Rabu, 12 Mac 2014

#PRAYFORMH370

Assalamualaikum,

Jumaat malam baru ni, aku dan family pulang ke kampong di Terengganu menghadiri kenduri kahwin 2 pupu aku. Pagi esoknya (sabtu) bangun terus buka handphone dangggggg terbaca tentang kehilangan flight. Ya Allah walaupun dalam flight tersebut bukan ada saudara mara aku pun, aku tetap rasa sangat-sangat sedih. Aku dapat rasakan kesedihan tersebut. Kebetulan hari kejadian adik lelaki aku perjalanan pulang ke Malaysa setelah  bercuti di Bali dengan menaiki penerbangan Mas. Bila dia call bagitahu dah sampai aku dapat tengok kelegaan wajah papa dan mama ku. Alhamdulillah.



 
4 tahun lepas keluarga aku pernah digemparkan dengan tsunami yang melanda Padang Indonesia. Adik perempuan aku study di sana. Cuba korang bayangkan perasaan aku sekeluarga??? Nasib sebelum talian telefon terputus dan belum mendapat liputan media lagi, nadia terus call papa aku yang bagitahu dia selamat dan telah berlari ke atas bukit bersama pelajar Malaysia yang lain. Keluar Buletin Utama terus gempar pasal berita Tsunami di Padang Indonesia. Alhamdulillah Nadia dan pelajar Malaysia yang lain selamat tiba di Malaysia dengan bantuan tentera udara dalam misi menyelamat tersebut. Merasa jugaklah nadia naik flight tentera diberi makan biskut, air kotak dan coklat setelah 3 hari kelaparan dan merasa jugaklah kami sekeluarga "berkelah" di airport Subang. Alhamdulillah Kuasa Allah tiada siapa dapat halangnya.


Walaupun tiada saudara mara kita terlibat dalam flight ini, janganlah merasa selesa dengan mengeluarkan kata-kata yang boleh menyentuh hati keluarga mangsa. Hari ini Allah beri ujian pada mereka, esok lusa Allah uji kita ambik koooo huhuhu. Geram pulak dengan kenyataan Zed Zaidi di Instagram. Huhuhu.




" YA ALLAH SEKIRANYA ADA DILANGIT KAU TURUNKANLAH, DI DARAT KAU NAIKKANLAH DAN
DI LAUT KAU TIMBULKANLAH.
BERIKANLAH KEAJAIBANMU YA ALLAH "

1 ulasan:

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in