Selasa, 31 Mac 2015

HAPPY BIRTHDAY TO ME

Assalamualaikum,

Tahun ni dah 29 tahun saya menumpang di bumi Allah. Alhamdulillah bersyukur atas setiap rezeki yang Dia berikan pada saya selama ini. Tahun depan dah masuk kawasan " 30 " adushhh cepatnya masa berlalu hahaha tapi macam biasa I masih rasa macam remaja belia aje KAHKAHKAH..

 
InsyaAllah lepas ni sedikit demi sedikit saya akan buat perubahan yang terbaik. Blog pun akan di tutup sementara kot untuk proses pembuangan benda-benda yang kurang bagus untuk di tengok hehehe.
 
Sempat juga siapkan tudung untuk keluar dating dengan En suami belah petang tu.

 
Italiannies memang pilihan tekak aku untuk makan pizza.


Puding Roti Free dari Italiannies untuk birthday girl hehehe



 Esoknya adik ipar I pulak belanja makan dekat Ben's Klcc. Menyesal pulak ambik makanan paling murah dah orang nak belanja bedal ajelah kannn hahahaha. Keluar aje dari restoran ni terus adik ipar aku gelak kan hampehhhhhh.


Terima kasih pada semua yang sudi wish birthday kat I dalam facebook, whatsapp, instagram dan lain-lain muaaahhhh.


Isnin, 30 Mac 2015

BRAND NAKED MASUK KEDAI

Assalamualaikum,

Alhamdulillah baru ada kesempatan upload stok baru masuk... Yang berminat boleh whatsapp 012-2281492 yer. 



Atas permintaan ramai, saya cuba buat pakej lengkap set makeup + Makeup Box. Berminat boleh whatsapp saya yer.

 
Naked Lipstik pallete Basic
 Rm25.00


Loose Powder Naked 
RM20.00



Mascara Naked
RM15.00

Liquid Foundation Naked Skin
RM20.00


Untuk Order boleh Whatsapp 012-2281492


Selasa, 17 Mac 2015

MELAYAN TEKAK SI BONGSU

Assalamualaikum,

Santai-santai bersama adik-adik ku Dr Nadia dan si bongsu Masturina. Layankan tekak si bongsu asyik duk berzikir kat telinga aku bila nak bawa g sushi hehehe. Dia ni kalau bab sushi berdua dengan En Fendi pun jalan. Adik oh adik hahaha.

Kali ni saje je dia ajak Nadia. Sebabnya nadia belum pernah cuba sushi. Ini pertama dan terakhir Nadia ikut hahahaha sebabnya tekak tak boleh terima. ^_____^

Eh baru perasan bulan ni banyak entry tentang si adik bongsuku tu hahaha. Itulah teman gaduh, gembira dan gelak tawa hehehe.











Ok habis Rm200 untuk sushi ni. Tak apa janji dua beradik tu happy hahaha.




Khamis, 12 Mac 2015

ROMBONGAN KE MELAKA 2014

Assalamualaikum,

Cerita tahun lepas ke Melaka. Rombongan taman perumahan kami.Pergi 2 Hari 1 Malam aje.  Seronok sangat sebab dapat bercuti dengan adik beradik dan ipar, mama dan mama mertua. Korang layan gambar ajelah boleh hehehe?

Oh kepada yang komen menggunakan google profil, saya tak dapat balas komen di blog korang. Tak pasti kenapa. Sorry yer TIGA LALAT !!! hehehehe











Sedap asam pedas Melaka ni oiiiii

Hotel Cowboy Melaka sangat selesa

Naik Cruise pusing Sungai Melaka. Siapa duduk depan sekali pasti mandi air sungai hahaha.




Memandangkan aktiviti luar seharian so malam tu WAJAIB tempek face mask kegemaran saya. Berminat nak order boleh whatsapp me ok. Korang pasti tak menyesal bila pakai mask ni. Lelaki dan perempuan boleh guna tau.





 Sebelum balik Kl semula, singgah beli apa patut untuk bawa balik yer. Harus kesian bibik aku duk menunggu cencalok Melaka ni hah.  Berhenti sekejap di Masjid China Melaka untuk solat.

Rabu, 11 Mac 2015

GELAGAT SI BONGSU

Assalamualaikum,

Hujung minggu ni memang busy sikit sebab sepupu rapat nak bertunang. Tahniah Mira !! Dulu masa aku nak kahwin dia dan family lah yang banyak membantu so dah ni turn dia haruslah aku pulak pergi tolong pulak kannn. hehehe.

Malam tadi sakit kepala yang amat, cuma sempat sediakan bahan untuk bekalan hari ini untuk diri sendiri dan En Fendi. Almaklumlah sekali bekalan kena ada 2 benda, untuk makan jam 10am dan 2pm hehehe.
















Selasa, 10 Mac 2015

RUJUKAN TRAVEL

Assalamualaikum,

Hurmmm, ramai yang tanya persediaan kita setiap kali travel. Macam aku selalu travel secara backpacker sebab nak jimat kannnnn tapi seronok yang amat sebab pengalaman sesat, tengok peta, salah train semua tu menyeronokkan bila di ingatkan kembali.

Sebelum travel benda utama yang selalu ditugaskan kepada ku ialah check tempat untuk dilawati so aku akan cari rujukan yang dapat membantu aku bila travel. Bila dah dapat semua rujukan yang diperlukan wajib aku akan failkan untuk memudahkan bila perlu.


 
Fail yang paling tebal ialah fail ke Doha, Paris, London, Volgograd dan Moscow. Senang bila buat fail sebab bila kita nak rujuk boleh buka aje fail tu kan.,
 
Rindunya nak travel lagi hehehehe. Tahun ini kemana yuk???
 
 

Isnin, 9 Mac 2015

BOAT NOODLE 10 MANGKUK

Assalamualaikum,

Semalam punya cerita. Terjah Publika sebab itu ajelah yang berdekatan dengan rumah. Tekak I mengada nak makan Boat Noodle. Adushh terbayang pulak kuah dia yang ala-ala tomyam tu hahaha.

Nasib En Fendi nak bawa kalau tidak sambung bungkus order customer ajelah hahaha. Merajuk setahun kot  ^_______^

Oh ye yang mana nak order barang boleh terus whatsapp CNP yer 012-2281492 . Stok masih ada setakat ini sebab CNP buat banyak terus kes CNP tak kuadddd muahcikeddd bak kata Aida Jebat !!!


 
Order tulis aje berapa mangkuk korang nak makan. Macam CNP order 4 mangkuk dulu sebab takut meja penuh hehehe.

 
Dia ada ayam dan daging dan 2 perisa kuah. Alaaa lupa nama dia sorry.

 
Penuh meja masa ni dah masing-masing order 4 mangkuk sorang untuk pusingan PERTAMA. Rm1.90 semangkuk

 
Green Tea, Teh ais dan Kopi ais versi Thailand Rm6.90

 
Puas hati aku. Ini gambar 1st time makan hehehehe

 
Ini gambar semalam punya makan hahahaha. Kita gabungkan sudeyyyy
 
 
InsyaAllah lepas ni setiap hari ada entry yer...
 
 
Jom follow Instagram : MyshoPINK.pink
 
 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in