Khamis, 31 Januari 2013

STOK TONY TINT KEMBALI 4 Feb 2103 !!!!

Assalamualaikum,

Yeayyy ada berita baik untuk anda-anda semua yang memang sudah lama menantikan kehadiran TONY TINT..... InsyaAllah Isnin ni 4 Februari 2013 stok Tony tint akan mula di jual kembali. Kepada yang berminat tunggu jam 8 pagi ye...siapa cepat dia dapat. Lepas ni Samsung Note / BlackberryCnp tak pasti bila pula stok Tony tint akan kembali lagi. Yang berminat beli secara borong boleh email CNP k...pembelian borong mesti 20 botol dan keatas akan mendapat harga yang the best k.

Update secara langsung dari samsung note ^__________^

Isnin, 21 Januari 2013

BILA MOOD KEMALASAN MELANDA

Assalamualaikum,

Hari ini tiada gambar yang dapat dikongsikan kerana mood memblog ke laut. Rumah macam tongkang pecah simen,pasir,batu bata sana sini buat diri rasa rimas. Nasib dah tak lama je lagi rumah nak siap ubahsuai. InsyaAllah lepas ni CNP akan lebih giat lagi memandangkan sudut komputer dan mesin jahit CNP akan wujud. Wahhhh tak sabar menunggu siap semuanya.

Apa-apa pun terima kasih pa dan ma sebab buat semua ini demi keselesaan anak-anak kesayangannya.. Love you so muchhhhh.

Berlambak dah draf-draf yang menunggu nak publish hehehehe.

Khamis, 17 Januari 2013

KISAH RAYA AIDILFITRI YANG LEPAS :)

Assalamualaikum,

Wahhhhh baru nak update kisah raya youuuu.. Now dah nak masuk Raya 2013 dah pun hehehe...Mintak maaflah bab keadaan sangat-sangat tidak mengizinkan..Ini pun laratkan jua sebab boleh dikatakan setiap hari Kak Erna berzikir kat skype tanya cerita raya bila nak update hehehe...

Tahun ni giliran beraya di Kuala Lumpur belah mertua CNP.. Walaupun beraya di KL tapi suasananya tetap sama sebab mertua CNP masak pelbagai juadah, so tak derlah teringat family yang pulang beraya di Terengganu... Yeayyy tahun depan raya di Terengganu !! sorry tetiba teruja pulak..padahal puasa ganti belum dilangsaikan lagi dah fikir raya tahun depan huhuhu...

Tema Grape /Ungu menjadi pilihan keluarga mertua CNP...semua baju family disponsor oleh mertuaku sayang..Kelassss ko linaaaa...hehehehe..



Badanku naik bam-bam selepas pembedahan..iyelah makan pil hormon setiap hari mahu tak naik kan..Tapi tak pe inilah dugaan yang aku tempuh untuk memiliki cahaya mata.

22 Jan 2013 ada sale tau hehehehe ^____^

Rabu, 16 Januari 2013

KONJAC SPONGE HILANGKAN SISA MAKEUP


 
SOLD OUT

Assalamualaikum,

Pernah ke anda semua terfikir dengan mencuci muka menggunakan pembersih muka, muka anda telah bebas daripada sebarang sisa makeup?? Dulu CNP pun beranggapan sebegitu tapi setelah melihat mama CNP tidak hanya mengharapkan pembersih muka semata-mata,  dia telah menambah " alat " untuk membuang sisa-sisa makeup di wajah beliau. Inilah yang CNP nak kongsikan dengan anda semua.

CNP mengamalkan Konjac Sponge dan pembersih muka untuk membersih serta membuang sisa-sisa makeup di wajah. Alhamdulillah semenjak mengamalkan cara ini, muka lebih halus dan jerawat halus pun secara tak sengaja juga turut hilang. Yang pasti sebelum CNP tidur dan bangun pagi memang CNP akan menggunakan Konjac Sponge untuk muka yang mulus. Vitamin Shaklee, Collegen rumpai laut juga tidak akan dilupakan untuk di makan dan minum setiap hari. Cantik luar dan dalam gituuuu. 

Harga Konjac Sponge hanya RM20.00 Sahaja
Berminat isi order form yer. 

Ohh yer sebelum menggunakan Konjac Sponge sila ambik gambar dulu untuk melihat perbezaan setelah menggunakan Konjac Sponge ok dear.





Ok meh baca sedikit petikan berkenaan Konjac Sponge ni : 


Namiconia Konjac Sponge di pasarkan oleh syarikat Namiconia International. Apa yang menariknya tentang Konjac Sponge ini adalah kerana ianya merupakan satu produk yang masih baru dan belum di kenali ramai di Malaysia. Tidak banyak terdapat produk seperti konjac Sponge di pasaran Malaysia sekarang ini dan boleh di katakan tidak ada persaingan lagi.
Apa yang lebih menariknya kerana ianya berkesan di dalam merawat kulit wajah atau badan seseorang dengan secara semulajadi. Terdapat banyak testimoni yang berkaitan dengan masalah jerawat, jeragat, bintik-bintik hitam, kulit berminyak, kulit kering dan penyakit kulit yang telah berjaya di atasi dengan Konjac Sponge.
Buat masa ini seisi keluarga saya menggunakannya . Apa itu Konjac Sponge ?
Namiconia Konjac Sponge” diperbuat dari akar konjac (konnyaku), yang mempunyai tekstur yang halus dan 100% semulajadi. Ia merupakan serat tumbuhan yang digemari oleh orang-orang  Korea dan Jepun.
Namiconia Konjac Sponge yang halus dan lembut dapat membawa keluar sel-sel mati pada permukaan kulit badan dan muka, ia akan meningalkan lapisan colloid untuk memelihara dan memberi perlindungan terhadap kulit.
Ia sesuai untuk semua pembersihan kulit termasuk kulit yang paling sensitif. Ia tidak mengandungi segala pengawet atau perwarna.
Namiconia Konjac Sponge adalah penyeimbang pH yang semulajadi dan penghasilannya dari 100% serat tumbuhan. Oleh itu ia dapat menyerap air dan mengekalkan kelembapan pada permukaan kulit.
Namiconia Konjac Sponge yang lembut dan halus ini memberi kesan  pembersihan yang baik dan melembutkan kulit. Semasa penggunaan ia bagaikan pengurutan semulajadi pada bahagian muka, selain daripada pembersihan, ia juga membantu melancarkan pengaliran darah di permukaan kulit  muka.
Keistimewaan Namiconia Konjac Sponge:
  • Pembersihan secara mendalam serta mengeluarkan sel-sel mati pada kulit supaya kulit kelihatan lebih bersinar.
  • Pembersihan ke dalam liang roma dapat menghilangkan blackheads, kotoran & minyak.
  • Membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat.
  • Mengawal pH kulit.
  • Tekstur lembut yang amat sesuai untuk kulit sensitif.
  • Memberi keanjalan dan mengekalkan kelembapan kulit.
  • Sesuai untuk orang yang berpenyakit kulit (Atopic disorder).
Manfaat utama Namiconia Konjac Sponge:
  • Kulit berseri -> Mengurangkan  blackheads.
  • Kebersihan -> Mengurangkan acnes / jerawat.
  • Kejelitaan -> Mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit.
  • Mengurangkan kekedutan -> Keadaan kulit yang lebih elastik dan halus.
  • Memerlihara kelembutan kulit -> Mengekalkan kelembutan yang meyerupai kulit bayi dan tiada kesan sampingan.
  • Semulajadi -> Penyelarasan ke atas kulit yang sensitif dan memberikan kelembutan pada kulit.
  • Penyeimbangan pH -> kulit yang lembut dan halus.

Cara-cara sebelum menggunakan Konjac Sponge : 

( Warna Konjac Sponge berlainan kerana Konjac Sponge terdapat dalam pelbagai warna dan bentuk. )


Gambar from En Google


Gambar From En Google



Cara penggunaannya : 

ambik pembersih muka dan gosok ke seluruh muka dan leher, selepas itu gosok dengan menggunakan Konjac Sponge dari aras dagu dan ke atas tau. Inilah rahsia awek muda hehehe. Lepas tu barulah cuci dengan air bersih. Bersihkan sekali Konjac Sponge dan gantung atau letak di tempat yang bersih untuk dikeringkan.

Cantik di luar haruslah cantik di dalam juga ^______________________________^

Selasa, 15 Januari 2013

ENTRY BANDUNG JADI RUJUKAN

Assalamualaikum,

Hari ini CNP akan menjawab soalan-soalan yang terpilih untuk memudahkan semua pihak. Yang mana tiada CNP paparkan di blog ini, insyaAllah CNP akan balas secara personal terus kepada anda.

Jawapannya : Soalan pun lebih kurang so CNP rangkulkan sekali yer....Yup memang kami ada usahasama antara Malaysia dan Indonesia. So kepada sesiapa berminat boleh terus email ke CNP yer.

Kepada anda-anda semua yang telah membuat blog CNP ini sebagai rujukan,  terima kasih banyak-banyak. Gembiranya bila ada yang hantar email bagitahu mereka ke Bandung dan Bukit Tinggi Padang dengan hanya berpandukan blog cepisan CNP ni je.

Terima Kasih semua ^________________^


Isnin, 14 Januari 2013

BANDUNG - BYE BYE BANDUNG HELLO MALAYSIA


Assalamualaikum,

Ada ke yang dah muntah pink minggu ni baca blog CNP pasal Holiday ke Bandung?  ^_____^



Jam 8.00 pagi dah keluar dari guesthouse untuk ke Kartika Sari. Sebelum tu aku dan My love singgah ke Mart iaitu macam 7eleven di Malaysia untuk beli air sementara menunggu kakak mama mertaku sampai untuk bawa kitaorang ke Kartika Sari.


Kartika Sari Jalan Haji Akhbar yang kami pergi ni memang berdekatan jugak dengan guesthouse tempat kami menginap.Dari guesthouse ke Kartika sari naik angkut hanya 1000 rp bersamaan RM0.32 sahaja untuk seorang, tapi kena berjalan kaki ke depan sikit dari guesthouse ke kanan dan terus kedepan sehingga jumpa jalan besar simpang, lintas jalan tu dan naik angkut dari situ. Lepas aje nampak Hotel Hilton ke depan sikit baru turun dan lintas ke seberang dan terus jalan ke depan sehingga nampak lebel KARTIKA SARI. Kalau kurang faham apa yang aku tulis ni boleh je cakap dekat supir tu nak ke sini.Balik pun sama dan tambangnya juga sama.



Kami beli 10 jenis Brownise dan sebab nak bawa naik flight kami mintak staff disitu untuk packing dalam kotak untuk mudah di bawa. Ambik koo 1 kotak yang sederhana besar jugaklah untuk kami berdua itu belum masuk family aku punya wakakaa.
Balik Malaysia dalam seminggu dah licin hahahaha. Sesiapa ke Bandung tak cuba Brownise Kartika Sari memang rugi lah.

Tahu sumerdang, sangat-sangat sedap. Macam tahu di Malaysia cuma tahu ni dia agak lemak dan rasa masin-masin sikit.Dimakan bersama sepotong cili pada tapi cili padi tu aku buang hahaha. Inilah makanan wajib aku cari bila ke Bandung.


Jam 12.00 pm Check Out dan Van sampai.
Inilah separuh dari barang-barang yang sempat aku snap sebelum masuk ke van untuk di hantar ke Bandara @ Airport.Separuh naik dulu bersama-sama dengan barang ini dan separuh lagi akan di hantar kemudian.



Jam 1.30pm Check in dan drop beg. Kesemua berat barang-barang dan beg adalah 120kg, sampai staff Airasia tanya ini barang apa HAHAHA


Sebelum masuk ke ruangan menunggu, pastikan dah bayar airport tax tau. Di bandung hanya 75 ribu rp bersamaan Rm23.52 , pastikan sticker airport tax telah di lekat di atas boarding pass masing-masing yer. Sebelum tinggalkan kaunter hanrus check yer. Kang tak pasal-pasal kena tahan di kaunter imigrasinya macam sepupuku ^_____^


Makan di perkarangan Airport untuk kali terakhir, aku makan bakso dan ais jeruk dekat sini. Harga sendiri mahu ingatlah yer. Biasanya harga yang papa bayar tu siap leh dengan makan nasi 1 family tapi kat sini minum air dan aku je yang makan kena harga cekik darah hehehe.


Di ruangan menunggu, flight delay ke Malaysia selama 1 jam, sempat juga aku paw My love untuk kali terakhir set Aromaterapi made in Bandung. Comel je set ni. Bolehlah pasang di Bilik baru siap nanti hehehe. Adik bongsuku memang dengan gitar tak boleh dipisahkan. Kali ni dia beli Ukulele pulok dengan harga 75 ribu rp bersamaan Rm23.52


Set Aromaterapi


Ukulele


Yeayy flight dah sampai, sedih pulak aku nak tinggalkan Bandung. InsyaAllah aku dan My love akan kerap berulang alik ke sini lepas ni atas urusan bisnes yang kami jalankan disini. Moga Allah murahkan rezeki dan memberi ruang kepada kami yang baru mula nak bertapak disini.


Inilah family aku cuma tiada dalam gambar adik lelaki aku yang berada di Rusia dan aku mestilah yang ambik gambar  ^_________^

Tq jugak kepada pihak Airasia kerana upgradekan tempat duduk kesemua keluargaku ke bahagian hadapan sekali walaupun kami tidak membeli Hot Seat. Tq so much !! Lain kali beri lagi tau hehehe,



Penerbangan selama 2 jam aku layan movie sambil makan magie Bandung dan coke..Papa dan afifa pun sama-sama join makan magie hahahaha. Nasib adik bongsuku tidur kalau tak macam-macam dia nak.


Inilah barisan keluargaku yang sedang menunggu barang dan beg sampai.

Kami bahagi-bahagikan Troli dan setiap sorang akan bawa barang. Dari jauh Pihak Kastam dah nampak kami dan suruh kami ke tepi. Bila dia minta resit pembelian semua barang, kami tunjuk dan tunjukkan sekali kad kahwin. Alhamdulillah lepas. Terima kasih ye pihak Kastam. Diluar Airport, kawan papa telah menunggu untuk mengambil kami untuk pulang. Yang lain semua naik van bersama barang-barang kecuali aku, adik iparku Dila, Afifa dan Kak kema naik ERL.


Inlah familyku dan family mertua. Alhamdulillah holiday penutup tahun 2012. Tahun 2013 holiday pada bulan 6 nanti.. Nak tahu kemana tungguuuuu ^___________^
Alhamdulillah akhirnya tamat sudah entry Holiday ke Bandung kali ini.
Sesiapa nak tanya pasal Bandung iaitu Hotel, supir dan Pakej Holiday ke sana boleh email ke
cnp_ciknurulpinky@yahoo.com
dengan tajuk " BANDUNG "

p/s : masih mencari mood untuk update cerita Holiday ke Singapore ^______^

Jumaat, 11 Januari 2013

BANDUNG - HARI KE 5

Assalamualaikum,

Buat kepada pembaca blog saya yang drop komen nanti saya akan buat 1 entry khas untuk menjawab sebarang pertanyaan dari anda semua. Boleh drop komen di bawah blog ini atau email kepada saya yer.

Oklah bersambung kembali Cerita di Bandung :-

Jam 9.00 pagi My love dah keluar menuju tempat beli Gardus atau kotak sebab kotak-kotak yang dibeli semalam tidak cukup ok tidak cukup heheheh. Matilah masa lalu Kastam nanti T______T hanya naik beca ke tempat membeli kotak dan hantar pulang kembali pak cik tu hanya ambik 1000rp aje bersamaan RM0.32 aje. Ya Allah memang aku tak akan bagi sebanyak tu walaupun dia minta sebegitu. So My love kasi lebih buat belanja.



Gerai makanan halal yang terdapat luar guesthouse.


Inilah guesthouse tempat kami menginap selama berada di Bandung


Beca untuk disewa


Bersiap sedia My love nak g beli kotak


Jam 9.30 pagi, terus menuju ke Pasar baru. Hari ni saje gatal naik beca pulok. Tapi best naik beca sebab kita akan tahu banyak jalan-jalan potong untuk lagi cepat sampai ke tempat yang dituju. Kos dari guesthouse ke Pasar baru hanya 10 ribu rp bersamaan RM3.20 . Hari ini nak setlekan beli  perfume & kacuk-kacuk untuk diri sendiri, kawan-kawan dan bos i HEHEHE. Perfume dekat sini memang sangat-sangat best dan wangiannya memang tahan lama dan menyerupai original. Kedainya dari dulu sehingga sekarang tak berubah-ubah. Dari pintu masuk Pasar baru, bersebelahan escalator naik ke atas ada lorong sebelah kiri, so ikut jalan tu terus ke depan sehingga jumpa Stor Perfume, terletak disebelah kanan bila kita jalan terus tadi. Nak tahu betul ke tak stor perfume ni betul-betul bawah tangga atau escalator.



Tempat beli kacuk-kacuk di pasar baru. Kedai dia sebelah kanan sekali berhampiran tangga. Jangan risau banyak kedai yang jual kacuk-kacuk ni hehehe


Inilah deretan perfume-perfume yang terdapat di tempat ini. Setiap tahun ke Bandung pasti ke kedai akak ni. 


Jam 12.00 pm barulah kami pulang ke guesthouse kembali sebab nak menuju ke rumah kakak mama mertuaku pula, iyelah dia jemput datang makan tengahari tak akanlah nak tolak kan. Macam-macam adik-adikku request nak lauk itu ini, pulak tu mak cik pandai masak harus tak dilepaskan HAHAHAHA. Dari guesthouse ke Jalan Rajawali mengambil masa 20 minit dengan menaiki beca. Kami menyewa 5 beca dengan kos 20 ribu rp sebeca. Naik beca lagi cepat sampai sebab dia ikut jalan potong sana sini. Secara tak langsung aku sempat jugaklah melihat kehidupan orang-orang Bandung.



Adik-adikku dan mama  dan sepupuku berada dalam beca ni.


Gerai jual minyak petrol di tepi jalan.


Mama dan kak kema


Afifa paling takut naik beca tambah-tambah kalau sorang-sorang lagilah hahahaha


Roadtax kereta di Bandung


Kami lawan arus hahahaha, masa ni agak jem sikit sebab Indonesia tengah cuti sekolah atau libur.


Inilah ANGKUT sejenis kenderaan macam bas kat Malaysia. Dia ada pelbagai warna dan setiap warna ada tempat tertentu yang di tuju.


Parabola di Indonesia. macam kita Astrolah.


Bukan main lagi yer siap kis-kiss youuu


Sepupu My love yang menetap di Bandung. Rindu dekat Kak leni


Teh botol yang wajib setiap orang mencubanya. Dia ada pelbagai perisa dan ini adalah perisa Original


12.30 pm Sampai-sampai aje lauk semua dah terhidang so apa lagi yang ditunggu MAKANNNNN. dahlah perut tengah lapar hehehe. Macam-macam lauk mak we ( panggilan mak cik di Bandung ) masak.


2.00 pm Selepas makan dan solat kami terus ke Pasar baru lagi HAHAHAHA kemaruk dengan Pasar baru lah pulak kan. Misi kali ini nak cari kain sulam,kain pasang, Butik handbag dan kerepek-kerepek untuk terakhir kali. Disini juga jangan lupa makan cendol dia yang best dan original santan tau. Perghhh sedap betul. Tapi ralat aku terlupa nak beli dan tengok adik aku je makan huhuhu.



Bila kita nak beli baru dia masuk santan

5.00 pm Dari Pasar baru berjalan kaki ke alun-alun mengambil masa selama setengah jam. Fuh kali ni cepat betul kami berjalan sebab My love nak belikan dompet kulit untuk adik lelaki aku nun jauh di Rusia, Abang Aji dan adik lelakinya sekali. Sini pun dompet kulit yang dijual ditepi-tepi jalan tu kulit 100% tau kalau tak percaya masa dah pilih yang mana berkenan ko suruh tukang jual tu bakar dompet tu. Tak semestinya yang jual dalam shopping complex tu 100% kulit tau bab bila aku suruh bakar 1000 alasan so aku blah je. Dari Alun-alun ke guesthouse kami menaiki beca je nak cepat., dalam 15 minit sampai. Kosnya 10 ribu rp bersamaan Rm3.20 sebeca. Ingat sebelum naik beca atau angkut kena tanya dulu harganya kang tak pasal-pasal kena ketuk kaw-kaw punya.




Pilih-pilih ye bang..



Deretan dompet kulit yang terdapat di alun-alun aje. Di tempat lain jarang ada jual dompet kulit macam ini.


7.00 pm barulah sampai ke guesthouse. Mandi, solat dan rehat sebentar terus kemas beg. Fuyoooo beg dah beranak menjadi 5 beg dari 2 beg mula datang tempohari, belum masuk lagi beg-beg papa,mama dan adik beradikku. Wahhh macam nak sewa 1 lori ko bawa gi Airport :)


8.00 pm Keluar mencari makan malam. Macam biasa dah ketagih makan nasi goreng special, murtabak mesir, jus jeruk untuk terakhir kali. Giler tak sedih ko dekat sini sangat-sangat best, dahlah makanannya sedap dan murah malah orang disekitar situ sangat-sangat baik.


9.00 pm Pakaian yang dipakai selama berada di Bandung hantar dobi. Pagi hantar malam dah siap kesemuanya ada dalam 20 helai baju termasuklah seluar. Kesemua kos mendobi ialah 30 ribu rp bersamaan Rm9.20 sahaja dahlah aku ambik dobi express pulak tu sebab takut esok tak sempat, terkejut koo murah giler HEHE.


ZzzzzZZZZZZzzzzzz

Tunggu episod terakhir isnin ni yer.

Khamis, 10 Januari 2013

BANDUNG - HARI KE 4

Assalamualaikum,

Hari ni lagi aku bersemangat waja bila bangun tidur iyelah nak g wat bodyspa kan hehe. Aku ke Saloon semalam balik jam 7.00 pagi dan bila sampai macam biasa customer pertama jugaklah. Sebut aje nama dan bagi resit bayaran terus naik ke tingkat 2 dimana letaknya ruang untuk bodyspa. Aku ambik private room bersama adik aku Afifa. Korang bayangkanlah termasuk potong,cuci dan creambath untuk 3 orang dan + body spa untuk diri aku hanya 445 ribu rp aje. Memang berbaloi-baloilah kan, so siapa yang tak ambik peluang ini memang rugi sangat. Aku ambik pakej body spa termasuk mandi susu + garam bukit,sauna, scrub susu,scrub kopi dan lulur strawberi. Masa dia urut masyaAllah sedapnya, hilang terus rasa letih dan sakit-sakit badan. Dalam jam 10.30 pagi barulah siap sepenuhnya. Fuhhh memang terbaiklah.


Private room untuk aku dan adik aku.


Sauna.
 Duduk dalam ni selama 45 minit, keluar je berpeluh-peluh tapi badan ringan yang amat.


Sampai Guesthouse terus bersiap untuk ke tempat borong anyaman pula. Sebenarnya anyaman-anyaman ini telah di book terlebih dahulu sebelum datang ambik. Ada macam-macam design so kali ini papa yang pilih design yang dia nak. Alhamdulillah akhirnya hajat papa termakbul juga untuk beli cenderamata yang diidamkan telah terlaksana. Kami order 250 biji anyaman sebab dalam 1 plastik terdapat 3 anyaman yang berbeza, so agak jimat koslah beli 1 dapat 3 jenis hehehe. Selepas siap packing, ambik ko 2 guni besar kena angkut bawa balik Guesthouse. Memanglah dari tempat anyaman ni ke guesthouse kami dalam 5 minit je tapi memandangkan 2 guni besar, papa suruh aku naik beca sambil bawa 2 guni tersebut. Lalalalala. Kos naik beca baru 15 ribu rp je bersamaan Rm4.70 tak sampai hati lak aku nak bagi 10 ribu rp aje. Kalau ikutkan boleh aje bab naik beca tak sampai pun 3 minit tapi kesian punya pasal aku bagi jelah.



Inilah beca yang aku naik tu..Best angin sepoi-sepoi gitu


Banyak gilerkan anyaman yang ada kat sini .. hehehe just pilih aje yang mana berkenan





Sempat lagi tu, atas beca pun nak posing Hahahaha


Ecehh...gaya manjalah konon ^_____^


Jam 12.00pm kami semua menunggu angkut yang disewa kakak mertuaku datang ambil kami di guesthouse untuk ke Cibaduyut. Cibaduyut adalah tempat dimana terdapat banyak barang-barang kulit seperti beg, dompet,kasut,tali pinggang dan macam-macam lagi. Tapi disini kena pandai tawar harga yer. Kami ke sini dengan misi mencari beg galas dan dompet untuk ayahngah aku, My love, papa dan diriku sendiri. Akhirnya misi berjaya dimana aku, My love dan papa dapat dompet sekali boleh letak passport. Yeayyy bestnya. Kat sini aku siap suruh dia bakar-bakar lagi kalau betul kulit. Sebelum bayar harus puas hati dulu kan. Eh lupa dekat sinilah aku paw papa aku kasut lagi sepasang HAHAHA. Bengang je adik-beradik ku.





Beginilah keadaan kami dalam angkut. Sementara menanti sampai tempat yang dituju, kami berborak-borak sambil gelak-gelak hehehe. Manisnya memori ini. Sebab itulah rupanya ma dan pa suka bercuti sekurang-kurangnya setahun sekali semua anak-anaknya berkumpul.


Jam 3.00pm, selepas penat bershopping, kami makan nasi masakan Pariaman Padang. Disini lauk-pauk kurang enak berbanding tempat-tempat makan sebelum ni, malah mahal giler pulak tu. 2 orang makan pun dh kena 100 ribu rp bersamaan Rm32.00





Masakan Pariaman boleh pilih sama ada nak dihidangkan di atas meja atau g pilih sendiri lauk di tempatnya. Macam kami pilih sendiri, malas nak dia hidang buatnya sentuh semua kopak bayar semua laun yang disentuh. Bukan sikit sekali hidang mahu dekat 10 jenis lauk.


4.00pm lepas selesai makan terus tahan angkut untuk ke alun-alun Perjalanan ke alun-alun dari cibaduyut mengambil masa 40 minit . Disini shopping dalam shopping complex tapi harganya murah sikitlah dari biasa dan bersebelahan luar shopping complex itu pulak terdapat gerai jualan seperti di Chow Kit. Macam-macam barangan yang dijual dengan harga yang sangat murah berbanding Malaysia tapi macam aku cakap sebelum ni lah kena pandai tawar menawar yer. Di sini Kak kema beli sandal dalam Rm50 ribu rp je maknanya Rm16.00 je. Ada setengah tu jual sampai 100 ribu rp melampau kot mentang-mentang tengok orang asing.



Disini Perayaan Krismas disambut secara besar-besaran



Inilah Shopping Complex di Alun-alun dan gerai berwarna biru tulah gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis barang.


Aiii My love pakai Sandal baru..beli kat Donatello semalam.

Di alun-alun kami terpaksa berteduh di tepi shopping complex selama setengah jam sebab hujan lebat. Sekarang ni memang musim hujan ye di Indonesia. Siapa nak sewa payung pun boleh macam orang-orang yang pegang payung ni, sabar menanti customer. Sini macam-macam kerja pun boleh, janji buat duit hehehe. Dekat sini aku hanya beli casing baru untuk Blackberryku dengan harga 20 ribu rp je bersamaan Rm6.30. Menyesal betul aku tak beli bermacam-macam color almaklumlah murahkan. Dekat Malaysia casing sebijik macam aku beli ni RM20.00 satu. Dalam shopping complex King kami banyak shopping baju dan tudung bab boleh tawar-tawar harga hehe. Sebelum nak beli tu sila convertkan dulu ke duit kita. Kalau lebih kurang,  baik tak yah beli tapi kalau murah sapu jelah.









Dalam 5.00pm kami beransur pulang tapi bukan terus ke guesthouse. Petang ni misi mencari kotak untuk dibeli iyelah berapa guni kat rumah tu nak di packingnya, takkan nak bawa macam tu aje dengan guni hehehe. Sini kotak di panggil GARDUS. 1 gardus 5 ribu rp bersamaan Rm1.60 je.


8.00 malam, mula keluar mencari makan malam. Kali ni kami tak kuar jauh hanya tepi-tepi guesthouse je yang penting Halal. Aku sebelum beli memang tanya dulu tak main redah je. Malam ni kami cuba nasi goreng special dan nasi uduk. Nasi uduk ni macam nasi lemaklah lebih kurang tapi memang sodapppp. Harganya sebungkus 18ribu rp bersamaan RM5.60



Nasi goreng special + telur


Nasi Uduk

Oh yer kalau nak beli shampoo,ubat gigi atau apa-apa baik beli di kedai macam 7eleven kita. Dekat sana ada Mart dan macam-macam lagi di buka 24 jam. Harganya jauh lebih murah dari kedai runcit dan kalau ada promosi lagi kita untung.


ZzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZzzzzzzzzzz

Sambung Bandung Hari ke 5 esok yer...

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in