Hari ni lagi aku bersemangat waja bila bangun tidur iyelah nak g wat bodyspa kan hehe. Aku ke Saloon semalam balik jam 7.00 pagi dan bila sampai macam biasa customer pertama jugaklah. Sebut aje nama dan bagi resit bayaran terus naik ke tingkat 2 dimana letaknya ruang untuk bodyspa. Aku ambik private room bersama adik aku Afifa. Korang bayangkanlah termasuk potong,cuci dan creambath untuk 3 orang dan + body spa untuk diri aku hanya 445 ribu rp aje. Memang berbaloi-baloilah kan, so siapa yang tak ambik peluang ini memang rugi sangat. Aku ambik pakej body spa termasuk mandi susu + garam bukit,sauna, scrub susu,scrub kopi dan lulur strawberi. Masa dia urut masyaAllah sedapnya, hilang terus rasa letih dan sakit-sakit badan. Dalam jam 10.30 pagi barulah siap sepenuhnya. Fuhhh memang terbaiklah.
Private room untuk aku dan adik aku.
Sauna.
Duduk dalam ni selama 45 minit, keluar je berpeluh-peluh tapi badan ringan yang amat.
Sampai Guesthouse terus bersiap untuk ke tempat borong anyaman pula. Sebenarnya anyaman-anyaman ini telah di book terlebih dahulu sebelum datang ambik. Ada macam-macam design so kali ini papa yang pilih design yang dia nak. Alhamdulillah akhirnya hajat papa termakbul juga untuk beli cenderamata yang diidamkan telah terlaksana. Kami order 250 biji anyaman sebab dalam 1 plastik terdapat 3 anyaman yang berbeza, so agak jimat koslah beli 1 dapat 3 jenis hehehe. Selepas siap packing, ambik ko 2 guni besar kena angkut bawa balik Guesthouse. Memanglah dari tempat anyaman ni ke guesthouse kami dalam 5 minit je tapi memandangkan 2 guni besar, papa suruh aku naik beca sambil bawa 2 guni tersebut. Lalalalala. Kos naik beca baru 15 ribu rp je bersamaan Rm4.70 tak sampai hati lak aku nak bagi 10 ribu rp aje. Kalau ikutkan boleh aje bab naik beca tak sampai pun 3 minit tapi kesian punya pasal aku bagi jelah.
Inilah beca yang aku naik tu..Best angin sepoi-sepoi gitu
Banyak gilerkan anyaman yang ada kat sini .. hehehe just pilih aje yang mana berkenan
Sempat lagi tu, atas beca pun nak posing Hahahaha
Ecehh...gaya manjalah konon ^_____^
Jam 12.00pm kami semua menunggu angkut yang disewa kakak mertuaku datang ambil kami di guesthouse untuk ke Cibaduyut. Cibaduyut adalah tempat dimana terdapat banyak barang-barang kulit seperti beg, dompet,kasut,tali pinggang dan macam-macam lagi. Tapi disini kena pandai tawar harga yer. Kami ke sini dengan misi mencari beg galas dan dompet untuk ayahngah aku, My love, papa dan diriku sendiri. Akhirnya misi berjaya dimana aku, My love dan papa dapat dompet sekali boleh letak passport. Yeayyy bestnya. Kat sini aku siap suruh dia bakar-bakar lagi kalau betul kulit. Sebelum bayar harus puas hati dulu kan. Eh lupa dekat sinilah aku paw papa aku kasut lagi sepasang HAHAHA. Bengang je adik-beradik ku.
Beginilah keadaan kami dalam angkut. Sementara menanti sampai tempat yang dituju, kami berborak-borak sambil gelak-gelak hehehe. Manisnya memori ini. Sebab itulah rupanya ma dan pa suka bercuti sekurang-kurangnya setahun sekali semua anak-anaknya berkumpul.
Jam 3.00pm, selepas penat bershopping, kami makan nasi masakan Pariaman Padang. Disini lauk-pauk kurang enak berbanding tempat-tempat makan sebelum ni, malah mahal giler pulak tu. 2 orang makan pun dh kena 100 ribu rp bersamaan Rm32.00
Masakan Pariaman boleh pilih sama ada nak dihidangkan di atas meja atau g pilih sendiri lauk di tempatnya. Macam kami pilih sendiri, malas nak dia hidang buatnya sentuh semua kopak bayar semua laun yang disentuh. Bukan sikit sekali hidang mahu dekat 10 jenis lauk.
4.00pm lepas selesai makan terus tahan angkut untuk ke alun-alun Perjalanan ke alun-alun dari cibaduyut mengambil masa 40 minit . Disini shopping dalam shopping complex tapi harganya murah sikitlah dari biasa dan bersebelahan luar shopping complex itu pulak terdapat gerai jualan seperti di Chow Kit. Macam-macam barangan yang dijual dengan harga yang sangat murah berbanding Malaysia tapi macam aku cakap sebelum ni lah kena pandai tawar menawar yer. Di sini Kak kema beli sandal dalam Rm50 ribu rp je maknanya Rm16.00 je. Ada setengah tu jual sampai 100 ribu rp melampau kot mentang-mentang tengok orang asing.
Disini Perayaan Krismas disambut secara besar-besaran
Inilah Shopping Complex di Alun-alun dan gerai berwarna biru tulah gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis barang.
Aiii My love pakai Sandal baru..beli kat Donatello semalam.
Di alun-alun kami terpaksa berteduh di tepi shopping complex selama setengah jam sebab hujan lebat. Sekarang ni memang musim hujan ye di Indonesia. Siapa nak sewa payung pun boleh macam orang-orang yang pegang payung ni, sabar menanti customer. Sini macam-macam kerja pun boleh, janji buat duit hehehe. Dekat sini aku hanya beli casing baru untuk Blackberryku dengan harga 20 ribu rp je bersamaan Rm6.30. Menyesal betul aku tak beli bermacam-macam color almaklumlah murahkan. Dekat Malaysia casing sebijik macam aku beli ni RM20.00 satu. Dalam shopping complex King kami banyak shopping baju dan tudung bab boleh tawar-tawar harga hehe. Sebelum nak beli tu sila convertkan dulu ke duit kita. Kalau lebih kurang, baik tak yah beli tapi kalau murah sapu jelah.
Dalam 5.00pm kami beransur pulang tapi bukan terus ke guesthouse. Petang ni misi mencari kotak untuk dibeli iyelah berapa guni kat rumah tu nak di packingnya, takkan nak bawa macam tu aje dengan guni hehehe. Sini kotak di panggil GARDUS. 1 gardus 5 ribu rp bersamaan Rm1.60 je.
8.00 malam, mula keluar mencari makan malam. Kali ni kami tak kuar jauh hanya tepi-tepi guesthouse je yang penting Halal. Aku sebelum beli memang tanya dulu tak main redah je. Malam ni kami cuba nasi goreng special dan nasi uduk. Nasi uduk ni macam nasi lemaklah lebih kurang tapi memang sodapppp. Harganya sebungkus 18ribu rp bersamaan RM5.60
Nasi goreng special + telur
Nasi Uduk
Oh yer kalau nak beli shampoo,ubat gigi atau apa-apa baik beli di kedai macam 7eleven kita. Dekat sana ada Mart dan macam-macam lagi di buka 24 jam. Harganya jauh lebih murah dari kedai runcit dan kalau ada promosi lagi kita untung.
ZzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZzzzzzzzzzz
Sambung Bandung Hari ke 5 esok yer...
0 Orang Sayangkan Cik Nurul:
Catat Ulasan
♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥