Padang Bukit tinggi 12 - 17 Okt 2013
Assalamualaikum,
Cerita Indonesia up! Hahaha siapa follow Instagram dan Facebook dah tahu dulu kannnnn ;)
Tengah nak drop bag di kaunter
Alhamdulillah dah selamat sampai Malaysia setelah seminggu menjadi perantauan di negara orang. 1st time selama hidup inilah pertama kali beraya jauh beribu batu dari Malaysia. Seronok beraya di negara orang, pelbagai gaya, pakaian, telekung dan ragam orang dapat dilihat dan alhamdulillah kami diterima menjadi tetamu untuk sembahyang raya di masjid. Satu pengalaman manis yang tak mungkin dilupakan.
Dalam Masjid di Maninjau
Kes telekung tertinggal punya pasal so sehari sebelum ligan pergi cari telekung baru. nampak tak kesan lipat tuuuu.
Di AirPort kami dijemput oleh Hidayat iaitu Supir yang selalu mengambil kami tak kala ke Padang Indonesia ini. Sekarang pemeriksaan imigrasi Indonesia sangat-sangat ketat. Habis semua beg akan dibuka dan discan banyak kali.
Alhamdulillah akhirnya Ayumieza Travel telah melebarkan sayapnya ke Bali Indonesia setelah usahasama dengan pihak Indonesia berjalan lancar. Sebelum ini kami hanya bertapak di Padang, Bandung dan Jakarta sahaja kini rezeki ke Bali pula.
Shopping, jalan-jalan sekitar bukit tinggi dan shopping kain sulam, beg kulit, dan pelbagai lagi memang menyeronokkan apabila tiba di sini. Tak ingat dunia oooo jutawan segera kan hahaha. Ohhh tak lupa jugak ronda-ronda di sekitar Maninjau yang danaunya sangat-sangat indah. Ada juga terserempak dengan Mat Salleh yang menginap disana dan katanya Maninjau nyamannnn sangat....
Pallazo itu adalah 100% dari bakal butik online shop saya. Tungguuuu.
Disneyland Indonesia hahaha sebenarnya ini di Jam Gadang Bukit Tinggi je. Suka aku dengan budak yang pakai kostum Sin Chan ni. Pandai di mainkan peranannya. Siap suruh aku ambik gambar dia supaya buat kenang-kenangan. 5 ribu rupiah je upah diaorang ni.
Lapar selepas shopping so adik iparku Dila pergi beli sandwish burger
5 ribu rupiah = Rm1.50 sahaja. Barang shopping tak paying tayanglah kali ni hahaha korang pun dah boleh jangkakan apa yang aku beli bagai semua.
Ketupat tahu
Murtabak Bandung dan Murtabak Mesir
Nasi goreng siang malam
Bakso
Sate padang
Mee goreng
Oklah lepas ni kita nak ke sinun pulaaaa hahaha.... Di rahsiakan dulu ya sebab projekrahsia belum dijalankan lagi hahaha. Dah jalan baru boleh kita War-War kan yer.
Beg sudah beranak. Masa pergi hanya beg hanya 2 sahaja bila balik sudah jadi 5 kooo hehehe.
Tudung bawal purple tu hadiah dari salah satu took kedai di pasar atas yang selalu tegur aku setiap kali ke sana. Terima kasih ya ibu..
Akhirnya khatam sudah entry Indonesia. Kali ini ringkas je update entry ke Indonesia sebab korang blog godek-godek dalam entry-entry yang lepas. Bukan main detail aku update so cari sendirilah yer. Setiap tahun Bukit Tinggi ni memang aku kunjungi sebab aku dah jatuh cinta sama ini tempat hehehe.
Kepada yang teringin pergi melancong sekitar Indonesia tetapi budget kecil boleh emailkan kepada Ayumieza travel untuk mendapatkan sebut harganya yer.
dengan tajuknya travel ke Indonesia.
wahh syioknnyer holiday sakan...
BalasPadam@Nory Zoulkefle
BalasPadamhahahaha dah rupa indon dah nurul ni hahahaha
Salam. Nak tanya. Kalau ambil supir sahaja di bukittinggi berapa yer?
BalasPadam