Hari ke 9 di bumi Korea.. hari ni akan check out guesthouse di Hongdae dan check in guesthouse sekitar airport yang telah di booking melalui booking.com
Air tangki atas bumbung tu dah makin beku aku tengok... korang bayangkanlah macam mana kitaorang mandi setiap pagi kalau heater tak berfungsi hehehehe.
Pemandangan dari atas penginapan kami..
Bersiap untuk ke Subway station terus ke airport. Mr Hong owner guesthouse tolong hantarkan ke Honggik Station 10,000 won = Rm40.00 sahaja.
Salji pertama turun semasa kitaorang nak balik ke airport..
Tq Mr Hong !!! Masa ni aku sangat-sangat menyesal tak pakai long john bahagian dalam. sejuk nak mampus hahahaha.
Dalam subway mengelupur cari sarung tangan sebab tangan dah kebas. Konon nak tunjuk terer last-last kejung !!
Si bongsu ni memang asyik membuta aje dia kat mana-mana pun.
Kami naik KTX ke airport tapi bukan express punya. boleh rujuk entry hari pertama ok semua detail ada disitu. Kami terus ke kaunter teksi untuk book teksi hantar ke guesthouse. Rupanya memang dekat sangat pun dengan airport. Dalam 10 minit perjalanan je. Kos teksi jumbo macam artis-artis K-pop selalu naik tu 20,000 won = Rm80.00
Selepas check in, letak barang terus keluar sebab salji turun. Ya Allah doa aku Allah makbulkan hehehe.
Berselubung kot sebab nak bernafas pun macam susah dah bibir pun tak terasa hahahaha.
Happy family aku, happylah aku... Sekarang ni bagi aku happykan mereka sebab diaorang dah penat happykan aku dari kecik lagi hehehe.
Beginilah kami.... janji badan tak sejuk hahahaha
Mcam ais kepal pun ada..
Makan yang mana yakin aje...
Orang eskimol hehehe
Keluar pergi cari makanan di 7 Eleven...
huaaa salju, bagaimana rasanya pegang salju?
BalasPadam