Jam 10am keluar sarapan pagi di area Masjid Patong, itupun selepas bertanya di mana makanan halal ada dekat seorang mamat masa isi minyak motor..
Sempatlah juga booking airport transfer ke Airport jam 2pm nanti. Diaorang caj 800bath = RM80.00
Suasana dalam hotel Tiger Phuket.
Dimana-mana Harimau jinak jaga kami di Hotel ni.. hahahahahaha
Roti Canai + teh hijau = 10,000bath (RM10.00)
Hawa Kitchen memang sedap dan halal.. betul-betul berdekatan Masjid Patong.
12pm terus ke Kamala Beach. Dekat area situ minyak motor lagi murah dalam RM30 je satu botol mineral tu.. Jalan-jalan sekitar Kamala Beach tu tapi waktu tengahari macam nak terbakar kulit ni hah, walaupun berdekatan dengan pantai tapi langsung tidak berangin.
Inilah motor yang kami sewa RM20.00 selama 24 jam tau hehehe. murah kan..
Boyfriend i ni.....
2PM keluar dari hotel, terus melepak di Mall sebelah hotel tiger tu. Kes nak aircond so marilah manapak dalam mall hahaha teringat kat Korea, masuk Mall sebab nak dapatkan haba panas hahahaha. Dilla nampak pool terus ajak main so marilah habiskan waktu sikit disini.
Singgah pasar basah depan hotel Tiger untuk beli serbuk teh dan green tea utamanya tapi lepas tu nampak nenas kecik dan mangga terus beli jugak.
Inilah hotel Tiger area Patong..
5pm lepas solat, mandi semua terus ke Kamala Beach semula untuk tengok sunset dan dila teringin naik payung terjun tu..
Pandang mana tuuuuu..
Jam 8pm gerak balik dan singgah Mall sebelah Hotel Tiger untuk belikan sesuatu untuk adik-adik aku. Aku macam biasa negara yang aku lawat tu wajib cari frame gambar hehehehe nanti nak letak gambar-gambar kenangan masa cuti.
Setle shopping dalam Mall, terus ronda-ronda cari tempat massage hehehe datang sini tak massage memang rugi dah lah murah.. aku dan En Fendi satu bilik siap pesan tak nak diasingkan hahaha. Lepas setle massage terus lepak makan pulut mangga, jus mangga,pancake nutella dan tomyam.
12 pagi barulah pandai nak balik hotel hahahaha. Badan dan mata aku ni dah kejung tu yang ajak diaorang balik.
Terlihat menyenangkan...
BalasPadam