Assalamualaikum,
Seawal jam 6.30am aku dah bangun untuk bersiap sedia ke tempat seterusnya. Biasalah teruja lebih kannn so haruslah semangat bangun pagi haha. selepas selesai urusan dipagi hari kitaorang keluar hotel.
8.45am keluar hotel cari makan.
Fazli adik iparku..
Posing dulu sebelum keluar hotel untuk sarapan pagi. Macam biasa, setiap kali travel aku memang tak bawa handbag so kita pakai beg jenis silang aje menjadi pilihan aku.
Bukan main banyak kali lalu depan Etude house ini tapiiii menyesal pulak tak singgah tengok harga cehhhh. Kalau murah boleh beli buat stok kannnn. Tak apalah kita usha di Negara original dia ajelah ^___^
Sarapan pagi hari pertama di Mcd je hehehe. Aku ambik nasi + ayam + air milo. En Fendi cakap harga McD Bali murah sikitlah dari KL. Entahlah aku tak tahu murah ke mahal janji aku kenyang sudahhh hahahahaha.
Sebelum makan kena ambik gambar dulu buat kenangan.. Depan aku tu ramai je orang tengah asyik makan tapi aku kan CNP mana kisah apa orang nak tengok ke atau cakap janji buat hal sendiri sudahhh.
Selepas sarapan, saje jalan-jalan sekitar Pantai Kuta. Banyak lagi kedai yang belum buka sepenuhnya. Hurmmm peniaga-peniaga yang ada ditepi-tepi jalan Kuta selalu panggil
" orang Malaysia marilah singgah kedai saya, harga sama macam Chow Kit aje " hahahaha.
10am Supir Ady datang ambik. Destinasi pertama ke Berdugul mengambil masa 2 jam untuk sampai. Berdugul adalah sebuah tasik yang berada di atas bukit dan sangat sejuk. Alahhh tempat shooting drama Projek memikat suami tu lahhh hehehe.
Sepanjang jalan ada aje kedai macam 7Eleven ini kalau nak pergi toilet atau nak beli makanan dan minuman.
Bali sebuah Pulau yang mempunyai penduduk beragama hindu. So korang jangan terkejutlah kalau terserempak dengan pelbagai jenis patung besar, kecik, gemuk dan kurus.
12pm sampai berdugul caj masuk sepatutnya 120000rp tapi diberi diskaun 100,000rp untuk kami 4 orang hijihi.... Mula keluar sebelah kaki dari kereta terus masuk balik sebab tak sangka sejuk dan nyaman tempat ini. Kuasa Allah siapa sangka atas puncak bukit ada sebuah tasik kan..
Hahaha aku tak perlu susahkan sesiapa ambik gambar sebab aku ada monopod !!!!
Cuaca sejuk di Bedugul buatkan tangan aku kering so aku pakai losyen Enchanteur ...
dekat sini aku jadi tumpuan sebab guna monopod... semua bangsa tegur aku hihihi dan siap Tanya mana aku beli ^___^ kalau aku buka booth jual benda ni pun ok jugak hehehe.
1pm turun balik untuk ke tanah lot. tapi berhenti makan di restoran ayam bertutu. aku ambik nasi campur bali perghhh sedap kot. maksud bertutu ialah kukus. Kos makan 70,000rp
Inilah Restoran yang Hanis Zalikha makan dalam segmen Mad market.
Nasi campur Bali.. Nampak sate tu tak?? kitaorang order 8 cucuk untuk makan di Tanah Lot hahaha.
Tanah Lot agak panas so kena sapu losyen Enchanteur untuk kekalkan kelembapan dan hindari dari gelap hehehe. Caj bayaran masuk Tanah Lot kitaorang kena 10,000rp aje sebab Dila yang uruskan dekat kaunter hehehe.
3pm sampai tanah lot... tetap menjadi tumpuan orang sebab pakai monopod.. kalau aku jual dekat sini mesti laku hahaha.
Sementara menunggu Sunset kitaorang shopping dulu apa yang patut hehehe. Cuci mata kejap dan terus beli...
Nampak pintu gerbang kat belakang tu?? itulah pintu masuk ke Tanah lot.
Masa ni air surut, kalau tak jangan berangan nak jalan-jalan kat bawah ni.
Waktu Sunset turun.. MasyaAllah sungguh menakjubkan aku.. Besarnya KuasaMu Ya Allah..
Belakang aku tu orang non muslim tengah beratur untuk sembahyang dan minum air water holy..
Suka mak cik ni terambik gambar dia hahaha..
Ramai betul peminat aku hahahaha... kagum kot dengan monopod pink aku ni yeayyy..
di tanah lot kitaorang lepak tengok sunset sambil minum air kelapa. 60,000rp seorang (tempat shooting projek memikat suami )
Jangan terkejut bila datang Bali tengok bersepah orang jual hasil ukiran dari kayu kemaluan lelaki.. Katanya seni yang unik uwekkkkkk.
Makan malam di Restoran Ayam Tulang Lunak
7pm masa untuk makan di restoran ayam tulang lunak iaitu masakan ayam kampung. Ya Allah sedap dan tulangnya boleh makan sekali dengan isi.. 545,000rp berbaloi dari makan dekat jimbaran.
9pm sampai hotel terus mandi dan solat then lepas tu kitaorang keluar balik ke seminyak untuk tengok live band... wahh heaven giler kot hahaha... kat malaysia pernah tengok live band kat hard rock cafe je..
Pada mulanya kitaorang order jus oren tapi nasib salegirl ni bagitahu ada sedikit alcohol terusss tukar ambik coke dan bagitahu jangan buka penutup coke tu hahaha.. berjaga-jaga lagi baik kan... Coke 1 tin 20,000rp.
Rilex aje pergi tengok band pakai seluar pendek dengan selipar hahaha. Disini diutamakan orang luar untuk masuk tengok live band.
Kitaorang ambik seat kat atas boleh tengok live band dari dekat hehe..
2.30am balik hotel mandi balik, kemas beg dan tidur sebab esok nak bangun pagi tengok matahari naik di pantai kuta yeayyy...
Byeeee nak layan ceita Korea hehehe..
Bajet SEORANG yang dibayar dari Malaysia :
Tiada
Bajet Hari Pertama :
Masuk Bedugul = RM7.50Makan Tengahari Ayam Bertutu = RM5.00
Masuk Tanah Lot =RM2.86
Air kelapa di Tanah Lot = RM17.20
Makan malam Ayam tulang lunak = RM38.90
Coke live band = RM5.80Total : RM77.26 untuk 1 orang