Jumaat, 10 Mac 2017

KOREA WINTER TRIP (BUKCHON HANOK VILLAGE) - DAY 4

Assalamualaikum,

Ya Allah bagilah mood M aku berambus dalam diri ni huhuhu..


Bukchon Hanok Village...

Hari ke 4, hari yang aku konon-konon nak berlagak boleh tahan dengan suhu sejuk kononyaaaa..

Ko tengok baju aku tu.. langsung tak pakai winter jacket okkkkk.. orang lain semua berbungkus dah.


Dekat bontot kereta putih ni lah pintu rumah aku.. setiap hari posing wajib kat lorong ni hahaha.


Baju ni aku beli sebab rata-rata minah korea semua pakai selama aku di Korea. So aku tak lepaskan peluang untuk bergaya ala-ala minah korea hahahaha. Malam semalam beli dekat Hongdae Street.


Nampak tak dengan kaki aku tu stokin hitam??? sebenarnya tu aku pakai untuk cover sejuk dekat keting. hahahaha.

Trip 2016, aku tak sempat nak ke sini Bukchon Hanok Village, Alhamdulillah kali ni sempat jugak. Nampak macam tak ada orang kan tapi sebenarnya ramai kot tunggu turn nak bergambar hehehehe.


Rumah ni bertuan ok. Kebanyakkan yang tinggal kat sini yang kaya raya lah. Oh kalau nak datang sini tak boleh bising-bising sebab rumah ni semua berpenghuni.


Cahaya Matahari dekat Korea memang aku rinduuuuuuu sangat.. tapiiii walaupun cahaya dia menampakkan aku menipu tahap kesejukkan tapi itulah realitinya dekat Korea.






Kesian sungguh dekat boyfriend i ni, sakit kaki luka sebab kekeringan yang melampau..




Aku mulanya tak tahu jugak celah mana nak masuk untuk ke sini, tapi singgah kedai tanya hehehe. baru masuk lorong tetiba jumpa 2 orang mamat merah ni apa lagi teruslah " CHOGIYOOO " hahahaha. Apa korang nak tanya pun boleh dekat diaorang ni.


Kitaorang dekat sini tak sampai sejam sebab semua tak tahan kesejukkan yang melampau, tambah dengan angin yang kuat huhuhuhu memang stok tangan jadi beku n kebas ok. Tak silap aku sebelum nak sampai sini lalu depan Parlimen Korea tapi agak takut mulanya sebab sepanjang jalan polis @ FRU jaga situ. Nasib hensem-hensem so ketakutan pun hilang hehehe. Frust tak dapat pergi sekolah GOBLIN !!!!!


Balik dari BUKCHON HANOK VILLAGE, terus ke Myeongdong untuk lunch. 



Kalau makan nasi goreng Seafoof Yogaane di Myeongdong best sikit sebab ada semua side dish macam dalam gambar tu. Kalau dekat Cawangan Hongdae tak ada yer. Cuma sini mahal 500won lah hehehe.


Boyriend i memang suka makan sini, order nasi goreng seafood + ramen + cheese perghhhhhh..

Lepas habis makan bermula episod mencari order orang hehehe. Boleh dikatakan semua kedai kosmetik sepanjang jalan aku masuk keluar hahaha. tapi masa sampai Myeongdong tu aku dah tak tahan kesejukkan sebab suhu makin lama makin turun.



Taraaaaaaaaa...akhirnya aku terpaksa beli winter jacket ni hehehe..Memang niat dari KL lagi nak beli hoodies berbulu macam ni sebab boleh dikatakan setiap orang korea wajib ada. Lepas beli terus sarung okkkk hahahaha. Kalau kat Malaysia ada dalam RM1K tapi dekat Korea Rm300 .


Ahjumma kedai handbag di Myeongdong..sampai sekarang aku masih berhubung dengan dia di aplikasi Kakaotalk hehehe. handbag aku pakai gambar atas tu, aku beli dekat kedai ahjumma ni lah sebab dia handbag itu pasal mahal sikit kuikuikui.. Ahjumma ni ada anak lelaki tau ada siapa nak berkenalan ke??? ^_____^


Inilah wajah aku bila dah sampai rumah.. MasyaAllah kering yang amat sampai kedutan dekat dahi tu jelas nampak ok !!!!! Sebelum tidur memang aku akan cuci wajah dengan produk korea n pakai sleeping mask.



Update kali ini, CNP tak detailkan perbelanjaan dan perjalanan sebab dah buat yang lengkap pada trip sebelum ini, so korang rujuk trip sebelum ini ajelah. Click aje dekat sidebar sebelah ni.

Video selama di Korea akan diupdate di youtube. 
Seacrh "ciknurulpinky" ok.


0 Orang Sayangkan Cik Nurul:

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in