18/11/2015 - Rabu
1.30am adik bongsuku dah kejutkan, janji dengan dia tak nak tidur tapi terbabas juga hahahaha. Bersiap-siap tunggu van kawan papa sampai dalam jam 2.30am kami bergerak ke Keramat untuk ambik En Fendi, Dila dan mama mertuaku. Jam 4.30am kami selamat sampai di Airport KLIA 2
Kejadian yang mendebarkan kami semua, bila time nak check in nama penumpang ada tapi booking untuk bag dan makanan hanya ada pada nama En Fendi sahaja dalam sistem Airasia. Nasib baik jugalah En Fendi printkan siap-siap detail pembelian makanan dan bag secara online semasa pembelian tiket dibuat. Kalau tak bayarlah wei 1 kilo RM50.00 harap maklum. Ada sorang mamat staff Airasia ni masa di kaunter aduhaiii slow yang amat buat kerja. Kalau staf wanita lain cepat, tangkas dan membantu. Setle drop bag kami semua pergi makan dan solat subuh. Makan The Chicken Rice Shop aje selepas pemeriksaaan Kastam. Nasi ayam seorang RM18.50 seorang.
1st di London 2 tahun lepas. Dalam flight aku tidur hingga jam 10.30 pagi. Besar jugak
Airasia X ni... Dah terjaga tu aku bangun dan merayap dalam flight, tengok Running Man dan
tidur balik hahahahaha... Yang bestnya dapat berkenalan dengan Kak Naemah dari Putrajaya.
Macam-macam dia bagi makanan kat aku syokkk oooo. Hai Kak Naemah !!!!
Mula-mula bila dapat tahu dapat seat paling belakang sekali mulalah macam bengang je tapi bila dah duduk kat kawasan ni rasa best plak sebab dekat dengan toilet dan boleh berjalan-jalan untuk regangkan tulang punggung dan pinggang hehehehe.
Alhamdulillah dalam perjalanan nak sampai Korea ni, Allah bagi kami tengok rupa salji depan
mata sebab salji tersangkut di cermin flight... Biasalah orang tak pernah tengok macam
mana rupa salji tu yang jakun jap hehehehe... Tepat jam 2.30pm kami selamat sampai di Incheon Airport. Besar giler airport Korea ni sampai nak ambik bag pun kena naik train pergi ke bangunan sebelah hehehe.
Bangga kejap bila nampak bendera Malaysia di luar negara..
Mama dan mama mertua..
Suasana dalam train untuk ambik bag...
Setle Kastam, terus pergi ambik bag tapi yang mat mendukacitakan CNP adalah bag pecah.. nasib semua barang tak terkeluar huhuhu.. punyalah pergi Negara lain tak adalah seganas Korea ni huhuhu..
Lepas ambik bag, jangan lupa isi form custom declaration yer.. Jujur aje apa yang korang bawa insyaAllah lepas.
Keluar aje dari pintu serahan custom declaration ni belok kiri akan Nampak 7Eleven. Dekat sini pergi kaunter minta RELOAD T-MONEY atau kalau korang nak beli T-money pun boleh kat sini. Kitaorang semua topup 30,000 won (RM120.00) setiap sorang.
Stok makanan selama 10 hari di Korea. Alhamdulillah mencukupi dan ada lebih kami tinggal di Guesthouse je. Guesthouse CNP book melalui AIRBNB (tinggalkan email korang dekat komen entry ini kalau nak diskaun harga nanti CNP add )
Macam CNP menginap di Hongdae, so tak perlu naik Arex Express sebab Arex Express terus ke Seoul station. Kami naik train Arex yang berhenti-henti setiap station aje sebab train Arex ini akan berhenti di Honggik Station @ Hongdae. Kos jauh lebih murah iaitu
4050 won (rm16.20) sahaja berbanding Arex Express 6500 won. Korang jangan keliru tau antara Arex train (train berhenti-henti setiap station) dan Arex Express.
Dekat airport kalau korang keliru nak naik train mana, korang boleh ke Information kaunter sebab dekat situ pandai cakap English. Nnati dia akan bagi pandangan untuk naik apa.
Masa nak sampai ke GH ni, CNP memang tak pakai baju sejuk lagi sebab dekat airport dan train agak suam-suam panas kos diaorang pasang heater, so malaslah nak pakai baju sejuk. Tapi bila dah sampai Honggik Station keluar aje dari underground fuhhhh mengeletisss kesejukan tau.. Nasib tuan rumah bagi alamat dalam Bahasa Korea, so kami tahan teksi dan tunjukan alamat tersebut. Alhamdulillah jam 6.30pm kami selamat sampai GH dan wife owner menyambut kami dengan mesra sekali. GH tingkat 4 oiii dah lah tak ada tangga. Sini jarang GH ada lift hehehe. Tapi yang best GH kami ala-ala apartment sebab tak perlu kongsi bilik air dan dapur dengan orang lain. Kos naik teksi 3200 won (RM12.80 / 3 org ) Teksi Korea canggih sebab bila kita bagi alamat terus diaoarang key in Gps hehehe.
CNP syorkan korang guna Application Subway Navigation untuk Android. Memang sangat-sangat membantu korang kat Korea.
Direction :
Dari Incheon Airport ( Arex train ) - Honggik Station ( Line 2 Exit 1 )
Sini time winter siang pendek, dalam jam 5.30pm dah Magrib dan 6.45pm Isyak. Orang Korea memang baik hati dan suka tolong menolong terutama pelancong luar, walaupun diaorang tak faham Bahasa kita tapi gigih untuk membantu juga.
Lepas jamak solat Magrib dan Isyak, kami yang muda mudi ni keluar jalan-jalan disekitar GH. Ya Allah sejuknya sampai ketulang. Merayap beli coffee dan banana Uyu 1000 won X 4 botol (RM4.00 x 4 ) atau lebih dikenali susu pisang. Memang sedap kot dan wajib cuba bila datang Korea.
Dekat area penginapan bahan mentah seperti sayur dan ikan tak susah sebab dekat dengan supermarket area GH. Beli air mineral 20 botol kecil 6200 won ( RM24.80 )
Adik aku beli Coffee 2200 won (RM8.80) sebab katanya datang Korea wajib cuba semua Coffee yang ada hehehe. Sepupu En Fendi pun cakap benda yang sama. Aku bab-bab kafein ni kureng sikit sebab mudah sangat sakit kepala. Dekat sini sengaje beli coffee dalam tin panas punya sebab nak warm kan tangan.
Jam 9.30pm balik GH sebab dah tak terasa kewujudan pipi dan hidung hahahaha. Sejuk-sejuk ni perut sentiasa lapar so sebelum tidur kitaorang melantak Maggie goreng Dilla masak hehehe.
Tingkat bilik buka sikit aje sebab sejuk melampau sangat hahahaha...Lepas makan terus Zzzzzzz.
Bajet yang dibayar dari Malaysia :
Nasi Ayam di Klia2 = RM18.50
Bajet Hari Pertama :
Topup T-money = 30,000 won (Rm120.00)
Train Arex = 4050 won (Rm16.20)
Teksi dari Honggik Station ke Guesthouse Mopu-gu = 3200 won (Rm12.80/3 = RM4.20)
Susu Pisang = 4000 won (RM16.00/2 = RM8.00)
Mineral water 20 botol kecik = 6200 won ( Rm24.80)
Total : 47,450 won = RM191.70 untuk 1 orang ( termasuk nasi ayam )
* Rate matawang mengikut tukaran sebelum ke Korea.
Hi CNP...bestnyaa..saya insyaAllah nak pi Oct ni..nk tny seat dalam flight mmg randomly given ke?
BalasPadamAssalamualaikum..Boleh kak Thua Nurul Tinggal di guest house mana ya?email kak:haslinda.abdullah@ihs.com
BalasPadam