Hari terakhir di Maninjau.. Jam 8.30am pemandu dah tercegat depan rumah untuk hantar kami ke airport Padang. Perjalanan dalam 2 jam lebih gitu. Sampai Padang cari makan dululah buat kali terakhir layan tekak hehehe..
Check in Jam 12.30pm, drop beg dan Airasia bagi kami hotseat secara percuma lagi untuk kami semua... Tq!!!
Bye..bye Padang tahun depan jumpa lagi hahahaha...
Aku sebenarnya nak duduk dengan En F tapi last-last adik dia mengada tak nak tukar sebab nak ambik video aku gayat masa flight nak terbang.. menyampah kot !!!
Selepas lampu tali pinggang dipadamkan baru aku rasa legaaaa tapi sikitlah selagi belum turun flight ni tanganku basahhhhh hahahaha.. Jangan gelakkan aku ! Abaikan muka tanpa coletan makeup hahaha.. Pagi hari hoii tak ada mood nak tenyeh-tenyeh muka.
Ciptaan Allah yang sempat aku snap..
Selepas sejam penerbangan akhirnya sampai airport Klia2... Yeayyyyyy.. Malaysia ohh tanah airku.. buat drama swasta kejap T__T
Habis sudah kisah ringkas percutian kali ini hehehehe...
Byeee..
Assalam,
BalasPadamhokeyh settle baca part1-5..
skang kena ulang3 baca utk study pulops,
he3