TONG SAMPAH COMEL

Sebenarnya entry ini sudah lama ku peramkan sebab mood untuk berkarya hilang dibawa sang bayu..aduhh bermadah. Aku gembira! tak sangka blog cipisan macam ini pun ramai sudi singgah..Thanks semua.

Now aku sangat sibuk berlari kesini-sana, mana nak siapkan tempahan manik raya, mana nak handle kedai baru nak buka huhu tapi apa-apa pun aku happy dengan hidupku walaupun penat..Iye penat sekarang inshaAllah dikemudian hari penat itu akan berbalas. aku pegang kata-kata papaku.

Nasib baik aku dikurniakan keluarga dan suami yang memahami diriku ini.. aku dan My love perlu melipat usaha lagi untuk masa hadapan ialah tak seumur hidup akan hidup berdua pasti akan bertiga,berempat dan seterusnya ;) so aku kena mulakan dari sekarang.

Kan aku dah bilang lain nak cerita lain yang ditaipnya haha..oklah aku pun bingung + penat. Minggu lepas, aku keluar pergi Jaya Jusco (JJ) semata-mata untuk beli bekas letak kapas muka ku. Menyampah tau kalau tengok kapas tu asyik nak terkeluar dari bungkusannya. Aku jumpa tong sampah mini sangat comel tapi bila tengok harga mak aiii tak padan langsung dengan bendanya,  so pulanglah aku dengan hampanya..esok, aku ceritakan pada budak officeku dan alangkah gembiranya bila seorang kakak ni belikan aku tong sampah yang aku berkenan tu dengan harga rm3.00 sahaja..mak datuk murahnya..sebijik tau bukan sedebik! nak tengok ke??? jom

 Comel tak??? lepas ni kapas mukaku tersusun gitu T_____T

 

 Yang ni tak boleh pijak bila nak bukanya, kalau tak ya ampun patahlah jawabnya.

 

Eh waktu aku nak berblog sekarang pada lewat malam. kadangkala time semua orang dah tidur baru aku terkedek-kedek buka laptop huhu..pedih mataku tapi nak buat macam-mana dah minatkan hehehe..itu yang kadang-kala aku tak sempat update sebab dah tertidur awal hahaha…

Oklah bye..tengah sibuk buat sampul duit raya hehehehe…nak duit raya?? umur berapa?? ngeh..ngeh..ngeh..

 

7 Comments

  • At 2010.08.27 10:35, lieya_latif said:

    TAKPE nurul…insyaallah ade rezeki ko tu…sabar, bykkan doa dan usaha lebih….jimatkan mase pegi terus jumpe pakar…keluar duit sikit takpe….yg penting usaha tu ada…..

    e’eh comel lak tgk bekas kapas ko tu…akak ni main tarik2 jek dari dlm plastik die keh keh keh …

    • At 2010.08.27 10:51, Nurul Pinky said:

      nurul memang selalu jumpa pakar kak..maybe belum rezeki nurul hehehe..hehehe itulah comel betul bekas tu sampai nurul naik geram ngeh..ngeh..ngeh..

    • At 2010.08.27 14:53, linda said:

      nak gak duit raya..umur saya baru 9 tahun….

      • At 2010.08.30 10:22, Nurul Pinky said:

        sila tunjuk ic nanti ok hhahaahah

      • At 2010.08.27 14:53, linda said:

        nak duit raya..umur saya baru 9 thn…….

        • At 2010.08.27 16:28, Zana said:

          xpe dik…kita sama2 usaha yerk….

          biar penat sekarang…..nanti kemudian hari insya allah di permudahkan..

          comel gilerrr tong sampah mini tu…kalau buat letak brooch kecik2 pun ok kan

          • At 2010.08.30 10:23, Nurul Pinky said:

            memang comel kak tong sampah mini tu..ye kak sama-samalah kita usaha aminnn

          (Required)
          (Required, will not be published)