Khamis, 16 Mei 2013

HASIL TANGAN PERTAMA CNP

Assalamualaikum,

Best sangat-sangat dan kepuasan tu sangat-sangat tak terucap bila mana kain yang dipotong mengikut size badan kita sendiri dan yang penting UNTUK DIRI SENDIRI INI juga terhasil dengan jayanya. Tq mama mertuaku sebab sudi bagi tunjuk ajar. Aku memang minat bab-bab jahit menjahit ni cuma kekangan waktu je yang tak dapat nak mencelah untuk belajar.

Akhirnya baju kurung cotton polkadot telah selamat dirasmikan pada Isnin baru ni. Alhamdulillah semalam sempat juga aku habiskan memotongkan kain jenis satin pula. Wahhh sangat-sangat mendebarkan potong kain jenis licin ni rasa macam nak campak aje tapi berkat kessbaran akhirnya siap jugak. Tunggu sabtu atau ahad ni nak jahit. Now misi seminggu sepasang baju kurung hahahahaha. Kita nantikan yer misi menjadi ke tak bak kata mama aku.


 
 
Minggu ni nak kena susun balik jadual kerjaku supaya aku tak terkejar sana-sini huhu... Minggu depan dah cuti sekolah kan so belum comfirm lagi mana nak g bercuti memandangkan nenek dan atuk dari Terengganu akan terbang ke KL minggu depan so kita tengok jelah nanti mana nak gi bawa adik bongsuku jalan-jalan.
 

2 ulasan:

  1. Waahh...sis pandai jahit ker? Teena x reti jahit pun..

    BalasPadam
  2. @Teena Tna

    belum teror sepenuhnya lagi dear hahaha...

    BalasPadam

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in