Selasa, 19 November 2013

HOLIDAY RUSIA : KONVOKESYEN DI VOLGOGRAD [PART 9]

Assalamualaikum,

Alhamdulillah flight selamat mendarat di Airport Moscow dari London. Untuk makluman perbezaan waktu Rusia dan Malaysia ialah lewat 5 jam. So kitaorang terpaksa lepak di airport selama 6 jam sementara menunggu flight ke Volgograd pada jam 11.30pm. Waktu ni ya ampun mata aku macam kena gam korang tahu takkk. nak buka tu tak sampai 5 saat dah nak tutup balik, sampai papa aku kejutkan suruh pergi cuci muka. Lepas cuci muka baru segar sikit sambil jalan-jalan sekitar airport. Barulah aku tahu macam mana bila waktu adik aku balik ke Volgograd kembali. Fuhhh seksa ooo tang mata dan bosan menunggu.

11.30pm barulah flight berlepas ke Volgograd dan penerbangan mengambil masa selama 1 jam 45 minit sahaja. Jam 1am kami selamat sampai Volgograd. Fuhh 1st time naik flight sampai berpeluh tanganku entah kenapa. Nasib masa book flight khairul dan minta makanan halal siap-siap. Airport Volgograd kecik je. Sampai-sampai terus mesuk ruang ambik beg dan terus keluar tapi sebelum itu anjing diaorang akan cium beg-beg kita untuk keselamatan.

Sepanjang jalan menuju ke apartment yang disewa oleh Khairul, aku tidur Jetlag maaaa.
Dari airport ke apartment Rm50.00 Sampai je apartment terus tukar baju, solat jamak semuanya terus tidurrrrr.

Esoknya jam 3.30pm bersiap dan keluar menuju ke majlis Konvokesyen Khairul. Dari apartment ke Universiti hanya berjalan kaki dalam 7 minit je. Apartment ni pun betul-betul terletak bersebelahan Universiti je.



Kad jemputan dan pass masuk majlis Konvokesyen tersebut.
 
 
Yeayyy dah dapat tempat duduk hehehe,
 


Dekan-dekan Universiti.
 
 
Masa ni lagu kebangsaan setiap Negara pelajar di mainkan. Macam kitaorang berdiri dan menyanyi disaat lagu Negaraku berkumandang. 
 
 


Dekat sini majlis Konvokesyen sangat-sanagtlah ringkas, cepat dan simple yang pernah aku hadir. Tak sampai 2 jam semua selesai dengan jayanya.
 


Tahniah untuk korang semua...
 
 
 
 
 Akhirnya adik lelaki aku telah konvo !! Tahniah Dr Khairul.
 



 
Lepas majlis Konvokesyen terus berdesup dengan baju kurung, ke tempat-tempat yang cantik untuk bergambar.

 
Berlakang kitaorang tu sebuah taman tau. Kalau musim salji semua tu putih jeee. Frustnya masa kitaorang dating sini patutnya bunga tulip tengah berkembang tapi bukan rezeki kami iainya tiada langsung.






 
Penat bergambar semua, singgah dekat café sebelah Universiti untuk makan petang. Pizza hut sayur dia memang terbaik !!!! Air Coffea dan Mocha bolehlahhh.





Feeling -feeling kita yang konvo gituuu hahaha. Masa ni My love, Pa dan khairul pergi cari topup so mama lah yang melayan kerenahku bergambar semua ni hahaha.
 Topup 100 ruber = rm10.00


Belakang mama dan papa tu sungai terbesar di Volgograd. Bila tiba musim salji permukaan air tu mengeras dan boleh berjalan tau atas dia. Tapi antara berani atau tidak jelah.





 6 tahun pejam celik, akhirnya adik lelaki aku telah tamat belajar di Volgograd Rusia. Bagi aku sekejap je rasa tapi bagi yang belajar mestilah rasa lama giler duk perah otak kan hehehe. Ohh lupa nak bagitahu di Volgograd waktu isyak jam 2 pagi ok hehehe.
 
Tahniah Khairul !!!


2 ulasan:

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in