Bersambung kembali cerita holiday ke Paris...
Hari Kedua..
Setelah selamat sampai di Airport Doha untuk transit selama 3 jam sebelum meneruskan perjalanan ke Paris. Fuhhh kastam Doha sangat-sangat tegas !! Beg, tali pinggang, kasut semua kena buka. Ada seorang pegawai kastam tegur aku dengan dialek bahasa Malaysia
" Selamat Malam " aku pun balaslah balik dengan senyuman.. kang dia tak lepas aku habislahhh keras kejung dekat situ wakakka.
Ruangan Duty Free..rambang mata oooo.
Siap ada mak arab dekat situ tengah buat kira-kira nak beli kereta ni hehehe. Tak heran pun sini bersepah kereta jenis ni kat Doha.
Furla.. Salah satu handbag dalam list hehehe. Alhamdulillah dapat juga seketul untuk koleksi jenama Furla. beli yang kecik je tak ambik yang besar pun hehe..
Frustttt sebab handbag yang aku nak dah sold outttttt !!!! Arghhhhh
Perfume orang Arab.. serius Wangi. selagi baju tu tak dicuci selagi itulah wangiannya akan kekal.
Bahagian coklat.
Mama tengah pening dan rambang mata hahahaha.
Setelah selesai dengan Kastam, kami terus ke Duty Free untuk tengok-tengok barang untuk dishopping tapi frustnyaaaa sebab harganya mengalahkan di Malaysia.. Terus tak jadi nak shopping sini sebab macam tak berbaloi tapi ada je shopping sikit-sikit untuk diri saya. Walaupun harganya agak mahal tapi ramai je yang borong barang itu dan ini.
Dari pemeriksaan Kastam menuju ke Gate 34 untuk transit 3 jam perlu berjalan selama 20 minit. Masa ni nasib mata dah cerah banyak sebab usha handbag dan perfume serta barang-barang lain dekat ruangan duty free kannnnnnn. hehehe
Masa kami sampai di Airport Doha ni, ramai juga orang-orang yang sedang menunggu flight seterusnya ke negara masing-masing sebab kebanyakkan mereka dari Mekah menunaikan umrah juga transit di Doha. Waktu ni tempat duduk memang full, jadinya duduk ajelah di lantai daripada berdiri selama 3 jam hahaha.
Jam 12.45am , kaunter check in Gate 34 dibuka untuk ke Paris. Aku dan family jadi orang pertama check in almaklumlah aku dah susun beg siap-siap dikaunter. So bila kaunter buka terus je menapak ke barisan beg tadi hahaha.
Beratur sekali lagi untuk check passport sebelum manaiki bas.
Pada jam 1.30am ada bus jemput kami untuk dihantar ke flight yang akan kami naik. Dekat Airport Doha , penumpang tidak dibenarkan berjalan di landasan kapal terbang seperti Airasia untuk menaiki flight. Nasib papa n mama sempat dapat tempat duduk dalam bus ni. Kesian jugaklah kalau kena berdiri dan berhimpit dengan orang ramai.
Yang paling malu masa aku cari remote tv, rupanya flight kali ni tempat simpanan remote ditempat letak tangan disisi. Cehhhh. Masa flight dari Malaysia dia letak di bawah screen tv.
Jam 2.10am flight berlepas ke Paris dengan sebuah senyuman dan mimpi-mimpi indah dari aku hahahaha. Kali ni flight agak kecil sedikit berbanding masa dari KL - Doha. Seat 2 + 4 + 2
Waktu ni mengantuk tak payah cakaplah memang tersangat-sangat mengantuk.
Sejam selepas flight berlepas barulah makanan dihidangkan. Waktu ni aku dah tertidur tapi dek kerana aroma hot sandwich tu terus aku terjaga. Memang sedap giler. Qatar hidangkan Hot sandwich, shortbread dan jus oren. Nampak remote tu?? hah itu penangan sebelum tidur tengok movie last-last bila sedar movie dah habis hahaha.
2 jam sebelum flight mendarat, kami dihidangkan sekali lagi makanan dan yang pasti dalam flight ni kami tidak kebuluran haahaha. sentiasa kenyang jeeee.
Perjalanan kami melalui negara-negara ini sebelum sampai Paris.
Waktu ni aku tak pasti jam berapa tapi masa aku terjaga tu, ada mamat mat saleh buka tingkap tepi dia dan cahaya matahari memancar !! terus aku jerit secara perlahan yeayyyyy dah siang kejap lagi sampai Paris.. dalam 5 jam jugaklah aku tertidur balik selepas makan hot sandwich.
7.45am flight mendarat dengan selamat di bumi Paris !!!! Masa ni suhu dalam 17'c dan agak sejuk jugaklah memandangkan cuaca macam mendung dan baru lepas hujan.
Senyum mama bila dah sampai. Hilang penat duduk dalam jam selama 13 jam huhuhu.
Nampak botol air warna biru tu??? Hah itulah botol untuk dibawa ke toilet yer.. negara mat salleh tiada air dalam toilet so sebelum masuk toilet tadah air dulu kat sinki baru masuk toilet. Tisu memang berlambak diaorang sediakan.
Menuju ke ruangan bagas.. Jauh jugaklah dalam 15 minit naik escalator bergerak ni.
Bahasa Perancis Sortie adalah keluar !!!
Nak comfirmkan betul atau tak jalan menuju tempat bagasi tengok pada tiang yang banyak beg-beg ni. Itulah petandanya.. Unik dan kreatif jugak yer diaorang ni. Ok masa ni baru lepas kastam Paris, nasib diaorang tak banyak cerewet. Just sebelum cop passport dia tenung muka aku ni banyak kali nak pastikan hahaha.
Dalam terowong menuju ke tempat bagasi...
Salah terowong habislah salah pintu keluar hahahaha. Tengok berapa banyak terowong dalam Airport Paris ni. Macam dekat angkasa lepas dah aku rasa.
Yeayyy dah sampai tempat bagasi. Kalau nak pastikan lagi tengok tv diatas tu flight dari mana ok.
Selama 1 jam menunggu beg keluar sebab katanya lori bawa beg tayar pancit pulak. Fuhhh menyirap je aku ni buat rugi masa 1 jam duduk dalam ni. Lagi satu beg-beg ni akan melalui terowong bawah tanah untuk sampai kesini selepas di keluarkan dari lori. Kalau flight mendarat ke apa, proses perjalanan beg-beg ini akan terhenti sekejap bagi laluan untuk flight mendarat.
Waktu nak keluar dari airport ni banyak juga sekatan dari pihak kastam mereka yang suka suki menyoal pelancong luar dari negara mereka. Buat je muka macam biasa, kalau dia tanya apa ada dalam beg yang kita bawa sila jawab jujur sebab kalau dia check dan kita tidak bersikap jujur dia akan ambik barang tersebut dan buang dalam tong sampah.
Disebabkan kelewatan bagasi selama 1 jam, adik lelaki aku si Khairul terpaksa menunggu kami pulak, sepatutnya kitaorang yang kena tunggu dia hahaha. Khairul ke Paris dari Moscow untuk berjumpa kitaorang dan jalan-jalan ke Paris dan London sebelum ke Moscow balik sebab kastam di Moscow agak cerewet so dia takut ada apa-apa masalah tu yang dia join kitaorang sekali jalan-jalan dulu.
Jangan sesekali nak pakai yang tiruan yer bila masuk sini hehehe. Sekali kena cekup mati kutu nak membayornyaaa..
Jumpa esok dengan aktiviti seterusnya di Parissss...
Akak prnh transit di colombo sri lanka. Situ pun strict gak..nk scan kena bukak kasut bagai kecuali knk2. Nnti nk try naik qatar lah plak. Emirates ni mhl pastu kedekut nk bg apa2 gift plak tu. Hehegeee. Tp mkn mmg sodap!
BalasPadam@yong ibu chem
BalasPadamtension kak sebab dekat Negara kita tak derlah sampai macam tu punya check kan alik-alik g sana ambik ko semua kena buka. serius kak adik nurul pun cakap Qatar lagi selesa sebab sebelum ni dia asyik naik emirates.