Selasa, 31 Julai 2012

PROMOSI MAC EYESHADOW NUDE COLOR

Assalamualaikum,

Wah dah lama tak update blog hehehe..busy sikit lah sekarang ni..insyaAllah minggu depan nak upload cerita-cerita pasal model-model yang CNP makeupkan je..Harap berhasillah ye..

Oklah, kali ni CNP nak upload eyeshadow yang telah lama CNP cari iaitu NUDE COLOR..susah betul nak jumpa eyeshadow color macam ni. Ini Brand MAC.


EYESHADOW MAC NUDE COLOR
88 COLOR
RM45.00





Berminat ??  macam biasa, isi order form dibahagian bawah sekali blog ini yer.


Sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh email ke


Isnin, 30 Julai 2012

LAST ORDER TODAY - MEGA SALE RAMADHAN

UPDATE 27/7/2012 -
LAST ORDER JAM 12 MALAM INI..SEMUA SET MEGA SALE AKAN DIPOSKAN PADA HARI ISNIN PAGI..NO RESTOCK


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga kita menyambut Bulan Ramadhan pernuh keberkatan ini untuk tahun ini.

Oklah untuk MEGA SALE RAMADHAN, CNP mengikut cadangan anda semua. Terima kasih yang sudi bagi komen di fb, blog dan email. So untuk kali ini CNP keluarkan MAKEUP KHAS MATA UNTUK CANTIK DIPAGI RAYA PERSIS GADIS ARAB.


Tutorial disediakan di bawah..

Memandangkan kesihatan CNP tidak begitu baik, so CNP cuba dapatkan tutorial mata kelihatan menawan untuk anda semua. InsyaAllah bila CNP baik nanti akan buat tutorial banyak-banyak doakan yer.

Mega Sale ini mengandungi :

- Set Blusher yang sangat-sangat best dan muat disimpan dalam handbag !

- Mengandungi 32 eyeshadow jenis basah iaitu bila dipakai kelihatan cantik dan susah hilang melainkan cuci dengan remover atau air.

- 7 Blusher dengan warna-warna yang cute dan sweet.

- 1 Shadding... wow 1st time set eyeshadow disertakan shadding tau..

- Eyeliner + Celak ( 2 in 1 ) Yang pasti eyelinernya sangat cantik dengan kepekatan eyeliner dan celaknya persis gadis Arab tau..

- Mascara

- Remover makeup Made in Korea
Yang pasti kesemua barang makeup ini muat dimasukkan kedalam handbag anda...mana tau dipagi raya nak touch-up sikit-sikitkan hehehe.


HARGA MEGA SALE :

1 SET HANYA
RM49.90 !!

update : Promosi berakhir sehingga Stok Mega Sale Habis..buat masa ini stok dah berkurangan dan tinggal kurang dari 10 set je lagi...

Berminat sila isi order form dibahagian bawah blog CNP ini yer.

Tutorial Mata persis gadis Arab

Gambar tutorial sumber Pak Google

Khamis, 26 Julai 2012

DARI SUBANG KE KERAMAT

Assalamualaikum,

Sangat terkejut dan kagum bila melihat kesungguhan customer CNP kali ini..yelah mana tidaknya hanya google dalam internet dan terjumpa blog CNP terus call untuk book tarikh makeup beliau. Yang lagi CNP tak sangka, Kak liza sanggup datang dari Subang ke Keramat untuk dimakeupkan.. Alhamdulillah akhirnya sentuhan CNP berjaya membuatkan beliau berbaloi datang dari jauh. Selang beberapa hari, Kak liza order barang makeup untuk di praktikkan hehehe terima kasih Kak liza..



Kak liza mintak color eyeshadow sama dengan warna bulu di subangnya tu...



Alhamdulillah siap juga akhirnya...


Kepada yang berminat untuk mendapatkan sentuhan dari CNP boleh email CNP terus yer..

Rabu, 25 Julai 2012

SENTUHAN CNP DI EVENT GETGORGEOUS

Assalamualaikum,

Now insyaAllah setiap hari akan kuatkan diri untuk update blog hehehe...Pasal nak habiskan semua draf-draf yang tersadai ni hah...Lagipun laptop nak kena format dalam minggu ni tu pasal nak perhabiskan mana yang patut hehehe ini kes bab malas nak simpan-simpan dalam external hehehe.

Ini adalah hasil makeup dari sentuhanku yer untuk model-model fashion show under Getgogeous.



Najwa, model yang sangat-sangat supeb !!! gambar sebelum makeup

 

Yeay dah siap makeup hehehe..ini kes lipstik belum pakai lagi sebab baru lepas tukar baju hehehe


Alamak konfius sama ada iena or ieda mansor sebab mereka berdua kembar hehehehe...

 
Kepada yang berminat untuk mendapatkan sentuhan CNP dihari bersejarah anda boleh email ke

 

Jumaat, 20 Julai 2012

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Assalamualaikum,

Saya baru habis approve komen-komen dari pengunjung blog saya. Minta maaf sangat-sangat sebab belum sempat membalasnya. Buat pengetahuan anda semua yang disayangi, kalau ada sebarang pertanyaan terus EMAIL kepada saya InsyaAllah saya akan membalas secepat mungkin kerana saya sentiasa ON email 24 jam.

Oklah, kepada yang nak order barang-barang makeup sila isi order form terus yer.. InsyaAllah dalam bulan ini ada Mega Sale Raya dan Baucer pembelian untuk pengunjung setia blog Inidiarinurul.com

Disini CNP mengambil kesempatan untuk mengucapkan

 SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN, SEMOGA SEMUA AMAL IBADAT KITA DI BULAN YANG MULIA INI DI BERKATI
AAMINNNNN.

InsyaAllah dalam bulan Ramadhan ini juga, Inidiarinurul.com akan mengeluarkan tudung handmade atas jenama kami sendiri. Kepada customer kami yang pernah membeli apa-apa sahaja barangan di blog ini anda juga akan menerima baucer pembelian dengan setiap pembelian tudung keluaran kami.

Terima kasih atas sokongan dari anda semua. Tanpa anda siapalah inidiarinurul.com Oh ye, CNP nak bagi anda semua buat pilihan untuk Mega Sale Raya nanti yang akan diadakan pada 25 Julai 2012 ini. Apakah jenis barang yang anda semua inginkan pada Mega Sale Raya nanti ??? Segala pandangan dan komen bolehlah anda tulis dibahagian komen entry ini yer. CNP akan berpandukan daripada permintaan anda semua. InsyaAllah.

Dikesempatan ini Team Inidiarinurul.com ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesalahan yang disengajekan atau tidak yang pernah kami lakukan. Kami doakan semoga anda diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan amal ibadah aaminnn.


Selamat Bersahur.... :)

CONCEALER STICK , NATURACTOR 151 , PELEMBAB MISS ROSE READY STOK

Assalamualaikum,

Maaf lambat update dari yang dijanjikan...biasalah orang baru keluar wadkan so semua gerak kerja lambat hahahaha...

Oklah kali ni barang yang CNP keluarkan ready stok, maknanya hari ni payment esok terus pos hehehe...tapi siapa cepat dia dapat yer..

Siapa masih ingat tutorial sorok bulu kening ini ? Sangat bergunakan concealer stick ni, lagipun kali ini ada concealer stick dan liquid concealer untuk tutup mana-mana lebihan kening tersebut...Kiranya 2 in 1 lah hehehe...



Belah atas concealer stick yang macam bentuk macam lipstik.


Concealer stick + Liquid concealer = 2 in 1

RM25.00 Only !!


Siapa nak order pelembab Miss Rose boleh isi order form ye bab ada 2 botol ready stok Rm 15.00 sahaja.



RM18.00 Only !

Stok naturactor 151 ada 2 kotak..kepada yang berminat cepat-cepat isi order form k.



RM35.00 Only !!


Harap maklum...kepada yang berminat sila isi order form untuk order barang yer sebab CNP takut tercicir dari senarai...


Rabu, 18 Julai 2012

SINGAPORE ~ HARI KE 2

Assalamualaikum,

Ini adalah sambungan cerita/ gambar-gambar di Singapore tahun lepas hehehe...sorry dear lambat update hehehe...













Kaunter untuk refund duit kita balik selepas shopping hehehe...






Tempat makan wajib kunjungi youuuu...nasi beriani dan murtabak dia sangat-sangat best !!

DISKAUN RM2 - UNTUK ORDER HARI INI SAHAJA !! (18/7/2012 )

Assalamualikum,

Oklah kerana ramai yang email bertanyakan tentang kesihatan saya, so hari ini CNP nak bagi diskaun RM2 untuk setiap pembelian CONCEALER STICK DAN TUDUNG BAWAL DIAMOND MYRA  =  HARI INI SAHAJA TAU !! :)

Oh ye, cepat tau isi order form kepada yang berminat sebab tinggal tak sampai 1 dozen pun lagi...hehehe..



Hehehe..kejap lagi CNP nak update sambungan travel ke satu tempat ni...nak tahu tunggu jam 1pm nanti yer...


Selasa, 17 Julai 2012

TUDUNG BAWAL DIAMOND MYRA RM20.00 SAHAJA

Assalamualaikum,

Nak update stok bawal Diamond Myra... Stok tak banyak sebab belum sempat diupload ke blog dah ramai yang sambar secara offline...

So kepada yang berminat boleh isi order form ye...Harga hanya RM20.00 SAHAJA...



Code : Pink


Code : Hijau Turqoise



Code : Purple



Code : Merah


Code : Grape

HARGA : RM20.00 SAHAJA
Berminat isi order form yer...




Sabtu, 14 Julai 2012

BILA DUGAAN DATANG

Assalamualaikum....

Dah 3 hari saya menginap di Pantai Hospital atas sebab-sebab tertentu...insyaAllah satu masa nanti saya akan ceritakan year...cuma CNP nak mohon maaf kalau ada sesiapa belum menerima reply email dari CNP, Insyaallah dalam masa terdekat ni CNP cuba balas email anda semua... yAng mana dah buat order dan pembayaran sebelum tengahari tadi (14/7/2012) barang anda semua akan diposkan Isnin pagi menggunakan pos laju..

Memandangkan CNP diberi cuti rehat selama 1 bulan, insyaAllah CNP cuba tunaikan permintaan yang anda request sebelum ini baik dari segi tutorial dan tentang travel ke Indonesia.

Terima kasih pada yang sudi mendoakan kesihatan CNP, semoga Allah saja yang dapat membalas jasa anda semua...

Oh ye lupa pula CNP nak bagi tahu, UNtuk bulan RAmadhan nanti ada MEGA SALE RAYA di mana setiap pembelian RM2oo dan ke atas akan menerima baucer Rm5 dan boleh digunakan untuk pembelian barang seterusnya di inidiarinurul.com

Sampai Sini saja dapat CNP coretan...perut dah rasa sakit kesan operate so CNP tinggalkan dengan Assalamualaikum dan doakan CNP cepat sembuh ya....Aaminnnn

Isnin, 9 Julai 2012

NATURACTOR HIJAU COME BACK !!

Assalamualaikum,




Akhirnya setelah menunggu selama 7 bulan barulah stok naturactor hijau dan kuning sampai ke tangan CNP. Suka sangat-sangat sebab stok untuk CNP pakai pun dah habis licin tau..

Cnp suka pakai naturactor hijau atau kuning sebelum pakai naturactor ikut color kulit wajah atau liquid foundation sebab ianya akan menutup cela dan menggebukan kulit wajah.

Harap maklum stok sangat-sangat terhad memandangkan permintaan sangat tinggi bagi naturactor warna hijau dan kuning ini. Habis stok kali ini tak tahu berapa bulan pulak yang perlu tunggu hehehe..So jangan lepaskan peluang keemasan ni yer sayangku.

Nak tengok contoh yang telah CNP hasilkan meh tengok wajah adik CNP sebelum dan selepas menggunakan naturactor hijau atau kuning ni.


HARGA : RM45.00

HARGA PROMOSI : RM40.00
( 9/7/2012 HINGGA 13/7/2012 )

Berminat isi order form dibahagian bawah blog CNP ni yer..

Selasa, 3 Julai 2012

LAST CALL - 24pcs BOBBI BROWN BRUSH MAKEUP

LAST ORDER 6/7/2012 AT 12.00AM !!!

HURRY UP !!


Assalamualaikum,

Minggu ni ada stok set brush makeup Bobbi Brown 24 pcs. Memang tak menyesallah kalau korang beli sekarang hehehe.







STOK TAK BANYAK TINGGAL 9 SET AJE LAGI SO SIAPA CEPAT DIA DAPAT.

1st Time tau Bursh Makeup dapat harga semurah ini...So kepada sesiapa yang berminat cepat-cepat isi order form dibahagian bawah blog CNP ini yer..


HARGA : RM50.00 SAHAJA

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in