Rabu, 9 Disember 2015

KE KOREA KITA ( DAY 2 ) NAMDAEMUN - NAMSAN TOWER


Assalamualaikum,
Jam 5am dah bangun untuk solat subuh.. Nak bangun tu masyaAllah bercinta kottt sebab sejukkkkk. Masuk bilik air buka air panas memang lamalah berkampung dalam toilet hahaha bukan aku sorang je buat kerja macam ni tapi boleh dikatakan semua ahli keluarga. Bila keluar dari toilet menjeritttt hahahaha. Lawak sungguh.


Jam 7am, aktiviti wajib selama di Korea adalah masak nasi + lauk. Macam hari ni lauk kari ayam Yeos + ikan bilis cili kering + kopi panas. Makan kenyang dulu bagi tenaga baru keluar.



Mama kesayangan saya dunia akhirat










Mama mertua kesayangan saya dunia akhirat














Lebat giler buah pisang kaki ni walaupun daun semua dah gugur.




10am baru keluar rumah. Hari ni papa request nak jalan kaki ke Honggik station untuk tengok pemandangan sekitar tempat penginapan. Kami On aje sebab dalam cuaca sejuk ok aje. Perjalanan dalam setengah jam untuk ke station Hongik Univ.



Ada setengah station sediakan escalator ni ada setengan station hanya tangga aje so gigihlah mendaki yer.



Jangan risau kalau sesat dekat Underground, boleh cari Information Center untuk bertanyakan apa-apa sahaja. Map boleh ambik disini.




Menunggu train tiba untuk ke namdaemun market



Orang Korea bila dalam train memang banyakkan main dengan gadget, tapi ada setengah tu tengah tengok line mana nak exit sebab banyak sangat line dan exit kena hafal.


Kalau ikutkan jadual yang telah aku siapkan, hari ini kami ke Namdaemun market, Myeongdong dan Namsan Tower. Tapi disebabkan mama aku lama sangat di bangunan Elendang sebab situ syurga brooch so kami KIV ke Myeongdong dan terus ke Namsam tower. Dekat sini aku dah buat kesilapan iaitu sepatutnya kalau ke mana-mana tempat lain jangan selepas shopping sebab comfirm banyak hasil borongan yang kena angkut sekalikan almaklumlah Korea ni kan berbukit bukau hahahaha.


Direction to : Namdaemun Market

Hongik Universiti – Seoul Station Line 4 – Hoehyeon Station Exit 4 – Namdaemun Market  ( 1250,000 won = RM 5.00 )

Keluar aje dari station Namdaemun,  naik tangga ok.. Jalan terus aje sehingga jumpa kedai-kedai baju kat tepi jalan. Korang juga akan jumpa dengan Kebab Arab. Kebab ni serius sedap kot hahaha wajib cuba ok.

Lepas aje kedai kebab tu jalan terus lagi sehingga automatic kita akan jumpa pintu masuk Namdaemun market belah kanan. Memang target aku dari Malaysia nak cari barang winter aje dekat Korea ni untuk next trip insyaAllah. 

Alhamdulillah selepas puji seorang ahjussi ni dia setuju dengan harga yang aku nak hahaha. Winter Coat pertama beli berdekatan kedai Kebab 35,000 won = RM140.00 dan satu lagi winter coat aku beli dalam pasar Namdaemun Market tetap juga dapat harga yang sama iaitu 35,000 = RM140.00 untuk kali ni winter coat buble memang dah lama aku aim dari Malaysia lagi tapiiiii kat sini mahal dalam RM400++ kot hahahaha.



Beli Guguma ( ubi rebus ) sebab ramai cakap ubi dia lemak manis. Sekali rasa time panas-panas memang sedap kot hahahaha. Tak rugi beli dan cuba.






Lepas tu terus berjalan tengok baju dan barang-barang lain, termasuk papa,mama dan mama mertua memang sakan beli baju winter coat almaklumlah dekat sini walaupun matahari terang yang amat, sejuk tetap menguasai.


Alhamdulillah tak sia-sia aku giler tengok K-drama dan akhirnya tugas aku diKorea adalah bercakap dalam bahasa hangul untuk urusan jual beli dan minta diskaun. Adik ipar dan En Fendi tugas diaorang tengok peta dan transport.




Yang kat belakang tu tengah cuba try keluarkan asap bila bercakap hahahahaha.

En Fendi beli bag yang dah lama diidamkan disini, itupun selepas aku tawar-menawar dan puji-puji sikit ahjussi tu dia bagi dengan harga aku tawarkan tu. (30000 won = RM120.00) Dekat Korea ni apa yang aku tengok kalau korang pandai ambik hati mereka InsyaAllah diaorang akan bagi diskaun walaupun sikit tapi oklah.


Lepas syok sangat shopping tetiba Nampak ramai orang dekat 1 kedai Hyung ni ( gambar atas ni ), rupanya dia jual semua winter coat 10,000 won = RM40.00 sahaja !!! dah lah semua cantik-cantik nasib sempat adik aku rembat juga 2 helai hehehe. Pengajaran lepas ni round habis dulu baru  buat keputusan nak beli yang mana hahaha.


Naib baik sebelum keluar dari kawasan Namdaemun Market ini, mama aku teringatkan pasal brooch, gelang dan cincin. Berdesup aku buka kitab Korea dan cari bangunan yang mama aku maksudkan.Bangunan E-Lendang ini warna hijau lembut dan besar. Ada 2 tingkat dibahagian atas dan 2 tingkat dibahagian bawah. Kalau korang nak beli brooch naik second floor, buka pintu kaca permulaan masuk tu terus jalan kedepan aje walaupun dekat situ berpuluh-puluh kedai lain ada sekali. Dah sampai ke hujung belok kiri dan cari kedai no 209 InsyaAllah korang akan jumpa dengan Ahjumma comel. Ahjumma ni senyum aje masa Nampak aku sebab memang kedai dia banyak rakyat Malaysia datang. Sempat jugaklah aku tunjukkan gambar dia dalam kitab korea aku tu hahaha. Tapi kalau nak beli gelang atau cincin baik beli kat bahagian bawah lagi banyak hehehe.

Aku beli brooch dan rantai kat sini tapi tak adalah banyak sebab duit tidak mengizinkan hahahaha banyak hari lagi nak menetap kang habis macam mana nak hidup. Kalau beli banyak pandai-pandailah korang adjust ahjumma tu supaya bagi free gift seketul hahaha.
(20000 won = RM80.00) Patutlah brooch Korea dekat Malaysia jual mahal sebab dekat sini pun harga agak mahal tapi kualiti dia memang terbaiklah bersinarrrr je batu dia.

Hampir 2 jam duk dalam kedai brooch sampai tak sedar rupanya ahli keluarga yang lain dah lama tunggu kat bawah haha. En Fendi datang cari ajak turun barulah kitaorang turun. Tapi sebelum tu mama aku memang tak puas hati sebab ada barang yang dia nak tak jumpa lagi. So aku aku janji akan cari slot untuk mama dan mama mertua aku shopping sepuas hati dekat bangunan  E-Lendang tu.


Hotteok 2 keping ( 1000 won = RM4.00 ) sejuk-sejuk makan benda ni memang layan kot.


Buka kitab Korea jap untuk fahamkan jalan menuju ke Namsan Tower. Selamber badak aje aku duduk kat tengah jalan sebab kat situ ada batu kecik hahahaha.

Macam aku cakapkan tadi dekat sini aku buat satu kesalahan dalam jadual perjalanan iaitu ke Namsan Tower selepas shopping so berangkutlah hasil shopping naik cable car ke Namsam Tower.


Direction to Namsan Tower :

Myeongdong Station Exit 4 ( 900 won = Rm3.60  )

Ok dekat sini korang kena faham betul-betul yer..
Keluar dari Myeondong Station Exit 4, korang jalan terus aje sehingga jumpa intersection besar tapi jangan lintas pulak. Masuk je ke kiri jalan tu dan teruskan perjalanan yang agak mendaki sikit hehe. Kalau korang kedepan InsyaAllah korang akan nampak cable car. Hujung jalan ada simpang so pilih simpang ke kiri dan jalan terus sehingga jumpa simpang lagi, pilih ke kanan pulak. ( Dari simpang kiri tadi dalam 5 minit korang akan jumpa simpang kanan ) Kalau korang jumpa Namsan guesthouse kiranya jalan korang tu memang betul dah. Kalau sesat cuba tanya orang sekitar situ atau tunjuk kan gambar Namsan Tower InsyaAllah mereka akan bantu. 


Keluar aje Myeondong Exit 4, korang akan nampak bangunan Coklat ini. Jalan terus aje macam aku cakapkan tu.






Berhenti rehat sekejap... nasib aku tak menginap di Guesthouse Namsan ni kalau tak kesian oiii dekat family aku. Aku pun tercungap-cungap apatah lagi orang tua kan.





Bila korang jalan terus selepas Guesthouse Namsan Tower tadi, korang akan nampak sebuah bangunan besar sekali tu dah nampak cable car pergi balik hehehe. Silalah naik tangga ini untuk keatas yer.




Selepas korang naik tangga tadi, mesti korang akan nampak bangunan ni... Ikut aje tanda arahnya InsyaAllah sampai ke kaunter beli tiket.



 Silalah beratur yer untuk pembelian tiket. Kebetulan masa kami sampai memang orang tak ramai. Samapai kaunter terus beli tiket hahaha. 


Alhamdulillah hampir 45 minit berjalan akhirnya jumpa juga Namsan Cable Car. Kami pilih sehala aje sebab balik nak naik bas. ( 6000 won = RM24.00 SEHALA ) 


Beratur nak naik cable car, tapi masa ni kami beli tiket terus boleh masuk cable car terus.






Yeayyyy dah sampai.. Atas ni lagi sejukkkkkk.





Kunci adik iparku.. Next year datang harus cari balik hehehe.




Budak kesian sebab banyak kali ahjumma korea tanya mama aku kat dalam train sama ada dia buat pembedahan wajah ke tak hahahaha.































Di Namsan Tower aku beli poskad sekeping sebagai kenangan (1500 won = RM6.00)


Masa ni mama dan mama mertua aku tak join naik atas dekat Namsan Tower sebab diaorang penat, menunggulah kami dalam sejam jugak sampai mengigil kesejukan walaupun dah baju sejuk hehehe. Papa best mana-mana aku pergi dia join ambik gambar hahaha.


Masa balik, aku tersilap jalan atau jalan yang sepatutnya aku patut lalu untuk tunggu bas tu tutup rasanya sebab tak jumpa. Last-last kami turun tangga dari puncak Namsan Tower dengan gigihnya. Ramai pulak orang Korea mendaki tangga ke Namsan Tower, gigih kot hehe.









Gambar ini tanpa edit.. Jam 5.45pm aku ambik gambar ni sementara tunggu family aku masuk toilet otw turun kebawa dari Namsan Tower.

1 jam perjalanan turun kebawah tapi bila sampai bawah terus aku panic sebab tak nampak bas langsung. Aku tanya seorang Ahjumma ni macam mana nak dapatkan bas ke Myeongdong atau teksi.Ahjumma  bagi direction ke station bas dan teksi sepatutnya aku kena tunggu. Alhamdulillah legaaa.

Menapak ke kiri dalam 10 minit Alhamdulillah jumpa station bas. Kitaorang kena ambik bas no 504 ke Myeondong (1100 won = RM4.40)

Di  bus station ini, aku sempat berborak dengan budak perempuan korea namanya Sujin dan dia jugaklah yang menolong kami naik bas ke Myeondong sebab satu arah dengannya untuk balik rumah. Dalam bas kami bergambar dan berborak tentang korea. Yang bestnya sempat juga bertukar email dan sehingga sekarang walaupun aku dah balik ke Malaysia kami masih berhubung antara satu sama lain. Sebelum berpisah Sujin bersalam dan minta bergambar bersama so aku ok ajelah sebab happy dapat kawan Korea hahaha.


Bergambar dalam bas dari Namsan ke Myeondong.


Bergambar di Myeondong betul-betul selepas turun dari bas.

Dari Myeondong kami terus ambik train untuk pulang ke Guesthouse.

Direction ke Hongik Universiti :

Myeondong station Exit 4 – Hoehyeon Station Exit 4 – Seoul Station Line 4 – 
Hongik Universiti  Exit 1 (1250 won = RM5.00)

Underground Hongik Station Exit 1 memang best, macam-macam kot diaorang jual dengan harga yang agak murah. Sempat beli facial wash ( 3500won = RM14.00 ) kes terlupa bawa hahaha.


Kuih kastad tak ingat namanya apa.

Keluar aje dari Station Hongik Univ, kami berpecah 2 teksi untuk family aku dan mertua sebab tak muat. Aku tunjuk alamat Guesthouse dan Ahjussi tu key in GPS terus hantar kami sehingga depan pintu Guesthouse. (3500 won = RM14.00) Kalau ramai lebih baik naik teksi lagi jimat tapi kalau kurang 3 orang memang naik baslah nak jimat hahaha.

Malam ni sampai rumah aje solat jamak semua, terus En Fendi masak Maggie untuk semua. Sedapnyaaaa makan time sejuk hahaha.




Minum pulak dengan Macha Latte dan Susu pisang memang best arrr. Aku banyakkan minum susu pisang dekat sini sampai terlupa nak bawa balik Malaysia untuk adik-adik aku hahaha.

Siap makan kami bersiap untuk keluar ke Hongdae tapi hanya aku, En Fendi dan Dila ajelah sebab yang lain nak rehat. Rupanya berhadapan Hongik Station ada Hondae street yang memang meriah pada waktu malam dengan macam-macam jualan, cuma terlindung dengan bangunan tinggi bahagian depan.


Direction to Hongdae street :

Naik bas no 6607 ke Honggik Station ( 1100 WON = RM4.40 ) 





Kali ni memang aku nak cari boot winter sebab kaki aku memang jenis tak tahan sejuk tambahan pulak kitaorang datang ni dah masuk winter kan. Akhirnya dapat jugak boot winter color marron gelap. ( 19000 won = RM76.00 )

Salegirl yang layan aku tu comel sangat so aku minta nak bergambar dengan dia, mulanya dia terkejut tapi bila aku cakap kamu comel dalam bahasa korea terus cakap ok hahahaha. Misi En Fendi nak bergambar dengan gadis korea pun tercapai hahaha.



Ini bergambar dengan salegirl jual baju sejuk hahaha. Nampak comel aje terus aku ajak bergambar dan diaorang sangat-sangat best terus join je.



Adik ipar aku punya kerja, dahlah musim sejuk dia pergi beli aiskrim panjang pulak tu sampai satu tahap kepala aku rasa macam beku snagat-sangat hahahaha.


Setle beli boot winter terus ke belakang bangunan Spoa untuk lihat pemandangan Hongdae Street. Terkejut aku bila tengok meriahnyaaaaa kat sini. Selepas penat tawaf dan shopping sikit, kami lepak makan odeng ( 500 won = RM2.00 ) dan toppoki semangkuk
(2500 = RM10.00) Sedapnya original Korea punya. Tapi untuk cari yang halal kita kena pastikan tiada makanan berasaskan ayam dan daging dijual sekali kecuali seafood,insyaAllah boleh janji jangan was-was.






Sambil lepak makan toppoki dan Odeng order Caremel Mashito Dunkin Donut. Review ramai kata air ni sedap tapi bila aku try memang sedap punnnnn. ( 3900 won = RM15.60 ) Memang layan minum kopi di Korea ni, tambahan pulak dalam cuaca sejuk, boleh warm tangan sekali jalan hahahaha.






2 jam melepak di Hongdae, kami terus balik guesthouse dengan teksi. Kos teksi untuk hari ni Dila yang bayarkan.


Bajet yang dibayar dari Malaysia :

-Tiada-

 Bajet Hari Kedua  :

Train ke Namdaemun = 900 won (Rm3.60)

Winter Coat Pink = 35,000 won (Rm140.00)

Winter Coat Buble = 35,000 won (Rm140.00)

Beg En Fendi = 30,000 won (RM120.00)

Brooch + Rantai  = 20,000 won ( Rm80.00)

Makanan Hotteok = 1000 won ( Rm4.00 )

Tiket Cable Car = 6000 won (Rm24.00)

Poskad Namsan Tower = 1500 won (Rm6.00)

Bas ke Myeondong = 1100 won ( Rm4.40 )

Train ke Hongik Univ = 1250 won ( Rm5.00 )

Facial Wash = 3500 won ( Rm14.00 )

Teksi ke Guesthouse = 3500 won ( Rm14.00 )

Bas ke Hondae = 1100 won ( Rm4.40 )

Winter Boot = 19,000 won ( Rm76.00 )

Makanan Odeng = 500 won ( Rm2.00 )

Makanan Toppoki = 2500 ( Rm10.00 )

Minuman Caremal Mashito = 3900 won ( Rm15.60 )


Total : 166,700 won = RM668.00 untuk 1 orang ( Termasuk shopping En Fendi sekali )

* Rate matawang mengikut tukaran sebelum ke Korea.




0 Orang Sayangkan Cik Nurul:

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in