Selasa, 5 Ogos 2014

RAYA..RAYA..RAYA

Assalamualaikum,

Tahun ini giliran beraya di Kuala Lumpur belah My love. Kebetulan keluarga aku pun pertama kalinya beraya di Kl so rasa meriah jugaklah. Adik aku si Nadia ada exam lepas raya so bagi sokongan sikit dekat dia hehehe.. Tema di rumah mertua BIRU dan belah mama kita ialah HIJAU.
 

 



  







Malam raya pertama baru sempat pergi rumah keluarga aku sebab kita bagi laluan raya pada tuan rumah lahhh kang dia kacau turn kita nanti ke tak haru biru hahahaha... Adil itu yang bawa keberkatan kannnn. Memang aku akan seadilnya siap kira hari ok sebab 2 hati keluarga yang perlu dijaga sebab tak nak di cop berat sebelah. Itu penting pada yang bekeluarga yaa..







Meriah giler aku rasa raya tahun ni dan terasa jugaklah aku paling sakan beraya hahahaha... Macam bebudak je rasanya kejap hahaha.. Stok bunga api memang beli malam raya sesiap sebab memang dah target nak main bunga api dekat rumah mama aku lagilah meriah dengan adik-adik aku dan ipar kebetulan sepupu aku baru sampai apa lagi dia dan en suamilah kepalanya hahaha yang lain layan jelah.


Raya ke 2 malam, baru cabut balik Terengganu + Kelantan lawat atok nenek dan saudara mara disana. Raya ke 4 malam dah balik Kl. Penat tak payah cakap tapi sebab ada keluarga disana penat diketepikanlah. Papa dan mama selalu pesan walaupun setinggi mana kita berada asal usul jangan lupa takut jatuh tersembah bumi..

Bersua kembali yer untuk entry beraya di Kampung hehehehe...



2 ulasan:

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in