Update blog secara tetiba lepas kena soal jawab dengan kekasih I... Tetiba pulak mood mari gituuuu. Oh Phuket I miss You sooooooo much. Ok update blog dengan kisah Phuket yang dah basiiii hahahaha. Dah masuk 3 bulan lepas balik baru update..
Jam 9am ada van datang jemput kami ke Pulau sebab ambik full pakejkan.. Korang bayangkan jam 3pm baru keluar dari Raya Island... 6 Jam ok berjemur bawah cahaya matahari !!!!! Snookeling dan berjimba-jimba dengan ikan sampai muka aku naik sunburn, kulit tak sekata, jerawat, dan jeragatttttttttttttt huwawwwww nak nangis aje bila tengok wajah sendiri kat hotel nok..
Phuket trip nilah Trip paling santai aku pernah buat.. naik flight pakai selipar jerrrr sampai mama mertuaku cakap jangan hehehe. Mat Salleh sempoi je kan hahahaha.
Trip ke Phuket ni, last minit sebenarnya sebab trip yang sepatutnya bulan Disember ni CANCELLLLL so hanginlah I, tengok tiket + hotel dan point Airasia yang mana kena dengan pilihan hati jadinya Phuketlah yang kita cari hehehehe.
Misi sewa motor, Alhamdulillah berdekatan hotel Tiger ada tempat sewa motor dengan harga 20,000bath = Rm20.00 selama 24 jam. Cagaranya salah seorang Passport kena tinggal. So tawakal ajelah kami. Abaikan wajah aku yang kemerahan dan color tak sekata dah tu... nampak dah kan sedihhhh I.
Yeayyyyyy sakan nooo kami naik scooter orennnn. Ambik angin malam gituuu.
Sementara salegirl setlekan Tshirt Hard Rock Cafe kami.. aku posinglah. Korang tengoklah betul tak hakak habak hakak datang sini sempoi bak hang hehehe. Nasib tak kena halau keluar sebab pakai selipar hahaha.
Terima kasih lah kekasih I sebab bawa I datang Phuket.. Dekat Hard Rock Cafe dekat 2 jam sebab kekasih I beli pilih dan beli pun punya lama. I senang aje mana yang dia pilih cun terus minta couple set senang janji tingga jejak hahaha.
Setle urusan beli baju, marilah kita jamu perut dengan masakan Thailand. Ingat cari yang ada tanda halal yer. Kalau tanya semua kedai cakap halal tapi ada pork !!. Kitaorang makan dekat SAN SABAI berdekatan Hard Rock Cafe dan Hotel Merkuri.
With Cik Aja...
Keluar ni langsung tak pakai apa-apa krim just tempek lipstik sebab muka rasa panassss sangat.
Ya Allah sedapnyaaaa masakan Thailand rupanya.. Ini barulah 100% Thailand punya hahahaha.
Perut dah kenyang, jam 11.30pm kitaorang ronda-ronda sikit sekitar Pantai Phuket dan terus balik ke Hotel. Penatttttt.
Bajet yang dibayar dari Malaysia :
- Tiada -
Bajet Hari Kedua :
Beli Air di Raya Island = 100bath (RM10.00)
Sewa Payung Pantai Raya Island = 200bath / 5 (Rm8.00)
Sewa motor 24 jam = 200bath (RM20.00)
Makan malam = 8400bath/5 (RM33.60 )
Minyak Motor = 400bath (RM40.00)
Total : 2300bath = RM111.60 untuk 2 orang ( tidak termasuk shopping )
* Rate matawang mengikut tukaran sebelum ke Phuket.
Total : 2300bath = RM111.60 untuk 2 orang ( tidak termasuk shopping )
* Rate matawang mengikut tukaran sebelum ke Phuket.
0 Orang Sayangkan Cik Nurul:
Catat Ulasan
♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥