Pejam celik tinggal lagi 3 hari kita berpuasa kan? bermakna lagi 2 malam Ramadhan akan pergi meninggalkan kita Ya Allah serius aku rasa sedih sangat-sangat. Alhamdulillah aku berkesempatan menunaikan solat Tarawikh bersama keluargaku di surau berdekatan rumah.
InsyaAllah Selasa lepas berbuka aku dan My love akan bertolak pulang ke kampung halamanku di Besut Terengganu. Orang lain dah start cuti aku je masih tercongok kat office ni setlekan mana yang tak siap lagi. Hehehe tahun ini TURN TERENGGANU !!! Family aku dah selamat sampai sebab diaorang gerak hari ahad, sedih pulak masa melambai adik-adikku semua. Nak balik kampungggggggggg !!!
Ehhh korang dah tinggal puasa ke?????? InsyaAllah aku puasa penuh tahun ni sebab belum muncul lagi tentera jepunnya hehehe.
Oklah dikesempatan ini aku ingin memohon keampunan sekiranya selama aku berblog ini ada salah dan silap yang aku lakukan tanpa sedar. Halalkan segalanya yer kalau aku ada termakan, terambil semua. Aku manusia yang lemah dan tidak sempurna sepenuhnya.
Selamat Hari Raya.. Semoga Selamat Pergi dan Pulang dengan selamatnya.... aaminnn
* Blog akan bercuti sehingga 12 Ogos 2013 lepas tu aku akan updatekan cerita Holiday di Doha,Paris,London dan Moscow ok !!!
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin kepada seluruh muslimin & muslimat...
BalasPadam