Rabu, 31 Julai 2013

BERIFTAR DI RUMAH FAMILYKU

Assalamualaikum,

Alhamdulillah acara tahunan yang selalu family aku  adakan setiap kali Ramadhan menjelma ialah Iftar bersama keluarga yang " perantauan " di Kuala Lumpur. Hehehe.

Tahun ini menu ringkas je iaitu Nasi putih, Sup tulang dan sambal belacan disediakan oleh mama dan papa ku cuma aku tolong potong bahan je. Kentang goring ikan bilis tempe disediakan oleh mama mertuaku. Cuma untuk kali ini Cheff Ifa ( adik ku ) dengan rela hatinya menyediakan santapan yang mendapat permintaan ramai iaitu Chicken chop black paper. Fuhh ingatkan mula berbuka ramai akan makan nasi dulu rupanya sangkaan aku meleset, chicken chop dulu yang dihabiskan. Oh sebelum berbuka diadakan sekali majlis tahlil di ketuai oleh abg Roffi.

Selesai solat Magrib barulah mereka semua menjamu selera dengan makan nasi pulak. Wahhh budak-budak bukan main best lagi boleh lari sana sini kat luar tu.



Boleh dikatakan semua ahli keluarga, sepupu, anak saudara yang tinggal di Kl ni datang masa majlis Iftar di rumah papaku. Ini bahagian kaum adam.

 
Ini pulak bahagian kaum hawa. Apa lagi bila dah jumpa kaum kerabat, gossip sana sinilah dan kebetulan album masa holiday di London dan Paris papa dah siapkan, macam-macam ceritalah keluar sambil tengok album tu. Lepas ni ada rombongan Cik Kiahlah ke London yer hehehe.


Makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah dan ditambahkan dengan tetamu yang datang membawa jaudah masing-masing memang penuh 1 mejaaaaa.


Nampak Chicken Chop di setiap pinggan tu???? Licin koooo semua makan hehehe. Alhamdulillah


Macam-maca ragam comel ada masa ni. Dengan Amani ( anak sepupu aku ) buat drama kononya air dalam botol dia tak sedap siap baling lagi botol tu kat ibu dia dan terus g ambik botol air anak sepupuku lagi sorang tanpa rasa bersalah terus minum macam dalam botol tu ada air oren pulak yer... padahal air samaaaa je iaitu air masak ok. Botol je lain sebab ada gambar kartun tu yang dia jadi minat lebih kot...




Inilah Si Amani tuuuu. Kebetulan tarikh lahirnya sama dengan aku dan dia panggil aku Mummy Yu dan My love Daddy Fendi...

 
Adik aku yang bongsu ni kalau nak ambik gambar mesti buat muka pelik-pelik nasiblah geng dia Si Fathini tak ada sebab study di Terengganu. Yang belakang tu adik iparku ok. Nantilah aku kenalkan orang baru dalam familyku ok...

 
Budak Autaaaa lebihhhh, tapi aku kalau setiap kali jumpa memang gomol dulu budak ni hehehe sebab geram.


Tepat jam 12 malam barulah rumah kembali kosong huhuhu. Thank you semua yang sudi dating ok. Kepada Long itulah mama aku dah bagi chicken chop tu bawa balik hehehe tapi ko tak nak kang dah menyesal hehehehe. Setiap keluarga yang pulang memang dibekalkan lauk yang sama masa berbuka untuk bersahur pulak. hehehe..

Isnin, 29 Julai 2013

BERBUKA DI HOTEL GRAND MILLENIUM

Assalamualaikum,

Citer minggu lepas, siapa yang follow Instagram dan Facebook aku mesti dah tahu awal sebab digerbangkan disana dulu hehehe.

Alhamdulillah Ulangtahun ke 5 kami habiskan masa berdua sambil berbuka di Hotel Grand Millenium di sebelah Pavillion. Sebenarnya bagus jugak berbuka dekat sini lepas berbuka terus cabut ke ke Pavillion untuk shopping sikittttt.

Maaf yer gambar makanan diwaktu-waktu begini hehehe.. Jangan marah yerrr. Nak tahu harga berbuka sini berapa sekepala boleh google sendiri eh. Tapi memang berbaloi-baloi ok dengan makanan yang disediakan. Aku rasa hidangan kambing golek paling besar di hotel ni berbanding banyak-banyak hotel yang aku pernah pergi.








 
Nasi seciput tapi lauk memang aku ambik banyak hehehe.




 
Alhamdulillah, akhirnya handbag idaman dalam genggaman. TQ My Love.. tapi sebenarnya dia beli di London bulan lepas.


Tq pada yang sudi wish. Doa korang amat bermakna buat aku dan hubby...


Khamis, 25 Julai 2013

ANNIVERSARY 5 TAHUN

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ini genaplah 5 tahun kami menjadi pasangan suami isteri yang HALAL hehehe. Macam tak percaya je dah masuk 5 tahun sebab rasa baru semalam je diijabkabul sebagai isteri kepada Zeli Effendi.

Walaupun dalam masa 5 tahun ini kami belum dikurniakan zuriat tapi kehidupan kami tetap ceria. Tq My love sebab memahami malah tidak pernah mengeluarkan kenyataan " Anak " kepada aku tapi orang sekeliling pula yang sentiasa bertanya. Terima kasih atas doa kalian untuk kami cepat mendapat zuriat TAPI aku juga mempunyai perasaan sedih setiap kali perkara itu dibangkitkan. Aku bukan sesiapa hanya makhluk Allah dan segalanya juga aku berserah padanya. Moga-moga tahun ini kami mendapat khabar gembira dariNya Aaminn.


Tahun ini sangat-sangat bermakna buat diriku dan My love sebab kami di beri rezeki untuk menjejakkan kaki ke Kota Percintaan (Paris ) dan Kota Shopping (London) serta ke Moscow ( lain entry aku cerita yer ) Terima kasih sangat-sangat buat My love sebab sudi bawa isterimu yang cute ini ke sana walaupun dipercepatkan sebulan awal dari tarikh sebenar. Ini disebabkan kami terus ke Konvokesyen adik lelakiku di Moscow. Destinasi angan-angan ketika kecil telah menjadi kenyataan Alhamdulillah Ya Allah.

So seperti tahun-tahun lepas kami menyambut Anniversary kami dengan melancong berdua tapi disebabkan tahun ini jatuh dalam Bulan Ramadhan dan dah honeymoon bulan lepas, so kami berbuka puasa berdua sahaja di tempat belum diberitahu oleh My love ( konon-konon nak buat kejutan lah tuuuu )

Moga-moga My love bagi hadiah yang aku minat dan sukalah jangan beri hadiah aku tak suka dan tak minat sudahlahhhh... hehehehe.

To My Love ,

Terima kasih kerana menjadi Imam saya selama 5 tahun ini dan terima kasih kerana menjaga dan melayan kerenah saya selama 5 tahun ini jugak. Terima kasih sebab sudi jaga kedua ibubapa saya seperti mana awak jaga mama awak.  Saya sayang awak sampai ke Jannah Aaminn. Hehehehe nak request hadiah Handbag boleh???? wakakakaakaka...

Tengah pening ni nak belikan hadiah Anniversary untuk My love apa? hurmmmm nanti difikirkan yer... ada idea???

Oklah byeeee tak sabar nak tunggu habis kerja dan berbuka puasa with My Love...



Rabu, 24 Julai 2013

WAJAH JADI KUSAM

Assalamualaikum,

Huwawwwww nak menangis 44 hari sebab wajah kita dah teruk sejak balik dari Moscow sebulan lepas.

Ini sebab ingat shopping memanjang sampai terlupa nak bawa beg peralatan toilet kita. Habis terlupa bawa set pencuci wajah, vitamin dan segala mak nenek berkenaan dalam toilet. Masa perasan tu time nak mandi di Hotel Paris. So selama 2 minggu jugaklah muka ni tersadai tak dicuci koooo.

Dekat Paris dan London boleh tahan lagilah sebab cuaca sejuk tapi agak kering sangat-sangat sebab sana berangin time tu. Tapi masa di Moscow cuaca sangat-sangat PANASSSSSSS sampai kulit wajahku menjadi gelap dan kusam tambahan pulak tak cuci muka lagilah bertambah kusam. Dekat Moscow time panas banyak macam binatang seperti kekatu tu hinggap di wajah kita so lagilah bertambah parah wajahku.

Hehehehe nak minta maaf cerita Paris, London dan Moscow kita lewat update sebab kekangan waktu tambahan pulak bulan Ramadhan lagi bertambah-tambah sibukkkk.

Lepas ni beg barang-barang toilet wajib aku kemaskan dulu sebab tak nak pisang berbuah banyak-banyak kali. Now dalam proses membaikpulih wajah sebelum raya menjelma. Ehemmm setiap hari macam biasa vitamin kesayangan hamba akan di telan dan set pencuci wajah terbaru tengah dicuba untuk tengok keberkesanan produk ni. Kalau ok aku reviewkan tapi kalau tak ok aku tak reviewkan tau.




Wajah masih mulus, glow dan gebu lagi time ni.. Sob..sob..sob..
 
 
p/s : Ehh korang nak tak tutorial makeup cepat, ringkas dan comel di pagi raya? Kalau ramai yang request akan ku gagahkan untuk upload tutorial tu hehehehe.
 
 

Selasa, 16 Julai 2013

HOLIDAY : 1st DAY MALAYSIA - DOHA [PART 1]

Assalamualaikum,

Alhamdulillah walaupun banyak kerja yang nak kena siapkan dalam minggu ni, Entry ni tetap di upload walaupun sikit lewat hehehe. Ok..ok.. jom  aku nak citer pasal percutian aku sekeluarga selama 2 minggu. Lepas ni muntah pink lah korang sebulan entry pasal percutian ni hahaha.

Tarikh 18/6/2013 adalah tarikh keramat bagi aku dan keluarga tunggu selama ini. Percutian kali ini hanya 4 orang sahaja terlibat disebabkan adik-adikku yang lain ada kelas so selamat tinggallah kalian hehehe. Nasib aku cuti pada hari ni walaupun flight kami jam 9 malam tapi jam 3.30 petang kami telah cabut ke KLIA.

Kami ke Klia menaiki ERL Express tapi dari rumah ke Kl Sentral, Suami kakak sepupuku yang tolong hantarkan Tq Abg lan !!



Masa nak beli tiket ERL, papa dan suamiku menggagau cari duit sebab terlupa nak bawa duit RM hahaha mentang-mentanglah nak pergi UK terus terlupa duit Ringgit Malaysia kooo... Tak patutnya hehe. Tapi akhirnya jumpa jugak setelah korek punya koret walet masing-masing ^___^


Dalam Train Erl...Senyum lebar mama i tau sebab misi kami sama je hehehe... Nak tahu misi apa kena tunggu sampai ceita percutian ni habis dululah :) 





 Inilah tiket ERL ke KLIA, kami ambik yang Express punya so harga tiket Rm35.00 seorang x 2 orang iaitu suamiku. So total Rm70.00. Perjalanan mengambil masa 28 minit sahaja.




Dekat-dekat nak jam 5 petang kami tiba di KLIA tapi tak boleh check in lagi kaunter belum dibuka. Kebetulan beg mama i tu sama color dengan set beg beranak kami. Mama dapat beg tu sebab Airasia bagi kepada pemegang Kad Kreditnya.


Mama sudah berkobar-kobar untuk perjalanan jauh hehehe..




Haruslah anaknya yang comel ini join sekaki.. Eh muka kami sama ke??


Ya Allah sedapnya aku tengok nasi lemak ni dah lah buat entry ni waktu tengahari Bulan Ramadhan... silap timelah huhu.


Memandangkan masa keluar rumah tadi aku tak makan apa-apa pun sebab teruja nak g holiday kan so masa kat KLIA perut aku minta di isi so apa lagi singgah Old Town dalam KLIA ni order nasi lemak gambar atas ni tanpa rasa bersalah. 4 orang makan dan minum kena RM57.60


Yeayyy kaunter check in dah buka pada jam 6.10pm... terus berdesuppp aku dan suami beratur untuk check in. Siapa yang dah check in kat website boleh g ke kaunter drop beg je tak yah susah-susah nak beratur panjang bagai. Alhamdulillah dapat staff kaunter yang peramah dan bagi seat sederet kami ber 4 dan siap ucap selamat jalan kat kami.  Kitaorang naik kelas Ekonomi je tapi pada yang sesiapa naik kelas Business depan kaunter check in pun dibentangnya karpet... dari beli tiket bisness baik duit tu aku buat shopping wakakakaka.

6.30pm kami sempat solat asar kebetulan lagi sejam Magrib so kitaorang tunggu sebab nak jamak terus dengan Isyak.


Tiket ni dibeli pada bulan Mac 2013 dengan harga RM2883.00 pergi balik. Passport pula reniew pada bulan Mei baru ni so ke Rm300 sebab aku buat 5 tahun punya terus senang kerja aku... tiket kami tak dapat beli MAS punya sebab dia tak ada untuk waktu balik ke Malaysia dari Moscow.

8.00pm kami naik train ke platform seterusnya untuk penerbangan Antarabangsa. Aku ingatkan macam LCCT selepas check kastam dah boleh beli air bagai sementara nak tunggu flight kan so aku belilah air ribena konon-konon nak minum dalam flight nanti tapi akhirnya aku kena habiskan dekat pemeriksaan Kastam tu jugak sebab diaorang akan scan lagi sekali sebelum masuk ke dalam flight huh alohhh nasik dan minum kalau buang menangis aku.



Jam 9.20pm kami sekeluarga diterbang oleh flight Qatar Airways. Giler besar flight kami naik ni siap ada seat VVIP ditempatkan khas betul-betul dibelakang pilot punya area.

Baru je dapat seat terus diberinya tisu basah dan gula-gula sebelum penerbangan. Maybe sebab tak nak bagi telinga sakit kot masa nak terbang tu. Serius besar seat dia walaupun kelas Ekonomi, patutlah ada member-member baru balik umrah bagitahu diaorang lagi suka naik Qatar dari Emirates. Hahahaha aku pulak yang teringin nak naik Emirates tapi melepass...


Barang-barang seperti earphone, blanket, bantal dan toilet kit pun diberikan kepada setiap penumpang. Aku siap bawa balik blanket dia dan kumpul toilet kit banyak-banyak sebab cute sangat-sangat. hahaha. Selamber je sebab ada orang kulit hitam lagi selamber siap balut badan dia dengan blanket tu dan terus turun flight.


Inilah entertaiment kami selama 6 jam setengah dalam flight ini. Sepanjang perjalanan tengok movie memang tak dan habis dah lelap lepas terjaga tengok movie lain then terlelap lagi sehinggalah sampai di Doha.


Inilah toilet kit yang aku cakap comel tu. Pergi balik naik flight ni dalam 10 beg aku dapat hehehe.



Inilah barang-barang yang terkandung dalam toilet kit tersebut. Ada berus gigi, stokin, penyumbat telinga dan penutup mata untuk tidur.


Masa ni sakan duk tengok apa isi dalam toilet kit tu hahaha.


En Fendi, awak ada ambik sekalikan bantal ni??? walaupun kecil tapi sedap dan gebu ko bantal Qatar...


Mama dan papa duduk sebaris dengan kitaorang juga . Seat dalam flight ni 3+3+3 tapi sebelah mama tiada orang dan sebelah aku pun tiada orang.


En Fendi dah mengadap movie tak dilayan sekeliling kecuali bila pramugari datang je hehehehe.


Pemandangan dalam flight Qatar . Depan selepas didnding tu adalah VIP dan depan VIP barulah VVIP.


Masa ni mata semua dah segan-segan nak buka almaklumlah selalu tidur awalkan hahaha.


Bosan punya pasal aku main game jelah.. habis semua game aku main last-last tertidur.


Sila offkan handphone yer Encik..


Layannnnn movieee


Sepanajng perjalanan jauh ni aku dan mama memang beli stokin khas untuk tak nak bagi kaki sembab. Yang ni aku beli kat guardian RM80.00 dapat 2 pasang. Memang serius kaki aku tak sembab dan kaki pun tak sakit snagat kalau banyak berjalan.



Yeayyyyy kami dah tidur... Jam 11.00pm aku tertidur dan terjaga jam 1.00am. Masa terjaga tu pramugari tengah bagi air jus kepada penumpang yang belum tidur.


Makanan disediakan bersama menu. Hebat macam dekat restoran lah pulak. Yang bestnya walaupun kami tidur nyenyak sekali tapi time makan je mesti terjaga sebab tak tahan bau aroma makanannya hehhe.



Inilah menunya...


Taraaaaa inilah pilihan aku. Serius sedappppp tambah-tambah roti dan butter dia fuhhh rasa nak mintak seguni kot.. Jangan risau, makanan diberi selepas setengah jam flight berlepas.


Chicken sandwish dan biskut diberikan kepada penumpang  satu jam setengah  sebelum sampai Doha. Chicken sandwish dia paling sedappppppp.


Eh dah bangun kembali dan tengok movie..aku pulak layan Home Alone..


Memang kenyanglah duduk dalam flight ni. Diet dah entah kemanalah masa ni hehehe. Kerana terlampau sejuk dalam flight aku selsema + batuk dan bersin je. Kalau aku penat duduk, aku bangun dan ronda-ronda sekaitar flight ni.



Memandangkan seat sebelah aku tak der orang so aku buat katil dapatlah tidur nyenyak macam dekat rumah wakakaka.



Selama perjalanan aku selalu tengok screen ni untuk tahu bila sampai, suhu dan waktu destinasi di tuju. Perbezaan waktu Malaysia dan Doha ialah 5 jam dan suhu pada masa ni iaitu jam 12 malam waktu Doha ialah 32'c huhu panas ooo . Suhu macam tu kat Malaysia waktu tengahari je.



Jam 11.30malam waktu Doha kami selamat sampai. Turun je dari flight ada bus panjang datang jemput semua penumpang untuk dibawa ke Tempat transit. Kalau kelas Bisness, kereta mewah akan datang jemput.

Bajet yang telah dibayar :

Tiket Kapal Terbang Qatar pergi balik : RM2883.00
( M'sia - Doha - Paris &  Moscow - Doha - Malaysia )

Bajet Hari Pertama :

Makan di Klia ( Old Town ) untuk 4 orang  : RM57.30

Total : RM57.30

Jumpa di entry yang seterusnya yer. Doha ke Paris...............


Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in