Isnin, 6 Februari 2017

PERSIAPAN KE KOREA 2017 & DAY 1 (NAMSAN TOWER , MYEONGDONG)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah akhirnya selamat pulang ke Malaysia... hampir 2 minggu menjadi warga Korea sementara hahaha.. Suhu time sampai pun dah -5'c so korang boleh bayangkanlah macam mana pakaian aku kat sana hehehe. Suhu tak pernah turun malah makin naik negatif adalah... InsyaAllah minggu ni korang akan dihidangkan dengan Trip Korea yer ;)




Flight aku jam 1 pagi pada 11/1/2017,so 10/1/2017 lepas magrib kawan En Fendi datang jemput untuk ke airport. Kiranya malam itulah flight kami. Permulaan perjalanan sangat smooth tapi bila jam 3.45pagi pilot buat pengumuman untuk pakai seat belt disebabkan turbulence selama 45 MINIT !!!!! Masa ini aku memang tak boleh tidur, bibir sentiasa baca ayat kursi dan mengucap. Tidur pun macam tidur ayam.. lagi satu jam nak sampai Korea baru boleh tidur lena. 




Sebelum check in, kitaorang beli KFC simpan dalam beg. Nanti sampai Korea esok masak nasi dan kfc buat lauk hehehehe.




Ramai sungguh perihatin bila tengok i pakai selipar haha, siap cakap tak sejuk ke kaki bila sampai korea nanti :) I memang pakai selipar, seluar tidur je kalau flight malam sebab risau tak selesa bila nak tidur hahaha. Sampai Korea, terus ajelah pakai boot.
Selama 3 bulan aku diet atkin, alhamduillah akhirnya menjadi jugak 10kg lost !! So sebelum naik flight memang dah niat nak makan nasi lemak Old Town hahaha.. Nikmatnya dapat makan nasi oiii hehe.




Stok makanan memang banyak aku bawa untuk kehidupan di Korea, sebab kita sedia maklum makanan halal  di sana memang mahal. Sekali makan nasi sorang dah Rm40.00 hehehe.. Stok makanan yang di bawa ialah :





Beras 5kg
Minyak masak
Bawang
garam
stok makanan Brahim
Minuman 3 in 1
Maggie
Sup kambing ( dalam tin )
Roti Gardenia
Sardin


11 - 20 Januari 2016....10 hari cari kehidupan di Bumi Korea hahaha.. Serius aku cakap, aku memang sentiasa rindu nak pergi Korea lagi..








Suka bukan main En Fendi bila dapat bergambar dengan pramugari Filipina Airasia  ^^ Tangan tuuuuuu ;(





Sarapan pagi dengan nasi panas + ayam kfc + sambal kering + Gulai Ayam brahims + Kari Daging Brahims



Kali ni pilihan penginapan tetap di Hongdae.. senang tak payah tukar banyak train dengan beg-beg besar gabak ni. Keluar exit 3, jalan 3 minit dah sampai Guesthouse apartment. Sampai GH, masak nasi, bersiap nak kuar dengan baju yang lebih proper sebab aku dah terkejut dengan suhu yang melampau sejuk. Kalah suhu last year datang korea hehehe.


Sebelum meneruskan perjalanan, ambik gambar dekat kedai ala-ala starbuck, memenuhi permintaan si Fazly.


Ke Cosmojin di City Hall, Nak dapat tiket diskaun Everland punya pasal so menapaklah kami ke sini dalam keadaan suhu yang melampau sejuk.



Nampak tak bangunan belakang tu tulis PRESIDENT?? masuk dalam tu ikut lobi hotel dan nanti korang tanya je kat kaunter penyambut tetamu.


Dah macam apa je rupa aku kat Korea ni habis berselubung aje. hidung dah mula kebas dan merah.


Belakang aku tu pintu masuk perpustakaan Korea. Besar betul perpustakaan diaorang. 


Nak panas punya pasal belilah hot chocolate tapi tahan 5 minit aje lepas sejuk jugakkkk.


Setle tiket Everland terus ke Namdaemun market, kononnya nak cari winter coat yang bulu-bulu tu tapi nan hado yang berkenan dihati.




Dalam jam 4.30pm kitaorang terus ke Namsan Tower. Pergi balik naik lif bergerak coz tak nak ulangi kesilapan dulu mendaki sampai ke atas hahaha. Musim winter gelap cepat yer so magrib pun awal.


Puncak Namsan ni sejuk dia alahaiiiiiii so kita panaskan dengan Hot Chocolate. Nampak tak benda bulat tu?? tunggu sampai di gegar baru pergi order kita kat kaunter dia.


 Datinglah kami berdua hahahaha...



Bila kabus, gambar pun tak cantik huhuhuhu..



Setle di Namsan tower, terus singgah Myeondong..perut lapar giler so teringat restoran Halal ikan bakar di Busan Jib. Senang aje nak cari Restoran ni, korang kena jalan sehingga jumpa kedai lambang APPLE terus masuk lorong kecik tu insyaAllah jumpa.



Sotong pedas dan Ikan Bakar dia memang terbaikkkkkkk. Sedap dia masyaAllah...



Macam asam pedas aje bila hirup..





Setle makan, terus sambung jalan-jalan cuci mata kat area Myeondong ni. Saje bagi Fazly dan Aja tengok dulu pemandangan malam di Korea.










Korang ingat aku saje-saje nak ambik gambar ni ke? sebenarnya sebab aku tengok oppa tu hensem hahahahaha itu pasal aku ambik.. pulak tu dia pandang kamera kot hehehe.. setle ambik gambar ni oppa tu babai kat aku oh sweettttt. Gataiii.


Masa ni En Fendi dah tak tahan sejuk tu dia pakai mask mulut. katanya nak bernafas tak puas asyik nampak asap kena sedut balik aje hahahahaha.


Dalam jam 11pm kitaorang balik GH sebab esoknya perjalanan ke Nami Island pulak. Baju Pikachu  sempat aku beli masa di Namdaemun market. Wah ramai rupanya berminat tapi sorry duit cash aku tak cukup nak belikan.. Siapa nak follow intinerary aku di Korea dipersilakan.. Intinerary ni dibuat setelah 2 kali mesyuarat untuk tentukan hari ke sesebuah tempat malah untuk jimatkan kos so kena bijak aturkan perjalanan train sekali.


Intinerary selama 10 hari di Korea


DAY 1
11/1/2017
TIME
AKTIVITI
CATATAN

8.00AM
-SAMPAI KOREA DARI MALAYSIA




-CHECK IN GUEST HOUSE HONGGIK



12.00PM
-NAMDAEMUN MARKET (BELI BAJU SEJUK SHJ)




-NAMSAN TOWER




-CHEONGGYECHEON STREAM (SUNGAI CANTIK)




-DONGDAEMUN IKAN BAKAR UNTUK DINNER

10,000 WON

DAY 2
12/1/2017
TIME
AKTIVITI
CATATAN

7.00AM
-PERJALANAN KE NAMI ISLAND




-AKTIVITI BEBAS DI NAMI ISLAND



5.30PM
-BALIK KE HONGDAE



9.00PM
- EYETRICK **** (SIAPA NAK MASUK SAHAJA)




-HONGDAE STREET
-HELLO KITTY CAFÉ



12.00PM
BALIK GUESTHOUSE



DAY 3
13/1/2017
TIME
AKTIVITI
CATATAN

7.00AM
-PERJALANAN KE EVERLAND THEME PARK



10.00AM
-OPENING EVERLAND



5.30PM
-BALIK KE HONGDAE
-ITAEWON (SOLAT & DINNER)



9.00PM
-AKTIVITI BEBAS



12.00PM
-BALIK GUESTHOUSE





DAY 4
14/1/2017
TIME
AKTIVITI
CATATAN

7.30AM
-KELUAR DARI GUESTHOUSE



8.00AM


-BUKCHON HANOK VILLAGE
-HAN RIVER
-HANBOK FREE DI M PLAZA



10.30AM-6PM

1.00PM
-FREE MARKET HONGDAE STREET

1PM – 6PM SHJ

9.00PM
-AKTIVITI BEBAS



12.00PM
-BALIK GUESTHOUSE



DAY 5
15/1/2017
TIME
AKTIVITI
CATATAN

7.00AM
-PERJALANAN KE GANGNAM
-HARD ROCK CAFÉ SEOUL
-LOTTE WORLD THEME PARK
-YANG GOOD HALAL BBQ IN YEOKSA GANGNAM



10.30PM
-BALIK KE HONGDAE




-AKTIVITI BEBAS



DAY 6
16/1/2017
TIME
AKTIVITI
CATATAN

7.00AM
-PERJALANAN KE YONGPYONG SKI RESORT




-AKTIVITI YONGPYONG GONDOLA
-MAIN SLIDE
-AKTIVITI BEBAS



3.00PM
-CHECK IN HOTEL YONGPYONG SKI
-AKTIVITI BEBAS
-MAIN SALJI



12.00PM
BALIK HOTEL





DAY 7
17/1/2017
TIME
AKTIVITI
CATATAN

7.00AM
-SNAP PICTURE DI YONGPYONG SKI RESORT



12.00PM
-CHECK OUT HOTEL YONGPYONG SKI



5.00PM
-BALIK KE HONGDAE



8.00PM
AKTIVITI BEBAS



DAY 8
18/1/2017
TIME
AKTIVITI
CATATAN

8.00AM
-PERJALANAN KE GYEONGBOKGUNG (ISTANA)
-CITY HALL
-DOTTA MALL (SOUVINER)
MYEONGDONG DAY !!



12.00PM
BALIK GUESTHOUSE



DAY 9
19/1/2017
TIME
AKTIVITI
CATATAN

8.00AM
-NAMDAEMUN DAY !!!
-AKTIVITI BEBAS



12.00PM
BALIK GUESTHOUSE



DAY 10
20/1/2017
TIME
AKTIVITI
CATATAN

10.00AM
-CHECK OUT GUEST HOUSE
-TERUS KE AIRPORT
-CLAIM TAX
-CLAIM TMONEY
-AKTIVITI BEBAS



4.30PM
BYE BYE KOREA HAI HAI MALAYSIA





SUHU

Untuk rujukan bolehlah tapi kurang tepat. Katanya masa kami sampi 3'c tapi rupanya -5'c bila pilot umumkan..





Update kali ini, CNP tak detailkan perbelanjaan dan perjalanan sebab dah buat yang lengkap pada trip sebelum ini, so korang rujuk trip sebelum ini ajelah. Click aje dekat sidebar sebelah ni.


0 Orang Sayangkan Cik Nurul:

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in