Rabu, 20 November 2013

HOLIDAY RUSIA : VOLGOGRAD [PART 10]

Assalamualaikum,

26/6/2013

Semalam seharian berjalan-jalan sekitar kawasan Universiti Khairul dan beberapa kawasan berhampiran.




Ini kes barang kena keluarkan di Airport London dan dimasukkan dalam plastik khas.

 

Wallpaper sangat cool dan cantik.

Apartment yang Khairul sewa ni memang sangat-sangat cantik dengan decoration yang tak sarat tapi cantik je. Segala kemudahan disediakan malah owner dia pun sangat-sangat menjaga kebersihan dengan tidak mengamalkan pakai kasut dalam rumah. Mula-mula aku sampai depan apartment ni memang terperanjat beruk ingatkan rumah flat manalah rupanya luaran je Nampak tak besat tapi dalam macam hotellll habak hang. Bayaran sewa apartment ini semalaman 1500 ruber = Rm150.00

 
Dapur yang cute je.
 

 
Hasil borongan di pasaraya bersebelahan apartment tempat kami tinggal

 
Mustad

 
Betul-betul berhadapan tingkap ini ada pasar iaitu orang-orang tua berniaga. Kebanyakkan buah-buahan yang segar bugar. Aku sempat rasa raspberry dan apricot dia memang sedap dan freshhhh. Tak macam di Bnadung manis sebab rendam dengan air gula hehehe.
1 bekas buah-buahan tersebut hanya 60 ruber = Rm6.00
 
 
 
Inilah pemandangan luar tingkat apartment aku cakap tadi.
 

Raspberry


 
Orang Rusia pantang kalau lantai bilik air basah. Macam diaorang pakai tisu pun bolehhh tapi aku idoklahhhh. Dah nama duk Negara orang pepandailah nak kretifkan diri yer haha. Janji tetap cuci pakai air. Orang sana risau kalau lantai bilik air basah sebab air tersebut akan turun ke rumah bawah pulak hehe .

 
Coklat paling sedap beli kat airport London tapi sayangnya pergi beli 2 pcs je choii betul hahaha.

 
Stok laun-lauk semasa di Rusia. hehehe aku dah siap bahagikan lauk-lauk dalam tin untuk semua tempat yang kitaorang singgah supaya stok tak habis hehehe. Ko Nampak budu tu??? itu adik aku ambik dari rumah sewa dia hahaha.

 
 
Maggie pun layan waktu lepak kat sini hahaha.
 
 
Pemandangan dari pintu masuk apartment. Terus ke ruang tamu dan kanan ke dapur
 
 
Laluan ke dapur. Nampak pintu tu?? itu toilet yer.


Ruang tamu yang sangat-sangat luas. Sofa 2 + 1 iaitu boleh jadi sofa dan katil. Aku, My love dan Khairul tidur kat ruang tamu sambil tengok tv. Pa dan ma tidur dalam bilik. 
 

Jam 11.10am barulah kitaorang keluar berjalan-jalan sekitar Volgograd. Sempat lagi tu aku tengok episode akhir Teduhan Kasih hahaha. Bukan aku je tau En suami dan mama aku pun sama layan. 

Tempat harus dan wajib datang ialah Monumen kebanggaan orang Rusia. Train pergi balik 30.00 ruber = Rm3.00 je seorang. Dekat sini pemandu train dan bus kebanyakkan perempuan. Orang Rusia semuanya baik-baik kalau kita hormat orang-orang tua dekat sini kepala kita akan dia gosok-gosokkan dari apa yang aku perhatikan selama disini.
 






Nampak tangan aku tu? itu kes tengah kibas-kibas sebab musim panas disini banyak agas-agas hinggap di badan kita. Kalau musim sejuk barulah binatang tu hilang. Benda tu normal kat sini.

 



 




Inilah laluan untuk sampai ke atas monument tersebut. Jauh jugak perjalanan dia tapi kalau tak kuatkan diri bila lagilah nak sampai sini bukan?? Tapi pemandangan dekat sini memang sangat-sangat cantikkk.


Nampak tak apartment warna kuning tu? itulah tempat tinggal Khairul.  Sekitar kawasan tempat tinggal diaorang ni memang bersih, susahlah nak Nampak sampah dibuang
merata-rata.  Sempat jugaklah tengok Teduhan Kasih di rumah Khairul sebab internet dia lajuuuuuu.

 
En Suami tengah tolong angkutkan barang-barang adik aku tu untuk bawa balik Malaysia.


Hahhh ini aku nak buat teka-tekilah... nanti aku cari hadiah apa yang sesuai ok.


Inilah train yang kitaorang naik sekitar Bandar Volgograd ni.

 
Selesai sudah packing barang-barang Khairul.

 
Macam Royal Albert di London hehehe tapi ni di Rusia yer.


Singgah apartment penginapan kitaorang kejap untuk letak barang-barang Khairul. Lepas tu teruskan perjalanan ke Shopping Complex.


Nampak Van kuning tu? Van tu lah kitaorang sewa masa mula-mula sampai di Volgograd ni.


Bandar Volgograd



Bus dekat sini tak boleh nak main lintas lintas bus lain sebab kat atas badan bus tu ada link ngan elektrik tak silap. Kalau tercabut besi tu pada badan bus maknanya bus tak boleh jalanlah. Macam train di London lah plak kan.


 
Yeayyy dah sampai sini... Shopping !!
 
 
Duit Ruber Rusia


 
Cili benggala macam plastic je aku tengok hahaha. Fresh betul lah buah-buahan kat sini.
 
 
Buah Peach yang segar !!!
 
 
Buah Cherry !!
 
 
 
Mayonis dan Thousand island 
 

Mustad pelbagai jenis.


Yeayyy akhirnay sampai juga butik Lush ni. Sekotak aku borong kooo almaklumlah paling dekat dengan Malaysia pun nak beli sabun-sabun mandi yang cute ni ialah Singapore.

 
2 beg itu penuh dengan barang mandia dari Lush.


 



Plug di Rusia.


Kunci pintu yang unik. 
 
Seharian keluar, balik apartment terus boommm kemas barang dan tidurrr. Jam 12 malam keluar makan spaghetti dan pizza sayur buat terakhir kali sebab esok nak ke Moscow pula.
Kenangan di Volgograd memang best walaupun aku tak berkesempatan melihat bunga tulip betul-betul depan mata tapi tidak mengapa. Barulah aku tahu begini rupanya perjalanan setiap kali adik aku pulang ke Malaysia. Patutlah 3 hari baru nak sampai sini. Fuhhh tapi inilah kenangan terindah. Ada rezeki 2018 kami datang lagi aaminnn.

Bye- bye Volgograd.
 
Oh yer perbelanjaan di Volgograd aku tak dapat listkan sebab semuanya dibayar oleh adikku memandangkan duit semua pass kat dia hahaha. Untuk pertanyaan apa-apa boleh je email aku.
 
 

2 ulasan:

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in