Semalam hari Ibu bukan?? Tapi aku belum berkesempatan untuk untuk keluar dengan ma dan mama mertuaku tapi aku dah call untuk WISH !!. Dua-dua orang mama ni sangat-sangatlah busy. InsyaAllah Jumaat or Sabtu ni akan ku tunaikan. Mama mertua awal-awal lagi dah bagitahu hadiah Birthday dan Hari Ibu dia tak nak aku beli dari sini dia nak dari sinunnnnnn, kebetulan birthday mama 2 hari sebelum Hari Ibu. Oklah wahai mama mertuaku, menantu mu yang comel lagi sweet ni akan tunaikan yer.
Ucapanku :
Selamat Hari Ibu buat Ma dan Mama mertuaku. Semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan berjaya didunia dan akhirat. Dari kecil sampai besar bila orang tanya siapa kawan karibku pasti nama NORIZAN BT MAMAT akan ku jawab sebab ma lah pendengar yang setia baik gembira or sedih dan ma juga pengkritik tetap untuk aku berjaya. To Mama mertuaku terima kasih kerana menyayangiku walaupun aku agak nakal hehehe. Aku berharap Allah berikan aku rezeki untuk aku pula merasakan kenikmatan menyambut hari ibu seperti ibu-ibu yang lain aaminnn. Ma dan Mama insyaAllah ada rezeki kak yu belanja ma dan mama ke Mekah yer..Doakan yer. aaminnnnn.
p/s : Semenjak dua menjak ni aku selalu menerima email bertanyakan total harga setiap kali aku pergi holiday. Oleh kerana itu next holiday selepas ini akan aku berikan lagi detail-detailnya yer. Tq sebab sudi singgah dan email padaku. Aku hargai sangat-sangat dan aku janji aku akan balas setiap kiriman email korang semua.
Selamat hari ibu kpd semua ibu2 di dunia...
BalasPadam