Rabu, 2 April 2014

CUTI-CUTI SABTU

Assalamualaikum,

Oklah kepada yang email bertanyakan aku buat review produk tak untuk Instashop semua, Jawapan Yes aku buat hehehe.. Apa-apa produk nak review boleh terus email ke cnp_ciknurulpinky@yahoo.com insyaAllah aku akan bantu korang dan yang penting buat masa ini aku bagi free aje untuk review produk korang janji email pada aku ok.  


Sabtu lepas I jadi bujang kejap sebab En suami ikut My family balik kampung ada kenduri dan jenguk atuk nenek di Terengganu but aku tak dapat cutiiiii !!! Pagi sabtu  lepas, adik iparku Dilla temankan pergi The Garden sebab sebetulnya aku ada event disana. Event apa rahsia dulu sebab belum dapat greenlight untuk dipertontonkan lagi hahaha.

Jam 10.45am kitaorang dah terpacak dekat mall tau. Wahhh hebat betul kalau tak lepas subuh tarik selimut balik daaaa hahahaa. Kali ini memang aku tak masuk mana-mana butik handbag pun sebab nanti Dilla bising hahahaha.

Pagi tu singgah Kampung baru jap layan nasi lemak. So dalam Mall tu kitaorang berdua memang banyak jalan aje sebab sarapan berat giler kan almaklumlah aku dalam proses turun berat badan hahahaha. Lama tak makan nasi lemak katakan ^___^



OOTD :
 
Shawl : sponsored Erna Marlina
Tshirt : USS Singapore
Seluar : Brand Outlet
Jacket : Sungai Wang
Handbag : DKNY
Kasut : Bonia



Patutlah aku terkejut masa sampai Mall ni sebab jumpa banyak orang dengan pelbagai pakaian dengan karakter kartun kegemaran masing-masing, rupanya ada Anime Karnival daaa.. Sempatlah aku tarik mamat ni untuk bergambar sebab hensem laa hahahaha.


Jumpa booth MH370 haruslah tak lepaskan peluang kannn. Sempat jugaklah menyoretkan sepatah dua perkataan. InsyaAllah kalau sempat minggu ini ada tutorial ok..

Aku akan cuba selitkan tutorial setiap minggu 1 tutorial memandangkan dah lama sebenarnya aku pending tutorial ini. hehehe. Kesian pada semua yang dok email aku maaf yer..

2 ulasan:

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in