Khamis, 28 November 2013

RUTIN BULANAN

Assalamualaikum,

Yeayyy esok jumaat !! tetiba je. Seronok sangat sebab lusa cuti dan nak ke kenduri kahwin member sek rendah dan menengah. Tak sabar nak jumpa kawan-kawan lama yang dah bertahun tak jumpaaaa.

Oklah bulan November turn adik bongsuku Masturina bersuka ria outing dengan kakak kesayanganya ini hahaha. Aku ada 3 orang adik perempuan so kami akan ikut giliran setiap bulan untuk keluar shopping bersama-sama.  Ada ketika barulah kitaorang keluar dengan kesemua adik-adiku termasuk mama untuk " girl talk " !


 
Nampak aje adik aku tu macam sempoi tapi bila shopping ambik ko kiri kanan penuh dengan shopping bag baju, kasut dan seluar. Baru tingkatan 3 tapi bab-bab shopping memang menurun dari kakak dan mama dia hahaha. choiii.
 
Sekarang dia pun dah pandai nak match dan mix kan apa-apa jenis baju, seluar dan tudung. Kata ada fb, twitter dan IG kannnn. Rujuk sana sudahhh.
 
Inilah 1st time dia jejak Sg wang, saje je aku heret ke sini. Dan apa yang pasti dia jakun dengan harga baju yang ditawarkan rasa nak bolot semua katanya. Bankrup oii kakak mu ni. So bila duk dalam ni aku lepas kan dia untuk pilih sendiri apa yang dia mahukan. Citarasa dia dengan aku memang lebih kurang je so aku tak pernah kata NO dengan pilihan dia. Aku just sedia duit dan bayarrrrrrr ! PITAM !!
 
Next month keluar dengan budak kecik ni lagi cari barang sekolah dia pulak.. pitam lagilah jawabnya huhu.
 
p/s: korang perasan tak kulit wajah aku dan adik aku Nampak smooth dan gebu kan? Kalau nak tahu rahsia dia boleh je email aku yer. Malas nak kecoh-kecoh dalam blog lagi sebab dalam proses testimonial diri sendiri. 50% ada perubahan sudah dari yang duluuuuu. Lama lagi kot nak up entry pasal ni. Kita kasi yang sape rajin email aje untuk kecoh pang pung pang dalam email jer. Yang bestnya kulit wajah dah bebas cela plus berat badan makin susut hehehe.
 
 
 

2 ulasan:

  1. sama ngan nory yang baru lepas PMR tu, kalau shopping mengalahkan org dah bekerja...
    nasib baik mak n papa yg support...hehehe

    BalasPadam

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in