Siapa follow Facebook dan Instagram aku mesti dah tahu lama aku pergi holiday mana kan?? hehehe. 2 medium tu tempat aku gerbang awal-awal so lepas tu baru kita kasi up dalam blog. Ok jom sambung cerita London secara cepat giler-giler bab ada entry percutian baru pulak nak masuk :)
Morning London !!! Inilah pemandangan belakang hotel penginapan kami.
5am dah bangun mandi dan solat subuh. Sini subuh awal betul lepas tu cabaran nak bangun pagi dalam keadaan sejuk dan berselimut betul-betul menduga aku tapi disebabkan nak pergi Harrods terus toing..toing..toing.. semangat membara haha.
Kes sejuk punya pasal beli hot chocolat untuk panaskan badan. Mama hari nak shopping lagi bersemangat katanya.
Dimana ada mama mesti ada papaku yang hensem !!
9.15am dah keluar hotel, tambah Osyter card 10 pound = Rm51.33 untuk pengembaraan hari ini hehe. Belakang M&S inilah stesen tube Egware road. Dekat sangat.
Yeayyy dari hotel ke stesen ni dalam 5 minit jalan kaki je. Destinasi pertama hari ini ialah Harrods London !!!
Dari stesen Edgware road ke stesen South Kensington lepas tu tukar tube naik ke Knightsbrige untuk ke Harrods.
Jangan risau kalau sesat sebab sighnboard merata-rata untuk panduan pelancong, tak pun boleh je Tanya mat salleh dekat situ insyaAllah diaorang peramah dan akan bantu.
Bila keluar je dari underground train terus Nampak bangunan Harrods !!!
Alhamdulillah akhirnya aku diberikan kad member Harrods seumur hidup dengan diskaun yang sangat-sanagat best !! Ada salegirl tempat aku borong handbag tu tolong sign up kan untuk aku katanya gift from dia wahhh you so cuteeee. Apa lagi semua pembelian aku dapat diskaun dengan tunjukkan kad ini. Perghhhhhh
Belum boleh masuk lagi waktu ini sebab pintu kedai belum dibuka. Nampak orang beratur dekat belakang mama aku tu???
So kita ambik gambar banyak-banyak yer hehe.
Kesian papa masa ni dia tak tahan sejuk padahal dah pakai jaket. Aku dan mama tetiba rasa panas pulak wakakakakaka.
Orang dah makin ramai kerumun pintu kedai.
Mula-mula aku cari mama sebab tetiba je hilang rupanya duk menyelit beratur juga katanya takut habis hahahahaha... Tapi mama orang pertama yang masuk butik setelah pintu dibuka ni cayalah !!
Kebetulan masa aku kesini adalah sale untuk summer dan ditambahkan pula dengan aku ada kad member Harrods lagilah aku jadi gilerkan. Yup harga memang lagi murah dari Malaysia.
My love sempat selit dengan mama.
Dalam Ted Baker London ni aku ada beli barang juga walaupun tak banyak janji ada jugaklah kenangan kan. Tapi bila aku pergi Pavillion tengok mak datuk mahal betul harga kasut dia terus jadi frust giler sebab ralat tak beli kasut Ted Baker huhu.
Inilah hasil rembatan kami yang boleh di pamerkan hahaha. ada setengah barang My love tak izinkan aku pamerkan dalam blog ini so aku akan upload secara rambang di Instagram kalau aku pakai barang tu. Cukuplah kot aku tunjuk gambar handbag Coach ni je kan. Oklah Coach memang murah masa ni. Masa nak beli handbag kiriman autie aku boleh pulak main call je tanpa tengok jam haha lupa kejap aku di London dan auntie aku di Malaysia nasib dia angkat fon dan aku whatsapp gambar handbagnya. Lepas selesai pembelian baru tengok jam mak aii aku call time orang Malaysia tengah enak diulik mimipi hahaha. ada minah arab sorang ni selamber je ambik handbag Dior berharga Rm12k sampai 2 biji huwawwww aku nak hanbag tu jugak tapi belum ada rezeki. Moga-moga lepas ni ada rezeki aku pulak. aaminnn.
Ok yang ini aku punyaaaaaa !! Puas hati kooo. Dalam tube orang asyik pandang-pandang je tapi aku buat bodoh je hahaha. Dahlah paperbag dia tu besar so bila nak berselisih dengan orang memang asyik berlanggar jelah. My love tolong bawakan paperbag mama aku punya. Tak pe sayang yang ni I boleh bawa sendiri hehehe. Oh yer bukan semua brand yang kita beli dalam Harrods ni akan dapat paperbag dia tau sebab dia lagi banyak bagi plastic bag Harrod. So dihujung tangan aku tu ada 4 plastic beg Harrods lagiii hehehe. So total hasil shopping kali ini untuk hari ini, aku minta maaf awal-awal sebab tak dapat keizinan My love untuk publish.
Jam 12pm kitaorang dah pulang ke hotel balik setelah puas shopping semua. Makan Kebab Arab dan ayam goreng kena 9.50 pound = Rm48.76 seorang. Memang puas hatilah makanan dia sediakan sebab banyak dan besar. So bila tak habis boleh bungkus balik dan simpan untuk sambung kan ketika lapar dalam perjalanan keluar nanti.
Lepas makan, mandi, solat dan rehat kami teruskan perjalanan ke Oxford Street pula. barulah segar sikit badan kan. Pulak tu tak payah susah-susah nak angkut barang-barang shopping tadi ke hulu hilir. Terus simpan dalam bilik lagi selamat dan bagus.
Untuk ke Oxford Street, kitaorang naik tube di stesen Edgware Road ke Paddington pastu tukar tube ke stesen Oxford Circus.
Yeayyy dah sampai. Selalu tengok di dinding dekat area tube sebab kalau Nampak signboard nama tempat tu maknanya kita dah sampai tempat yang dituju.
Di sepanjang jalan di Oxford Street penuh dengan shopping complex. Shopping complex yang wajib korang kena masuk ialah Selfrige & co, Primark, Victoria Secret,H&m dan macam-macam lagi.
Sale yang menggilakan mata aku sesaje...
Souvenir paling murah di Oxford Street ialah kedai Surprise & Surprise. Kedai ini aje boleh bagi harga paling rendah berbanding kedai-kedai lain. Aku berhabis disini je dekat
50.64 pound = Rm259.93 Jangan terkejut orang sana boleh ajak orang beli barang dengan loghat melayu kita tau.
Ditengah-tengah lautan manusia di London ..
Masa nak ambik gambar ni elok je tapi tengah nak snap ada angina lalu perghhh tetiba tangan, leher dan jari menggigil ooooo.
Ini kes tak tahan sejuk secara tetiba sebab angin lalu menyengat sampai ke tulang.
Yeayyyyy untuk diri sendiri Pandora London. Beli champ berciri-cirikan London untuk kenangan. Harga ?? murah dari sinilah.
Rata-rata sale ok !!!
My love berehat sebentar setelah penat shopping. Tak apa kita kasi peluang dekat dia shopping dengan penuh tenang hahaha.
Selfridge & co
Mama aku ni stylo betul dia kat Kota London.
My love banyak shopping di Primark ni. Mahu tak meroyan bila sehelai baju baru 1 pound, 2 pound macam tu je. Huhhhh borong sakan lah jawabnya. Primark ni pengeluar baju yang utama sebelum mana-mana jenama butik lain beli untuk di brandkan atas jenama mereka sendiri. So kalau beli jenama Primark memang murahlah hehehe.
Dekat sini My love hanya shopping 15 pound = Rm76.99 Lepas ni kalau ada rezeki datang London lagi nak bawa baju sikit je dan selebihnya shopping disini. Memang berbaloi.
Inilah suku barang My love aku shopping. Tak pe biarlah dia nak shopping apa-apa sebab tang aku dah setle hahaha jahatnya aku.
Selepas puas shopping di Oxford Street walaupun masih belum puas tetap kena puas dengan apa yang dah My love belikan hahaha, kitaorang balik ke Hotel letak barang dan papa n mama nak berehat tapi kami bertiga cabut ke Harrods lagi buat kali terakhir perghhhh memang dasyatlah penangan Harrods ni hahaha. Aku ada nak beli sesuatu disana sebab boleh pula terlupa masa pergi awal pagi tu. Rezeki kami elok je habis bayar pintu masuk telah ditutup. Alhamdulillah.
So misi seterusnya ke Hard Rock Café London !!! Untuk ke Ke Hard Rock Café London kami naik tube dari stesen Hyde Park Corner dan turun di stesen South Kensington.
Sebelum sampai Hard Rock Café London, korang mesti melalui jalan dalam taman Hyde Park. Banyak betul monument yang diaorang hasilkan dalam taman ni dan jangan korang terkejut sebab ditengah-tengah Kota London terdapat taman ini. Seingat akulah Pembesar Negara diaorang dah rezabkan tidak boleh membangunkan apa-apa dalam taman ini. Kiranya Hyde Park ni satu-satunya taman dalam Bandar.
Oppppsss plastic beg Harrods di tangan tuuuuuu. Barang kita lagi tuuuu hahaha. Apa dia yer dalam tu rahsia !!!
Pondok telefon London ni betul-betul berhadapan dengan Hard Rock Café London !! Misi nak bergambar bersama pondok telefon ini telah termakbul hahaha. Biasalah apa benda yang dibanggakan di Kota London pasti aku tak lepaskan peluang untuk bergambar. Kenangan untuk hari-hari akan datang.
Hard Rock Café Old Park Lane London !!! Kedai souvenir ini sebelah dengan café dia ye sebab ada setengah keliru ingat kedai souvenir ni dalam café dia. Memang menjadi hobi kami suami isteri, kemana-mana negara yang ada Hard Rock Café pasti kami terjah untuk mendapatkan baju tshirtnya. Memang mahal sehelai ni tapi kenangan kan so pejam mata jelah. Di London, aku beli sehelai je tshirt HRC ni tapi My love balun 2 ke 3 helai.
Korang akan jumpa Café Hard Rock ini dulu sebelum ke kedai Souvenir betul-betul sebelah café ini. Beratur kot nak masuk café ini. Kalau korang tengok tudung aku tu senget benget maknanya angina tengah kuatlah tu. Lepas selesai aktiviti di Hard Rock Café, kami terus balik hotel. Barulah seluruh badanku terasa penat giler dengan kaki sakit yang amat. Samapi My love peril " kaki sakitlah sebab semua barang dia dah dapat " cehhhh ! macam barang dia tak dapat hehe. Tapi apa-apa pun thanks to My love sebab melayan kerenah saya disni untuk beli apa yang dah listkan dari Malaysia lagi.
Sebelum masuk hotel, My love ajak lepak minum Hot Chocolat betul-betul sebelah hotel. Apa lagi aku sah-sahlah order hot chocolat yang memang hot sangat di UK. Kalau datang Europe korang kena try minum ni tau. Mulanya My love nak lepak kedai arab sebab nak hisap shisha tapi last-last cancel sebab dia kira kepala shisha tu tak boleh kongsi perghhh. Lagi satu jangan korang tengok kedai diaorang kecik maknanya tiada ruangan lain padahal ada pintu untuk turun lepas bawah Tanah tau hahaha. Aku dah merasa pengalaman itu. Minum hot chocolat untuk 3 orang 6 pound = Rm30.65
Lepas habis minum dalam sejam, terus cabut masuk bilik hotel untuk mandi, solat dan tidur... Masa dapat landing atas katil masyaAllah syoknyaaa sampai pinggang aku berbunyi ko kerana keletihan yang amat hahaha.
Bajet yang dibayar dari Malaysia :
Tiket bus ke Machester United = - Tiada -
Bajet Hari Kempat :
Card Olyster = 51.33
Simcard = Rm25.66
Souvenir = Rm259.93
Shopping Primark = Rm76.99
Hard Rock Café London = Rm500.00
Kebab = Rm48.76
Hot Chocolat = Rm30.65
Total : RM962.67 UNTUK KAMI BERDUA ( tidak termasuk kos shopping handbag )
Salam sis... sis pergi bulan berape ada banyak sale?
BalasPadamAssalam..seronoknya ke London..<3 <3
BalasPadam