Selasa, 24 September 2013

HOLIDAY : PARIS KE LONDON [PART 4]

Assalamualaikum,


Jam 4.30 pagi dah terjaga dan terus aku Tanya sekarang jam berapa sebab rasanya terlelap sekejap je sebab teringat cakap nak pergi makan kebab dan beli barang sikit. Rupanya semua dah tertidur !! Ya Allah waktu malam dan pagi aku berselibung dalam  comforter sebab sejuk giler. Kiranya aku terjaga keesokkan harilah hahaha. Semalam memang keletihan melampau, iyelah dahlah penerbangan dari Malaysia - Doha - Paris makan masa hampir 15 jam memandang transit di Doha hampir 3 jam. Sampai Paris terus pergi shopping, keletihan dalam penerbangan pun hilang secara tetiba bila nampak deretan butik-butik kedai sepanjang jalan di Paris.

Alang-alang dah terjaga dari tidur terus aku kemas beg, cas kamera sebab stanby untuk bersiap ke tempat lain pulak hehehe.

Jam 4.30 pagi di Paris ! 11.30 pagi waktu Malaysia


Inilah pemandangan sekitar hotel penginapan kami selama di Paris. Masa ni baru jam 6.30 pagi.



Stok makanan yang dibawa dari Malaysia hehehe. Memang sangat-sangat berharga makanan dalam tin ni dekat sini. Roti tu aku beli tengahari sebelum nak bertolak ke Klia untuk stanby takut-takut lapar masa shopping hahaha. Nak makan kedai je boleh bankrup oooo. Nasib Paris, London dan Rusia membenarkan makanan dari luar dibawa masuk.



Inilah pintu masuk Stesyen Keretapi di Paris. Ukirannya sangat-sangat cantik ok. Terpegun kejap masa mula-mula nampak.



Bas panjang di Paris, macam naik MRT dah aku rasa hahaha. Oh dekat sana aku suka tengok beranda rumah mereka sebab diaorang akan letak bunga-bunga yang cantik dan berwarna warni. Rasa nak panjat ambik je wakakaka.

Ohh yer dekat Paris ni bercium dikalangan Mat Salleh memang tak dapat dinafikanlah. Dalam train, tepi jalan semua selamber sampai aku cakap dekat mama ni LIVE depan mata punya hahaha.


8.30 pagi baru keluar jalan-jalan cari souvenir dan ambik gambar di sekitar hotel, almaklumlah belum berkesempatan sebab kes tertidur malam tadi punya pasal hahaha.


Ini bukan kes gambar gelap yer tapi kebetulan masa ni baru lepas hujan dan berkabus. Sekali angin sejuk datang masyaAllah rasa nak tarik je jaket papa tu hahaha.







Pilih jangan tak pilih yer macam-macam pilihan souvenir ada cuma sedia duit jelah yer. Kebetulan masa aku bercuti ke sini duit Euro dan Pound turun tapi walaupun turun terasa jugaklah aku huhu. Di Paris kami guna Euro.


Sex Toys memang bersepah dekat sini, mana-mana pergi akan jumpa kedai ni hahahaha. Bukan main lagi ye My love bergambar berhadapan kedai ni. Macam kes gambar aku kat atas ni beriya bukan main posing last-last mama dan papa cakap hahaha belakang tu kedai sex toys cehhh...


Ini bangunan berhadapan bangunan Train tadi cantik kan hehehe. Tak silap hotel rasanya.


Lepas jalan-jalan dan beli souvenir, lepak minum coffee. Hanya aku, Khairul dan My love je yang lepak  coffee house ni sebab papa dan mama nak berehat sebelum sambung perjalanan ke London tengahari nanti. Aku order hot chocolat  macam gambar diatas ni. Fuhhhh lazat dan chocolat dia sangat-sangat sedap oooo.


3 orang minum 9 euro = Rm38.76 , dekat sini aku belajar 1 perkara iaitu kalau kita bagi duit yang ada baki diaorang akan bagi bagi tu duit kecik sebab diaorang nak kita bagi tip dekat atas meja. Tip nak bagi boleh tak nak bagi pun tak pe.


Inilah tingkap yang aku cakapkan dalam entry sebelum ini. Ini tingkap dalam bilik air ok sebesar ini hahahaha.


Ini tingkap dalam bilik aku. Tak kisah sangat dalam bilik tidur ada tingkap ini dalam bilik air apa kes tapi memang orang sana suka tingkap dalam bilik air kot hehehehe



10.45 pagi Check Out Hotel apartment untuk ke train menuju destinasi seterusnya iaitu LONDON !!! Selamat tinggal Paris !!! InsyaAllah mungkin akan datang lagi dengan kesemua adik beradiku. Sedih lah pulak masa nak tinggalkan Paris hehehe. Bagi aku lepas ni kalau datang Paris lagi harus tinggal sekurang-kurangnya 3 hari 2 malam baru best tapi Alhamdulillah tempat-tempat yang aku listkan memang sempat pergi.


Inilah papan penerangan train yang akan berlepas dan tiba. Klasik betul kan hehehe. Billets adalah kaunter ticket dan Sortie adalah keluar. Sementara menunggu kaunter check in dibuka sempatlah juga aku shopping souvenir untuk diri aku iaitu frame gambar, replica Menara Eiffel dan keychain. Souvenir di Paris sahaja habis 40 Euro = Rm173.00


Ok sudah masa Check in untuk train ke London - St-pancras . Train akan berlepas jam 12.13pm dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam.


Tapi sebelum itu kena isi landing card/ UK Border menandakan kita akan keluar dari Paris. Macam kami, Khairul uruskan boleh tahan jugaklah kastam diaorang Tanya itu ini seperti dari mana? berapa bawa duit masuk sini ? nasib Khairul boleh jawab semuanya hehehe.


Ada 2 kaunter iaitu 1. check out untuk cop passport keluar Paris dan 2. Check in untuk cop passport masuk London yang perlu kita lalui kalau dari Paris nak ke London.


Panjang beratur masa nak lepas Kastam Paris. Nasiblah tergerak hati Khairul nak Tanya kena isi apa-apa ke hehehe. Rupanya memang ada so Khairul uruskan papa dan mama dan My love uruskan aku punya.


Tong sampah di Paris hahaha Unik jugak tapi yang tak bestnya nampaklah sampah-sampahnya kat dalam tu kan.


Bila dekat platform Eurostar ni terasa macam cerita Harry Porter naik train nak pergi ke tempat belajar sihir hahahaha.


Tiket trains Eurostars ni Khairul beli sejak Bulan Mac 2013 lagi selepas selesai pembelian tiket flight Qatar. Nasib masa buat pembelian online masa ni dapat harga istimewa iaitu Euro 40 = Rm173.00 untuk kami semua kecuali Khairul dapat lagi murah
Euro 38.50 = Rm166.51 sebab student kot hehehe.



Untuk sampai ke pintu train Eurostar ni banyak platform yang kena naik turun naik  sebelum sampai ke sini. Dari Paris ke London kami naik Eurostar iaitu merentasi laut. Kiranya kitaorang merentasi bawah laut untuk sampai ke London fuh dasyatttttt.


Train ni ada Bisness dan Ekonomi Class. Kalau yang Bisness ada meja khas di hadapan seat. Yang ekonomi just ada seat dan meja macam dalam flight tu je. Aku dan family just ambik Ekonomi class je bukan nak buat apa just nak rehat dan tidur hehehe. Dalam Eurostar ni pun ada kantin tapi aku tak larat nak pergi usha sebab mengantuk yang amat, lagipun kami ada bawa bekalan roti so tak yah nak belanja bagai. Jetlag masih ada sisa-sisanya waktu ni. Aku nasihatkan setiap perbelanjaan dekat sini janganlah convert dalam Rm ye kalau tak comfirm korang tak jadi beli hehehe.




Losyen dan botol air benda wajib aku disini yer. Ke hulu dan ke hilir aku akan pastikan bawa 2 benda ni.




Inilah perangai aku dalam Eurostar lepas bangun dari tidur hahaha. Yeayyy dah nak sampai London masa ni terus teruja tak ingat hahaha.



Inilah pandangan yang sempat aku snap sepanjang perjalanan dari Paris ke London. Ya Allah besarnya kuasamu, betul kata orang jauh perjalanan luas pemandangan.



Jam 3.00 pm Yeayyyy dah sampai Stesyen train London - St Pancras International.
Ok cerita di London aku ceritakan dalam next entry ok.


Bajet yang dibayar dari Malaysia :

 Train Eurostar Rm875.79 untuk 5 orang

Bajet Hari Ketiga ( ii ) :

minum hot chocolat Rm38.76 untuk 3 orang 

Souvenir di Paris RM173.00

Total : Rm289.00 untuk 2 orang

1 ulasan:

  1. salam..saya akan ke London bulan feb..and boleh dikatakan I refer to your blog as a guide since plan tido di Tune Paddington..and train ke france..cuma a bit shocked pasal Eurostar tic coz for 5 pax you dapat rm850+..waaa..lucky nyer..I booking semalam for 2 pax 1 kid 226 pound..ringgit pulak semakin drop..nak menangis rasa..haha..

    BalasPadam

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in