Rabu, 17 September 2014

HOLIDAY : BUKIT TINGGI INDONESIA PART 2

Assalamualaikum,

Lama berhenti rehat untuk entry Indonesia. Tak apa insyaAllah lepas ini sentiasa berupdate hahaha. Percaya dalam terpaksa ajelah yer. Ok lepas ni kena selalu update sebab Mr F dan sound kenapa blog lama tak update hihi.

Program hari kedua ialah ke Pasar Jumaat !! Sebab itu aku nak sangat-sangat ke sini hari Khamis. Aiskrim tradisional dia memang daebak !!!!! Makanan kat Indonesia siapa yang tak melantak dengan sepuasnya memang rugi ooo. Ok itu aku !!


Sempoi aje nak ke Pasar Jumaat hehehe. Udara kat sini nyaman sangat-sangat. Aku mandi air gunung dan sejuknya masyaAllah, tapi sebab memang kena mandi walaupun sejuk aku jirus ajelah walaupun jeritan aku mungkin dengar sehingga 10 buah rumah jiran sebelah hahaha melampau kooo. Adik ipar aku cakap ni bukan setakat boleh join program jirus ais tu tapi lebih lagi sejuk dari ais hahaha.


Pecal atau boleh minta tambah ketupat nasi. Aku pilih dua-dua hahaha tamak haloba memang macam ni.


Inilah rupanya ketupat pecal. Sedap ooo. 8000.00rp


Aiskrim Tradisional yang bestnya sebab dia pakai santan dn susu coklat. 1000rp aje.


Dekat sini kedai makan dalam tenda iaitu macam khemah. Sekeliling ditutup dengan kain. Uni ni memang selalu jadi pilihan aku setiap kali makan sate minang. 10000.00rp


Adushhh teringat kot bila tengok gambar sate ni hahaha.


Kami makan dalam tenda yeayyy. Kami cuba belajar kehidupan di tempat yang kami pergi untuk sesuaikan diri. Alhamdulillah setakat ni mana kami pergi ok je..



Pemandangan dalam pasar. Ramai yang sibuk membeli barang dapur. Ada jugaklah mat salleh beli barang kat sini. tegur gitu-gitu aje.


Aku borong sakan tea, kopi dan tora bika cappucino memang daebak ooo. Rasa nak pergi beli lagi aje. hahaha 1pcs 1000rp.

Petang hari kami ronda-ronda sekitar tasik Maninjau sambil minum teh botol je. Saje hari kedua kitaorang nak rilex-rilex. Rasa tenang tanpa internet disini. Aku memang kuatkan diri supaya tak beli mana-mana internet. Aku nak rehatkan minda.Malas nak fikir hal kerja hahaha.

Dalam jam 4pm kitaorang naik ke Bukit tinggi dan bermalam disana. senang esok pagi bangun bersiap terus shopping !!!

Malam hari aku bantai makan Murtabak mesir dan murtabak coklat keju adushhhj sedapnya. Ok aku semua makanan kena dengan tekak aku memang aku akan cakap sedap hahaha. 

Bersambung Part 3 ok..

 

2 ulasan:

  1. as salam tuan umah..

    Ya Allah..teringat saya waktu pergi ke padang-bkt tinggi...waktu tu pergi ngan mak, ayah, n spupu sebelah ayah. nak beli langsir umah sekali...

    cantik giler..terutamanya tasik apa yer..lupa nama tasik tu.. sis ada pergi rumah hamka x?

    memang tenang sgt kat sana... mmg best experience la.. my last vacay with my late father.. :'(

    nti jemput dtg blog kita

    www.bidadarigojes.blogspot.com

    BalasPadam
  2. @Bidadari gojess

    Wsalam dan salam perkenalanan.. Tasik Danau Maninjau. Yup ada pergi rumah Hamka tu. sana memang tenang sebab tu ramai Mat Salleh suka duduk disana.

    BalasPadam

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in