Isnin, 30 Jun 2014

SEBELUM RAMADHAN

Assalamualaikum,

Mood ke laut sebab semalam jam 1.30pagi baru boleh tidur bungkus order customer.. hari ni setle pengeposan Alhamdulillah..

Hari Sabtu punya cerita i teman my dad n mom n mama shopping !!! Alahh shopping gitu-gitu jerr sebab My papa jangan haraplah nak keluar time bulan Puasa. Ni pun aku tengah cari slot yang free nak bawa adik-adik kesayangan shopping raya. 

Order makeup boleh whatsapp kita yer..

Korang layan gambar je ye hehehe...





Sekiannnn byeee ....



Jumaat, 27 Jun 2014

KEINDAHAN KAMPUNG

Assalamualaikum,

Baru perasan entry ni tak publish masa nak balik Kl hari tu dari kampung so ini jelah ye untuk korang layan hari ni hehehe...

Apa-apa pun nak ucapkan Selamat Berpuasa buat semua unat Islam diseluruh dunia...

Mahu balik KL dah huwawww.. rindu kampung serius tapi banyak kerja menanti kat office. 

Balik kampung dapat berbakti kat atuk... urut seluruh badan atuk dah kira bahagia yang amat..

Keindahan air sungai Lata Tembakah memang terindahlah..




Byeee...

Khamis, 26 Jun 2014

LUNCH DI MENARA KUALA LUMPUR

Assalamualaikum, 

Minggu lepas dapat jemputan lunch di Menara Kuala Lumpur. Vendor Travel office belanja makan so on ajelah kan hehehe..

Ex - department masih ingat aku so kita sama-sama mengorak langkah ke sana. Walaupun hidangan banyak sangat tapi aku masih berhati-hati dengan nafsu kahkah.. No karbo lagi buat masa ni tapi cuit-cuit jugaklah makanan kawan aku kat sebelah sikit janji tak lebih 1 sudu.


Dapat tiket untuk ke reatoran berputar.. ohhh 20 minit bolehlah aku tahan lepas tu peningggggg dik non oiii... 





Dengan salah seorang vendor yang sudi belanja lunch.


Officemate !!


Uiii mata i ni duk jeling-jeling kawan punya pinggan.. penuh dengan pelbagai jenis makanan dan kuih muih tapi aku hanya pandang ajelah.. habiskan makanan aku dalam pinggan ni jelah.


With mommy muda !!! baru habis pantang waktu ni hehehe.

Tq sebab belanja kami semua makan disini. Makanan memang terbaik ooo tapi itulah kepala i pening oiii duk atas ni hehehe...

Ok byeeee..





Isnin, 23 Jun 2014

FAMILY DAY DI SUNWAY LAGOON

Assalamualaikum,

Kelmarin bersuka ria kami adik-beradik di Sunway lagoon. Tolak ketepi hitam legam semua hahaha janji happy. Macam biasa keluarga mertua pun join sekali meriah ooo. Sebenarnya family day office papaku tapi macam biasalah kan anak sulung dia ni kan hantu air so wajib datang juga hahaha.











Biar gambar aje berbicara yer sebab aku tak sihat sekarang ni tetiba pulak naik merah-merah kat seluruh badan aku.. rasanya alahan makanan kot.

Tema Family Day kali ini ialah WORLD CUP so semuanya diwajibkan pakai jersey hehe. 

Esok ada Mega Sale yer siapa nak dapat FREE GIFT EYESHADOW NAKED tunggu esok ok.

Byeeee...




Jumaat, 20 Jun 2014

JAMU MAKAN DI PUNCAK ALAM

Assalamualaikum,

Papa ajak pergi makan nunnn di Puncak Alam.. bawa bibik dan adik dia sekali. Kitaorang pujuk kaw-kaw bibik suruh ikut.. ehh ini bibik kesayangan kami 1 family.. lepas ni kami nak ke kampung bibik nun di surabaya... 8 tahun dia jaga kami adik-beradik dengan baik sekali.



Tudung kuning tu kira pangkat anak sepupu kami sebab dia anak buah mama aku hehehe.. Mira namanya anak tunggal so dari kecik memang kebanyakkan tinggal dirumah family aku.. kiranya membesar dan kesana kemari dengan family aku jugaklah so kitaoranf memang rapat..

Oklah nak layan korea jap..

Esok i nak pergi fun- fun tema WorldCup so i pakai jersey Rusia hehehe..

Byeee

Khamis, 19 Jun 2014

AHAD PUNYA CERITA

Assalamualaikum..

Semalam satu hari pergi balik hari ke Kuantan tengok my click xcident.. Doakan dia sedar dan sembuh dari koma ye.. Lupa plaklah ada sepupu dan saudara kat Kuantan. Bila dah balik KL barulah terbaca reply komen dari mereka adoiii cik yu lupa sorry hehehhe... Datang dengan bos yer so tak dapat singgah sana sini. " Anis tolong tengokkan kawan kak yu yang koma tu yer" nasib dia doc pelatih disitu boleh harapkan jugak...

Gambar minggu lepas dilowyat beli gadget untuk adik dan my papa. Baju tu tang lengan sikit punya besar hahaha. Cantik tak shawl satin silk tu??? Jeng..jeng..jeng.. murah habak hang...

Nampak belakang tu beratur punya lama nak cucuk duit kat atm tapi sebelah kanan tu ada money changer so kasi tukarlah kot hehehehe... sikit-sikit kita kasi tukar yer.. itu citer lainlah belum dapat greenlight.


Bulan puasa dah hampir kot, korang dah ganti puasa?? jangan buat main-main yer dengan ganti puasa hazab ko nanti ikhlas pesanan ni..

Bye update from iphone !!




Isnin, 16 Jun 2014

SELAMAT HARI PAPA !!!

Assalamualaikum,



Selamat Hari Papa !!!


Papa I love you so much... tanpa pa siapa lah kak yu sekarang. Tulang belakang saya selama jatuh bangun Cik Nurul Pinky. Dialah penyokong, pengkritik dan mentor saya selama ini.

Terima kasih pa sebab besarkan kami lima beradik dengan penuh kasih saying dan tunaikan segala permintaan kami selama ini.

Kami akan jaga pa sehingga akhir hayat pa.

Selamat Hari Papa buat papa ku tersayang muaaaaahhhh....

Untuk arwah papa mertuaku Al-fatihah semoga di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh solehah. Aaaminn

Hadiah ?? Tungguuuuuuu



 

Jumaat, 13 Jun 2014

KISAH MAMEE CHEF !!

Assalamualaikum,

Jam 8am aku dah tercegat depan Mamee Double Decker Persiaran Subang. Dah nampak dari jauh 2 buah bus yang akan membawa bloggers ke Melaka. 1st time kot nak pergi Event luar Kuala Lumpur tapi nasib jumpa blogger-blogger lain yang sangat friendly. Perghhh seronok sangat dapat berkenalan dengan staff Nuffnang yang sangat-sangat baik.

1st kena daftar di kaunter pendaftaran untuk ambik sticker join kumpulan mana dan aku dapat sticker join kumpulan kuning. Jam 9am bus bergerak menuju ke Mamee Double Decker Factory di Melaka. Muka happy aje semua dalam bus hahaha. Ohh kitaorang dihidangkan jus Epal dan Mister Potato thanks you team Nuffnang !

Perjalanan yang mengambil masa hampir 2 jam tak terasa kot sebab berborak dengan kenalan baru macam dah lama kenal dan kes tak sabar nak tengok dengan mata kepala sendiri proses pembuatan Mamee hahaha. Teruja takat maut kooo.




Sekitar perkarangan Mamee Double Decker Factory di Melaka. Haruslah posing-posing dulu, namakan blogger. Mamee ni memang tak asing lagi dengan aku atau dengan semua rakyat Malaysia. Aku membesar pun dengan mamee. Dulu masa kecik-kecik pantang pergi kedai mesti beli keropok mamee. Aku tahu korang pun sama macam aku kan..




Jam 10.30am sampai di Mamee Double Decker Factory di Melaka. Fuyooo besarnya kilang Mamee dekat sini. Sebelum lawatan bermula kitaorang diberi taklimat sebentar dari pihak Nuffnang dan Mamee. Selepas itu barulah kita dapat lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana Mee Tarik dihasilkan. 1st time aku tengok terus jakun koooo. Korang tengok gambar yang aku sediakan ini mesti sama-sama jakun macam aku jugak hahaha.






Proses Mee Tarik dihasilkan. Menakjubkan bukan? Serius barulah aku tahu bagaimana dihasilkan sebab selama ini tahu makan aje hahaha.


Bergambar bersama Dato Pang Ceo Mamee Double Decker (M) Sdn Bhd


Selepas itu demo masakan berkaitan Asam Laksa Mamee Chef. Masa dia tumis tu adushhhh terus perut aku rasa lapar. Baru bau belum rasa lagi keenakkan Mamee asam laksa tu.


Jom Upgrade !! Korang dah Upgrade ke belum?? Pada pandangan aku selepas mencuba Mamee Chef Mee Tarik ini, aku dapat rasakan ianya lebih kenyang dan enak sangatttttt. korang pun patut cuba juga baru tahu kenikmatan Mamee Cheff Jom Upgrade ini. 


 Aku membesar dengan 3 jenama ini. Tipulah kalau siapa cakap tak pernah kenal dengan 
 3 nama belakang aku tu.


 Korang Nampak tak produk Mamee yang terdapat kiri dan kanan dalam almari cermin tu? Banyakkan.. ada tu produk yang dihasilkan belum aku lahir lagi hahaha.


Proses pembuatan Snack Mamee. Alaahhh yang korang selalu makan tuuu harga pun murah dalam 30sen aje tau. Pemprosesan untuk snack memang agak ketat untuk mendapatkan kualiti yang terbaik. rosak sikit dari segi bentuk tak sama terus reject tau.



 Proses Check size ... walaupun sikit aje beza sizenya tetap direject...





Semuanya menggunakan mesin-mesin canggih supaya produk yang dihasilkan bermutu tinggi.



Proses pembungkusan sedang berlangsung.


Last section, setiap produk dicheck terlebih dahulu sebelumpacking dalam kotak yer.



Ok yang ini kawasan untuk penghasilan Mamee dalam cup tu. Alaahhh yang korang selalu makan mamee campur air panas dalam cawan tu apaa hehehe.

Nampak proses pengasingan size sedang berlangsung. Tak sama reject.




Dikawasan ini mamee yang telah di check sizenya akan dimasukkan kedalam Cup tersebut.


 Pemeriksaan terakhir seperti letak paket serbuk perisa dan sudu sebelum ditutup dengan penutupnya.





 Terakhir sekali barulah proses packing ke dalam kotak berjalan. Masa ini jugak pemeriksaan terakhir dijalankan sebelum masuk kotak. Mamee memang sangat menjaga kualiti mereka walaupun kecacatannya sangat kecil.

Selepas proses di kilang selesai, kami dibawa ke Kafe MAMEE di Jongker Walk Melaka.


 

Siapa selalu ke Melaka??? Aku kalau ke area Jongker Walk wajib ok singgah
KAFE MAMEE JONGKER WALK !! korang nak tahu sebab apa?? sebab aku nak makan nasi ayam Hainan, mamak goreng,chicken chop dan lain-lain menu. Lagi satu, sebab nak hasilkan design produk Mamee. Hah nak tahu cara-cara dia jom sambung baca lagi hehe.

Kafe Mamee dibuka pada bulan Ogos 2013 seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri. Sekiranya korang ada sebarang pertanyaan boleh call terus ke 06-2867666 untuk sebarang pertanyaan ok.


Ketibaan kami disambut oleh wakil Kafe Mamee. Waktu Operasi Kafe Mamee ini ialah dari jam 10am hingga 5pm pada hari Isnin, Rabu dan Khamis manakala pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 10am hingga jam 7pm. Hari Selasa Kafe ini Tutup yer harap maklum. Jangan risau ye semua makanan yang disajikan dalam Kafe ini HALAL.


Inilah makanan wajib akan aku dapatkan setiap kali datang Melaka. Nasi Ayam Ball atau Nasi ayam Hainan Original punyaaaa. Yang macam berbola tu adalah nasi yer. Unik kan ? Inilah sajian sebenar Nasi Ayam Hainan. Sedappppppppp sangat nanti nak bawa keluarga aku datang makan sinilah. Wajib ok.


Hah ini aktiviti yang wajib korang suka punyalah. Aku yang dah nak angka 30an ni pun bukan main seronok dengan aktiviti ini apatah lagi budak-budak kan.  Aktiviti ini dipanggil Class Mamee dibuka pada tiga sesi iaitu  jam 11am, 1.30pm, 3pm hanya pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Kanak-kanak berumur 6 tahun dan keatas boleh join sama. Minima 1 kelas ialah 6 orang.

1. Ambik Mamee Cup di kaunter.


2. Pergi duduk dimeja yang disediakan bersama dengan colorfull pen.


3. Designlah mengikut kretiviti anda yer. Macam aku haruslah banyak Pink kannnn.


4. Siappppp design !!!


5. Terus ke kaunter korang ambik Mamee cup tu untuk diisi mamee dan perisa apa yang korang mahukan.


 6. Mamee cup korang sedang di proses .


7. Tunggu untuk packing.


8. Akhirnyaaaaaaa Mamee Cup CNP telah siap dengan jayanya hahaha.



Korang kena ingat ye selepas pembuatan Mamee Cup ini, expired date dia hanya 2 minggu dari korang hasilkan. Tarikh Expired pun ada di cup tersebut.


Lepas tu kita boleh terus ke Monster Kitchen iaitu kita sendiri akan hasil Mamee tersebut bermula dari tepung yer.

Inilah kelas Monster Kitchen tersebut. Bersih, luas dan keselamatan terpelihara.


Salah satu mesin acuan Mamee. Korang ingat murah satu mesin ini. Aku dengar pun nak pitam hahaha.


Setiap barang disediakan di Monster Kitchen ini telah di tandakan dari kumpulan mana. Setiap tempat duduk ada nombornya. Contohnya kalau korang duduk di tempat no 1, semua peralatan korang bertanda no 1 ok. So korang tak akan berebut-rebut mana aku punya mana korang punya hehehe.


Apron Mamee yang comel inilah korang wajib pakai setiap kali masuk Monster Kitchen. Comel bukan ???? rasa nak bawa balik aje.


Dalam Kafe Mamee ini juga korang boleh beli pelbagai produk Mamee tau. Macam-macam ada. Paling aku terkejut produk yang dari aku kecik sampai sekarang pun terdapat dalam Kafe ini.


Ohhhh part bergambar dengan karakter kartun Mamee paling best. Pelbagai gaya terdapat dalam Kafe ini. Korang lah pandai-pandai kena kreatif ye untuk dapatkan gambar yang terbaik hehehe.






 Maskot Mamee tetiba peluk aku so apa lagi terkejutlah aku hahahaha.



Comel kan mascot Mamee ni.

 










Ahli keluarga aku pun semuanya meminati Mamee Chef ini, pendek kata stok sentiasa adalah dekat rumah hahaha. Senang aje kan cara penyediaannya. Letak air panas tunggu 2 minit terus boleh ngap dah kan. 



Kebetulan En Fendi dan Masturina baru sampai rumah, pulak tu dalam keadaan lapar ya amat terus aku hidangkan Mamee Chef untuk santapan. 1 cup tu pun diaorang dah kenyang siap cakap dekat aku Mamee baru ke sebab rasa lebih kenyang hahahaha. Alahaiii En Fendi oiii iyolahhhh dari Mameelah dari mana lagi cik abang oii.
  
Yang paling penting Mamee ini adalah Halal yer. Tidak perlu lagi nak diragu-ragukan. Korang boleh tengok print screen aku di lawan web Jakim sendiri.
 
 

Untuk maklumat lajut korang boleh like dan follow Facebook  https://www.facebook.com/mymameechef , Twitter dan Instagram = MameeCheff
 
Khidmat pesanan Mamee dibawakan oleh Cik Nurul Pinky.
 
 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in