Jumaat, 27 September 2013

HOLIDAY : HELLO LONDON, BIG BEN, EYE ON LONDON, TOWER HILL [PART 5]

Assalamualaikum,

Fuhhh akan cuba sehabis baik untuk habiskan entry percutian ke UK ini. Serius tak sangka rupanya ada yang menanti entry ini. Minta maaf sangat-sangat sebab lama terbengkalai. InsyaAllah aku akan cuba ceritakan selengkap yang boleh untuk rujukan korang dan aku sendiri di masa akan datang.

LONDON !!! masa adik aku Khairul bagitahu kita dah sampai London terus aku macam tak percaya yang kakiku dah menjejak kaki ke Kota impian dari sejak kecik. Alhamdulillah Allah dengar doa hambanya yang kerdil ini. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan rezeki yang telah ko berikan untuk aku dan keluarga.

 
Alhamdulillah jam 3.00pm kami selamat sampai ke London St-Pancras Interbational.


Baru lepas turun dari train Eurostar. Serius Eurostar sangat-sangat selesa ok.





 
Inilah Stesyen St Pancras International London


Waktu ni dah terasa angin sejuk + lapar hehehe. So memang teringat Malaysia tetiba wakaka. Di London kami guna duit Pound.


Gambar ni ada 2 orang mamat London tolong ambik kan, kitaorang tak suruh pun tapi dia yang offerkan dirinya untuk ambik gambar kami sekeluarga.


Inilah 2 orang mamat London yang tolong kami ambikkan gambar sekeluarga. Lepas tu Khairul pulak tawarkan dirinya untuk ambikkan gambar mereka berdua. Orang London memang peramah dan senang nak minta tolong.




Waktu ini kitaorang gilir-gilir jaga beg sebab masuk toilet. Wah semua kes tak tahan oooo 3 jam dalam Eurostars tidur je kan hehehe.


Sempat lagi pengunjung main Piano. Layan jugaklah aku seketika sambil tunggu kaum lelaki pergi toilet.


Mama + Aku + Papa yang tersayang dunia akhirat


Lepas dah selesai masalah dengan toilet terus kami ke kaunter tiket tube untuk ke Paddington sebab hotel yang kami book berada dikawasan sana.


Ingat yer silalah ambik banyak-banyak risalah berkenaan London dan peta laluan tube sebab kita akan selalu buka tutup nescaya risalah tu akan lunyai hehehe. Jangan risau free je risalah ni.


Nak lagi mudah terus beli Oyster je dia macam kad Touch n Go senang, cepat dan mudah.


Ok Mat peta telah mulakan operasi mengesan lokasi penginapan hehehe. Kerja aku senang je tarik beg dan ikut je mana diaorang pergi hehehe.

 
Kami beli tiket permulaan untuk 1 hari terus, kiranya 1 hari ni kami just pakai tiket ini untuk ke mana-mana sahaja. Seorang harga tiket Pound 7.10 = Rm36.58

Train disini dipanggil tube kalau tak silap untuk Underground punya.


Peta laluan ini memang mudah dan banyak terdapat di kawasan tube, so jangan risau yer. InsyaAllah korang pun tak akan sesat.


Dari Stesyen St Pancras International  korang akan terus ke tube King's Cross St. Pancras untuk ke Paddington. Memandangkan kami book Tune hotel di Paddington so kami ingat kena turun di Stesyen Paddington rupanya hotel kami lagi berhampiran dengan Stesyen Edgware Road sebab hotel kami dah penghujung jalan Paddington.



Macam kami turun di Stesyen Paddington so untuk ke Tune hotel tu senang jugaklah. Bila keluar je dari Stesyen Paddington tu terus ke kiri dan jalan terus sehingga jumpa Hospital St Mary's iaitu tempat kelahiran anak Putera William dan Kate. Teruskan lagi perjalanan dalam 15 minit korang akan jumpa dengan Tesco disebelah kiri dan berhadapan dengan Tesco itulah Tune Hotel yang terletak di sebelah kanan.





 Tune Hotel Paddington London. Kami tempah hotel ini masa Matta Fair di Pwtc bulan 3 baru ni. Kebetulan masa nak book ni Tony pengasas AIRASIA ada,  so dia cadangkan tinggal disini memandangkan berdekatan dengan semua kemudahan tempat makan, Tesco dan tube so kami book hotel ini dengan harga promosi yang diberi iaitu 1 bilik untuk
4 hari 3 malam Rm530.00 ALL IN dan aku dapat sehelai tshirt tune hotel. Thanks you Tony. 


Jumpa je hotel ni terus check in, dan inilah keadaan bilik penginapan kami. Nampak pintu kaca tu? itu toilet yer tapi walaupun bilik hotel muat-muat untuk kami berdua je, sangat selesa, cantik,kemas dan bersih. Lepas Check in terus pergi cari makan. Banyak deretan kedai arab terdapat disitu betul-betul bersebelahan dengan hotel penginapan,  just pilih dan bayar jelah hehehe. Kami beli bungkus dan makan dalam bilik hotel.
Semua order kebab Arab tapi masyaAllah nak habiskan sebungkus punyalah susah rugi tak beli  sebungkus kongsi dengan En suami. Kebab Arab Pound 7.00 untuk 2 bungkus = Rm36.20


Beli prepaid 6 pound = Rm31.03, Khairul ambik Lebara Mobile atas pandangan kawan-kawannya. Sebenarnya 5 pound je sebab simcard percuma just tambah nilai je tapi kedai pertama ni ambik kesempatan kat kitaorang so lepas tu dah tahu perangai diaorang so kitaorang g kedai sebelah free je untuk sim card. Nak call dan internet mudah je hehe. Tapi pastikan korang suruh orang kedai tu setting dulu sehingga boleh tau. Masa beli prepaid ni ada xcident iaitu bos London terlanggar budak tengah naik basikal melintas secara tetiba. Nasib budak tu tak apa-apa just basikal dia rosak sikit.



Lepas makan, lepak dulu dalam bilik untuk mandi, solat dan rehatkan diri sambil layan Teduhan kasih secara Online. Internet free ye untuk penginap hotel tune ni. 1 bilik hanya 1 password sahaja diberi.

 
 Dalam jam 6pm baru kami keluar dari hotel untuk ke Big Ben, Eye on London dan sekitar kawasan sana. Kali ini kami dah tahu tube berdekatan dengan hotel so tak perlu ke stesyen Paddington agak jauh dari hotel dalam 40 minit berjalan kaki.
 
 
 
 
Dari hotel ke stesyen Edgware Road hanya jalan kaki 5 minit je sangat-sangat dekat. Ok untuk ke Big ben, Eye on London aku naik tube dari Stesyen Edgware Road ke Stesyen Westminster. Keluar je dari Stesyen ini terus terpacak Big Ben depan mata kita.
 
 




 Eye On London di London kami naik tapi di Malaysia sebelum ni haram tak pernah naik hahaha.


 Akhirnya kami sampai juga disini Alhamdulillah... Tempat pertama ke Big ben, ramai juga orang masa ni. Dekat sini memang banyak ambik gambar sehingga rasa puasa hati baru bergerak ke tempat lain pulak hehehe.


 Kebetulan masa ni Bas London lalu memang terbaiklah. Lengkap Big Ben dan Bus London hehehe

 




 Waktu ini waktu orang pulang dari office tak silap.



Diaorang berdua selamber je tarik tangan aku dan suruh ambik gambar bersama. Terkejut mulanya bila Nampak muka diaorang macam tu lepas turn aku Khairul pulak kena tapi Khairul siap-siap dah cakap " aku tak der duit nak bayar " hati-hati ngan dia orang ni yer sebab dia akan minta bayaran yang sangat-sangat melampau. Last-last khairul just bagi 0.40 Pound je = Rm2.07 je nasib diaorang pergi dari situ.





 

Terus ke Eye on London. Kami beli tiket naik Eye On London je tapi dia ada macam-macam pakej sama ada nak ambik pakej masuk rumah hantu + patung lilin dan macam-macam lagi.


 Inilah rumah hantunya tapi kitaorang tak masuk pun.











 Memandangkan patung lilin ada juga terdapat di kawasan pembelian tiket, so aku ambik kesempatan bergambar disini je. Jimat duit tak yah masuk rumah patung lilin ni hehehe.

 
 Nak beli tiket pun beratur panjang tapi nasib banyak kaunter so sekejap jelah beraturnya.


 Inilah pakej-pakej yang ditawarkan kepada pelancong.




 Sebelum kami naik Eye on London, kami wajib menonton secara ringkas video pengenalan berkenaan Eye London dan pemandangan semasa berada atas  Eye on London. 3D punya macam kat Singapore tengok 3D Shreek. Tapi bagi aku ni lagi best dengan burung bertebangan, salji dan pemandangan ynag cukup-cukup indah.


 Inilah harga tiket Eye on London untuk seorang 19.20 Pound = Rm99.30


 Bestnya kalau dapat baring-baring macam ni kat Malaysia tapi kang kalau baring-baring macam ni ada jugakkan asyik menggaru je hahaha.





 Dalam Eye On London. Walaupun beratur punya panjang tapi sekejap je sebab sekali masuk boleh muatkan sampai 20 oarng. Sebelum naik, beg kita akan discan untuk keselamatan.

 
 Pemandangan dari atas Eye London ni sangat indah.





 Kami dipuncak awan hahahaha. Puas hati dapat tengok semua pemandangan disini.





 Inilah laluan yang kami lalu untuk sampai ke tempat Eye on London hehehe.






 CNP di London..


 Masa ni aku tak peduli apa orang nak pandang ke nak tengok ke janji aku puas bergambar hahaha.




Masa nak pulang dari Big Ben, terjumpa dengan pelajar Malaysia dan diaorang bersalaman dengan Khairul, papa dan En Fendi. Sangat-sangat peramah diaorang ni dan sempat juga kami bertanya jalan untuk ke Hard Rock Café London.


 

Pulang dari Big Ben kami terus ke Tower Hill. Dari Stesyen Westminster kami terus ke Stesyen Underground Tower Hill.


 Dalam tube ini juga ada map macam train Putra kat Malaysia.


 





 Yeayyy dah sampai... Masa ni angin bertiup agak kuat jugaklah.



Mama dah keletihan tapi tetap bersemangat hehehe.


 Istana lama yang masih terjaga dan cantik.




 Cantik kan Tower Hill ni. Waktu malam lagilah cantik dengan pancaran lampu-lampunya. Kami tak sempat ke seberang sana sebab mama agak keletihan.


 Jam 10pm kami pulang ke hotel. Masa ni baru terasa sakit kaki dan sangat-sangat letih berjalan kaki non stop yeayy satu pencapaian yang hebat bila berada disini hahaha.



 SO dari Underground Tower Hill kami menaiki tube terus ke Stesyen Edgware Road.



 Balik tu terus singgah Tesco depan hotel sebab nak beli air mineral dan salad. Air mineral disini agak mahal berbanding air berkabonat tapi percayalah air berkarbonat disini tak semanis di Malaysia. Nasi memang masak siap-siap sebelum keluar dan lauk pakai dalam tin je. Itupun dah membuatkan selera kami bertambah tau hahaha.

 
Ambik ko keluar tak pakai stoking dan sarung tangan menggil aku time ni. Lepas habis ambik gambar terus berdesup masuk hotel balik. Yang kelakar My love dan Khairul pakai seluar takat lutut pun duduk kat luar hotel ni dalam 5 minit je sebab tak tangan sejuk angina dia hehehe.

Kat dalam Tesco ni jugak aku jumpa minuman Snikers, apa lagi beli 2 botol hahaha almaklumlah di Malaysia hanya ada coklat dia je. Total pembelian Air mineral + Salad + Air Snikers 13 Pound = Rm67.19


Naik Bilik terus makan dan tidur keletihan Zzzzzz.
 
Bersambung Kisah London di Machester United [Part 6] 



Bajet yang dibayar dari Malaysia :

 Tune Hotel 4 Hari 3 Malam = Rm530.00 untuk 2 orang / Rm1060.00 untuk 2 bilik

Bajet Hari Ketiga ( iii ) :

Tiket tube 1 Day Rm36.20 x 5 orang = Rm182.00

Kebab Arab Rm36.20 x 5 orang = Rm181.00

Simcard Lebara  Rm31.03 x 3 = Rm93.00

Ambik gambar jalanan =  Rm2.07

Eye On London Rm99.30 x 5 orang = Rm496.00

Shopping Tesco = Rm67.19


Total : RM1021.00 untuk 5 orang



Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in