Jumaat, 6 Jun 2014

SELAMAT TINGGAL UPIN B SNOWBOO

Assalamualaikum,

Jam 10am dapat call dari En Fendi bagitahu Upin dan mati !!! Dangggg !! terperanjat aku iyelah dia tak sakit apa pun tapi last-last pergi juga. Ohh siapa yang tak tahu Upin tu adalah kucing kesayangan di rumah mertuaku. Nama upin dan ipin sebab dia kembar.

Kelmarin Upin kena tahan di hospital sebab tak boleh buang air so doc cadangkan untuk kuarantin kan Upin satu hari dan bila pagi semalam adik iparku dapat call dari doc cakap upin dah tiada. Semalam adik ipar aku termasuk En fendi bengkak mata dan muka kes menangis. Makan ubat selsema dan sakit kepala sekaliarung untuk nak relaxkan badan.

Diaorang memang sangat-sangat sayanggggggggkan kucing. Tambahan dibela sejak dari lahir ok.


Inilah gambar bertiga Upin, Snowboo dan Ipin. Yang tengah tu Snowboo bapak kepada Upin dan Ipin. Snowboo kalau En Fendi balik mesti mengekor aje dan manja tak bersebab. Tidur dalam aircond tempat wajib celah kangkang En Fendi.


Snowboo dan Ipin. Ipin ni manja masyaAllah. Masa dia baby aku gatal pergi bagi air liur aku ke mulut dia. Now pantang Nampak aku mesti miow memanjang dan kemana aku pergi mesti akan ikut. adakalanya letih aku dibuatkan. Mungkin dia ingat aku ibu dia kot hahaha. tapi memang bahasakan mummy dan daddy hehehe.


 Inilah Upin kembar Ipin. Lahir tahun 2012 hingga 5 Jun 2014 dia kembali pada Sang penciptaNya. Upin ni manja tapi dia ada karekter dia sendiri. Tidak macam ipin mengada-ngada lebih tapi Upin dia cool tapi manja. kalau duduk tengok tv panggil aje Upin dan tepuk kat mana nak suruh dia duduk atas kita pasti dia akan datang. Itulah Upin. Dia manja sangat-sangat dengan adik-adik iparku.

Now Upin dah tiada,,,, pasti akan merindui diaa. Apa-apa pun kami dah bela dan berikan kasih sayang yang terbaik untuk Upin. Bayangkanlah 3 ekor yang kami bela kalau terlepas kuar rumah, mereka tak pandai berdikari seperti makan sampah atau minum air di tepi jalan sebab mereka diajar minum air yang akan ditukar setiap kali lepas diaorang minum. Makanan dan pasir dia setiap bulan dalam rm300 itu wajib tapi semua itu tak terasa beban bagi kami malah makin banyak rezeki masuk Alhamdulillah.





 SELAMAT TINGGAL UPIN !!!
KITA PASTI AKAN MERINDU UPIN DAN GAYA COOL + MANJA DIA...
 
Upin B Snowboo
 2012 - 5 Jun 2014
 


0 Orang Sayangkan Cik Nurul:

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in