh group MUA TAMT so tak derlah masalah pilih kasih sebab kami undi peserta paling banyak yang diundi.

Oh ye pada Event tersebut CNP pun join sama melaramnya hehehe...i kan tak boleh nampak kamera youuu ^____^  So 2 hari sebelum event berlangsung CNP designkan Dress untuk CNP pakai hehehe nasib mama mertua i cepat siapkan baju yang dah CNP designkan tu :) Tudung pasley berwarna biru tu pun CNP buatkan juga..saje je tak nak sama dengan orang lain..Kalau g jalan Tar memang banyak yang jual sama jenis je so kita tukar angin sikitlah..

Pada hari tersebut CNP tak jadi MUA malah CNP sendiri di makeupkan oleh Kak Nana dari SakuraShawl tau..Thanks kak nana...






 
Baju yang di reka khas untuk Event ini..


Guna BB je gambar ni hehehe...


Salah seorang pemenang Contest..







Gambar cantik dan cerah ni di ambil oleh Musa Rosli Photographer pada hari tersebut.

 

Inilah wajah Pemenang




Kantoiiii pegang hp hehehe

 

Dilla - Inilah PA ku....hakhakhak




Alamakkkkk tembamnya muka ku dari bawah hehehehe...


Sayangnya masa ni ada MUA dah balik...

Kepada semua yang terlibat dalam EVENT ini, CNP dan Kak Nana mengucapkan Jutaan Terima Kasih atas kerjasama yang telah anda semua berikan..Sekiranya ada kekurangan pihak kami memohon kemaafan yer.

Cantik tak Dress biru dan tudung yang CNP gayakan?

InsyaAllah dalam masa terdekat CNP akan keluarkan Dress dan Tudung bawah jenama inidiarinurul.com dan harga yang pastinya mampu milik..


Rabu, 25 April 2012

MADE IN CHINA TAK ORI ????

Assalamualaikum,

Saya baru terima email daripada seorang customer baru...kandungan email tersebut adalah untuk order eyeshadow miss rose daripada CNP. Ini kerana katanya, dia ada beli eyeshadow Miss rose daripada orang lain tapi dia frust sebab dikotak eyeshadow tersebut MADE IN CHINA..

Lantas CNP balas email beliau dengan mengatakan tidak perlu beli baru terus aje menggunakan eyeshadow tersebut kerana :

* Di Dubai tidak banyak kilang-kilang kosmetik dibangunkan disebabkan kos tenaga buruh di China murah. Disebabkan itulah banyak pengusaha-pengusaha kosmetik atau apa-apa sahaja suka barang mereka dikilangkan di China.Cuma kalau kita beli barangan Miss Rose di Dubai memang di kotaknya akan tulis Made in Dubai, ini disebabkan barangan tersebut setengahnya dipacking di Dubai. Bahan Original kosmetik Miss ROSE MEMANG  ORI DARI DUBAI. Ini juga penerangan dari Suplier. Sempat pulak suplier tu gelakkan saya sambil cakap " kilang Ferarri adalah dekat Dubai maaa " Cehh hampehhh !!

Macam laptop DELL semuanya Made In China ini disebabkan kilang dan tenaga buruh di sana murah. Inilah yang diperkatakan Salegirl Dell. Oklah kita tengok Produk blackberry semua barang telefon made in China tau. Bukannya tak ori tapi original cuma dikilangkan dari sana..

Tidak bermakna barang Made In China adalah tak original dear..Kalau nak tahu kebanyakkan barang-barang adalah Made In China tidak percaya cubalah tengok dan pastikan. Macam yang dah diterangkan diatas ramai yang pilih negara China adalah disebabkan Kos Kilang dan tenaga buruh yang murah berbanding tempat lain...

Harap dengan penerangan ini anda semua dapat memahami..Kepada pengirim email tersebut anda tidak perlu membeli dengan CNP malah terus aje memakai eyeshadow yang telah anda beli sebelum ini yer.

Selasa, 24 April 2012

AKAN MENERANGKAN SESUATU

Assalamualaikum,

Dalam masa terdekat CNP akan menerangkan sesuatu yang selama ini membelenggu pada sesetengah orang hehehe...tak serius pun tapi untuk meng " clear " kan fikiran semua orang hehehe...

Eh Mega Sale punya stok dah tak banyak yer...so cepat serbu tau hehehe..

Nota pendek di pagi hari yang agak panas sikit hehehe..

Jumaat, 20 April 2012

MOHON MAAF

Assalamualaikum,

Harap maaf ye Mega Sale yang berlangsung mulai hari ini di TUNDA KEPADA 23 APRIL 2012 disebabkan masalah komputer dan maklum balas dari pembaca blog supaya tarikhnya  dibuat pada minggu hadapan.

Segala kesulitan amatlah dikesali dan CNP mohon jutaan kemaafan yer.

* hari ni komputer di baik pulih...


Khamis, 19 April 2012

EVENT LOMPAT

Assalamualaikum,

Minggu ni banyak benda yang perlu diuruskan, so masa memang betul-betul cemburukan saya cewahhhhh....Dengan itu saya hidangkan anda gambar di bawah yer hehehehe...




Dilla hehehe merangkap PA saya...SINGLE lagi ni :)

 

Nak tahu kisah disebalik gambar ni? tunggu yer hehehe banyak betul entry dalam draf yang asyik pending je hehehe...

Kepada pemilik blog dibawah sila email CNP dengan kadar SEGERA di cnp_ciknurulpinky@yahoo.com


http://sweetfreebiesandcontest.blogspot.com/2012/02/contest-makeover-makeup.html

http://imedianna.blogspot.com/


Esok MEGA SALE CNP.....Jangan lupa yerrrrr

Selasa, 17 April 2012

BENEFIT EYEPRIMER COMINGGGGGG !

Assalamualaikum,

Alhamdulillah minggu ini banyak stok baru masuk dan lagilah bertambah sibuk, iyelah mana nak check stok,mana nak rekod barcode heheehehe. Tapi tak pe janji anda semua turut berpuas hati dengan barang-barang makeup yang CNP jual itu sudah memadai.

Akhirnya stok yang di tunggu ramai telah tiba hehehehe...CHOP !! nak bagitahu oleh kerana stok ini sangat laris, CNP syorkan siapa berminat cepat-cepat isi order form dan buat payment ok. Stok habis CNP tak boleh nak baut apa dah ok.

Stok BENEFIT eyeprimer ni dah lama CNP tunggu kedatangan stoknya tapi biasalah barang laris, stok pun susahlah nak dapat.  Kegunaan eyeprimer adalah untuk mengekalkan atau memberi ketahanan pada eyeshadow di kelopak mata supaya dapat bertahan lama.




Inilah rupa botol eyeprimer BENEFIT.





Disini juga telah ditunjukkan cara-cara penggunaannya..senangkan? Siapa yang pakai eyeshadow dan selali tanya kenapa eyeshadow tak tahan lama di kelopak mata anda, inilah jawapannya hehehe.




6 titik eyeprimer sudah memadai untuk dipakai keliling mata.

Kepada yang berminat bolehlah cepat-cepat isi order form di bahagian bawah blog CNP ini yer. Siapa cepat dia dapat tau..

Harga : RM18.00

Sebarang pertanyaan email

Khamis, 12 April 2012

CUBAAN BIBIR OREN

Assalamualaikum,

Percubaan pertama CNP berbibir oren ala-ala merah gitu hehehe lepas ni nak cuba pulak lipstik merah gitu biar kasi meletupnya hakhakhak...





Oh yer insyaAllah penghujung bulan 5, CNP dan adik beradik akan mengeluarkan JUBAH MODEN dan TUDUNG/SHAWL HANDMADE ! InsyaAllah... Setiap corak/color hanya akan dikeluarkan paling banyak 20 helai sahaja untuk menjaga Esklusifnya. Harap mendapat sokongan dari anda-anda semua. Kepada customer inidiarinurul.com sebelum ini anda akan mendapat diskaun dengan setiap pembelian jubah dan tudung dari kami.

Siapa yang nak muka gebu,glow,cantik dan mulus jom amalkan Vitamin Shaklee, InsyaAllah CNP akan guide anda sehingga berjaya mendapatkan kulit wajah yang diidamkan insyaAllah..

Hehehehe minggu depan ada JUALAN MURAH ye so tunggu diupload ok.. Sebarang pertanyaan berkenaan percutian boleh email pada CNP ok insyaAllah CNP akan bantu yang mana boleh yer.


Sebarang pertanyaan sila email ke

MOHON JASA BAIK ANDA SEMUA

Assalamualaikum,

Disini CNP dengan rendah diri memohon pada pembaca blog, supaya dapat meringankan beban kawan CNP untuk membantu anak saudaranya yang mengalami masalah paru-paru..SemogaAllah sahaja dapat membalas jasa anda semua aminnn...


Assalamualaikum....ini adalah anak saudara kayan,Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi...Ahmad Sufi dilahirkan pada 12 mac 2012 dan sejak lahir dia menghadapi masalah paru2.kos perubatan Ahmad Sufi di Children Westmead Hospital, Sidney adalah tidak kurang dr 3000 AUD(RM9000). Di sini Kayan dengan rendah diri memohon sekiranya ada di antara Ahli2 group yang sudi memberikan sumbangan kepada Ahmad Sufi bolehlah menyalurkan sumbangan itu ke akaun

BSN: 14133-41-00000395-4 :JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI
MAYBANK: 152107010378 : JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI

sumbangan drpd anda semua kayan dahului dengan ucapan terima kasih...



 
 
Moga dengan bantuan serba sedikit dari anda semua dapat meringankan beban keluarga ini....aminnn
 

Isnin, 9 April 2012

KEJUTAN DI OFFICE !!

Assalamualaikum,

Maaf sebab lama tak update. agak kurang sihat sikit sekarang tapi now alhamdulillah bertambah pulih. Fuhhh banyak benda yang nak kena fikirkan dan yang penting tengah target untuk move ke rumah sendiri setelah sekian lama tinggal bersama family tersayang hehehe.

Oklah hari ni just nak update KEJUTAN BIRTHDAY dari budak-budak officeku. Memang tak jangka ada kejutan sebab semua wat bodoh je tapi lepas je Tazkirah pagi, masuk office terus diaorang tunjuk kek dan suruh potong dan..dan tu jugak. Ya Allah memang kejutan korang menjadi !!! Lepas tu barulah ku nampak mee hoon goreng lah, kuih lah dan macam-macam lagi so dari situ aku dah agak dah mesti diaorang ni berpakat hehehe.

Thank you so much Ana, Mia, Kak pah, helmi, Zunainah dan yang lain-lain kerana sudi buat kejutan sebegini....Sayang korang sangat-sangat !!!











Ok nak gi makan laparrrrr :)

Sabtu, 7 April 2012

CLUTCH MISS ROSE EYESHADOW

Assalamualaikum,

Maaf atas kelewatan upload stok terbaru disebabkan ada masalah-masalah yang tak dapat dielakkan. Namun hari ini CNP akan memperkenalkan Produk Miss Rose yang terbaru di pasaran Malaysia. Permulaan CNP pun tak percaya dalamnya eyeshadow yang comel tapi bila dah dibuka memang ternyata benar hehehe..



Inilah Clutch Miss Rose dengan gaya mewah !!



Harga di Pasaran yer tuan / puan sangatlah tinggi hehehe.



Taraaaaa cantik tak?  Colornya sangat-sangat comel ok dan yang pasti kita tak perlu susah-susah untuk dapatkan gabungan warna yang sesuai kerana Miss Rose sendiri telah membuat acuan warna tersendiri. Colornya yang tidak berkilat dan tahan lama yang memikat hati CNP. Untuk makluman eyeshadow Miss Rose dan Mac sangat berbeza tau kalau nak tahu apa perbezaan kedua-dua eyeshadow ni harus dapatkan kedua-dua produk itu dan cuba, pasti anda semua dapat jawapannya hehehe. Dalam kehidupan harian CNP pun untuk ke pejabat dan keluar dari rumah, CNP akan mengadunkan eyeshadow Mac dan Miss Rose hulalala...
TERDAPAT :

90 COLOR YANG SWEET

BERUS EYESHADOW 2 PCS

1 BEG CLUTCH ( dalamnya eyeshadow miss rose )


HARGA PASARAN : RM90.00

HARGA PROMOSI CNP :

RM45.00

Berminat ? cepat-cepat isi order foem di bahagian bawah sekali blog CNP ok..

Sebarang pertanyaan, email


Isnin, 2 April 2012

SINGAPORE ~ 2nd DAY

Assalamualaikum,

Hari ke 2 di Singapore kami ke Marina Bay hehehe..memang teringin nak tengok bangunan atasnya macam kapal tu hahaha..biasalah jakun katakan.



Keluar hotel jam 9am, terus naik train menuju Marina Bay..

Dalam perjalanan jumpa 2 buaj lori yang penuh dengan buah durian...tapi i tak makan ok ini buah huhu..


Yahoooooo akhirnya tersinggah sini untuk shopping sedikit barang ngeh..ngeh..ngeh..

My love shopping gadjet dan i shoppinglah apa yang patut hahahaha..sape suruh singgah ^___^


Lepas dah shopping baru terasa lapar..nampak kfc terus singgah dan makan.

Teruk sungguh aku baca peta..memang langsung tak der ciri-cirinya..Satu apa pun aku tak faham dengan petanya kahkahkah...

 

Ais krimm yummyyyyy !!





Inilah tempat untuk membeli tiket train..alah senang je sama jugak macam LRT di Malaysia..kalau tak tahu suruh aje orang Singapore kat situ-situ ajarkan..


Bagi burung makan jap hehehe...

India Street..waduhhh cantik pemandangan kat sini yang langsung tiada sampah sarap..

 

Shopping lagi di Mustapha...lepas dah shopping, ambik borang untuk tebus balik duit kita di GST kaunter..kiranya macam lebihan cukai kot hehehe. Malaysia baru nak perkenalkan tak silap..

Marina Bay !!! Yahoooo akhirnya sampai juga disini..

Ok i sakan sikit ok bila sampai sini..nasib My love layankan je hehehe...


Penat bergambar, singgah sebentar di Starbucks..staff dia sangat-sangat baik..

HEHEHEHEHE...Pink dimana-mana :)

 

Masa ni tengah frust sebab Singa besar yang keluar air kat mulut tu tengah renovation huk alohhh...My love dah gelak-gelak sebab aku tak dapat bergambar kat situ..nampak gayanya kena datang balik nih.. ??

Tong surat yang sangat-sangat comel...ok dah pos poskad ke Malaysia hehehe.

Last sekali singgah di Zam-zam restoran untuk makan nasi beriani dan mutabak singapore..perghhh sedap giler kot nasi dia dan yang paling aku teruja mutabaknya..My love cakap dia dulu selalu makan sini..huhu cehhh nak eksyenlah tu :(

Ok byeee t sambung lagi untuk episod terakhir di Singapore ok..

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in